Saman-menyaman Anwar Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Saman menyaman Anwar Ibrahim)

Saman-menyaman Anwar Ibrahim adalah satu kaedah undang-undang atau kehakiman iaitu kaedah saman yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Ketua Pembangkang Malaysia untuk menegakkan kebenaran terhadap fitnah yang ditimpakan kepada beliau. Cara ini menyamai tindakan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menyaman pihak pembangkang.[1] Sebaliknya di dalam kes Anwar, beliau berada di pihak pembangkang Malaysia, mahu menyaman pihak kerajaan dan media arus perdana. Kadangkala terdapat kes di mana Anwar disaman apabila pihak penentang beliau merasakan bahawa beliau berada di pihak yang salah.

Selama ini Anwar Ibrahim dicabar oleh pelbagai pihak untuk menyaman pelbagai pihak yang menyamannya. Ada yang tidak senang tindakan Anwar Ibrahim. Mereka berpendapat saman-menyaman tidak selaras dengan demokrasi. Namun, demokrasi tidak membenarkan fitnah-memfitnah.

Terdapat banyak saman yang dikeluarkan atau dihadapi oleh Anwar. Di antaranya termasuklah perseorangan sperti Wee Ka Siong, Chandra Muzaffar, Khairy Jamaluddin atau syarikat seperti Utusan Malaysia dan New Straits Times.

Saman fitnah terhadap Chandra Muzaffar[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mac 2008, sehari sebelum Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Chandra Muzaffar. Beliau menuntut gantirugi RM100 juta termasuk dari dua akhbar berbahasa Inggeris. Pada 3 Mac 2008, Chandra selaku Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) membuat komen fitnah dalam forum anjuran Star Publication Berhad di Menara Star,Petaling Jaya . Pada 5 Mac 2008, The Star menyiarkan artikel bertajuk 'Disaster if Anwar is PM' dan New Straits Times menyiarkan artikel bertajuk Chandra breaks silence on Anwar .[2]

Pada 7 Ogos 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof memerintahkan Dr Chandra menyerahkan 64 soalan kepada Anwar Ibrahim.Dr Chandra menafikan mengeluarkan sebarang komen berniat jahat dan palsu terhadap Anwar Ibrahim.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 16 Mac 2010 bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta terhadap Chandra. Hal itu diputuskan oleh timbalan pendaftar Norazlin Othman.[3]


Pada 16 Mac 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diwakili oleh Timbalan Pendaftar Wan Nursalina Wan Abdullah menetapkan 9 April 2010 untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengetepikan pembelaan tokoh akademik dan Presiden Just World Movement, Chandra Muzaffar dalam saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan oleh ketua pembangkang itu memandangkan Chandra memfailkan butiran lanjut dalam pernyataan pembelaannya di luar tempoh.[4]

Pada 29 Disember 2010, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang diwakili oleh Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan 23 Februari 2011 bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar.[5]

Saman terhadap Khairy Jamaluddin[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Mac 2008, Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Khairy Jamaluddin kerana memfitnahnya dalam klip video dan beberapa artikel termasuk Malaysiakini.com. Pada 20 Februari 2008, semasa kempen pilihan raya di Lembah Pantai, Khairy telah mengeluarkan fitnah itu. Artikel dalam Malaysiakini.com bertajuk Anwar and kin no threat merujuk Anwar seorang homoseksual dan terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan agama.Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan defendan atau agennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah itu. [6]

Saman terhadap Nallakarupan[sunting | sunting sumber]

Pada 16 November 2009, Hakim Datin Zabariah Yusof di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S. Nallakarupan memberikan maklumat lengkap berhubung dakwaannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima duit RM60 juta daripadanya dan juga daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation Bhd. Taikun Vincent Tan merupakan pemilik syarikat judi ini.

Maklumat itu ialah siapa yang berikan duit itu, bila, tarikh dan tempat duit itu diberikan, dalam tempoh 14 hari mulai 16 November 2009. Peguam yang mewakili Anwar ialah S.N.Nair dan Wan Anuar Wan Syahadat . Nallakarupan diwakili peguam S.Murali. Artikel memburuk-burukkan Anwar itu bertajuk "Anwar terima RM60 juta" disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia dan Sinar Harian sekitar Ogos 2008 . [7]

Saman terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2009, Anwar Ibrahim menfailkan saman terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang menuduhnya melakukan liwat. Laporan polis Mohd. Saiful Bukhari Azlan 28 Jun 2008 bertujuan memburuk-burukkan dirinya sebagai ahli politik. Perbicaraan ditetapkan pada 28 Januari 2010.[8]

Saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM100 juta.[9] Dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh Anwar sebagai pengkhianat. [10] Anwar menuntut saman malu RM100 juta terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Utusan Malaysia.[11]

Lanjutan itu muncul isu “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa" . Perwakilan UMNO Johor Bahru pimpinan Datuk Shahrir bin Abdul Samad mencabar Anwar menyaman mereka berikutan jeritan itu .[12] Akhbar Utusan Malaysia, New Sunday Times dan Berita Harian menyiarkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Anwar 'mengkhianati perjuangan orang Melayu'.[13]

Saman terhadap New Strait Times[sunting | sunting sumber]

Pada 2003 Anwar Ibrahim telah mengemukakan saman terhadap New Strait Times Press (NSTP) dan bekas ketua pengarang kumpulan, Tan Sri Abdullah Ahmad. Artikel yang disiarkan pada 2 Mac 2002 telah menjejaskan nama baiknya.

Keputusan kes Anwar Ibrahim saman NST akan diketahui pada 25 November 2009. Artikel yang disiarkan dalam akhbar the News Strait Times itu bertajuk "Anwar's link to US lobbyist"(Hubungan Anwar dengan pelobi AS) telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga. Anwar cuba dikaitkan dengan 'ejen Amerika Syarikat'. Artikel itu mendakwa Anwar mempunyai kaitan kewangan dengan pelobi Washington D.C, Douglas H. Paal yang mengetuai Asia Pacific Policy Centre (APPC).

Anwar Ibrahim pernah mencabar kerajaan Malaysia menjalankan inkuiri siasatan terhadap dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid terhadapnya.Pada 26 Oktober 1999 dalam akuan berkanun Abdul murad menuduh Anwar mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Bekas Pengarah Bahagian Siasatan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris telah menyiasat akuan berkanun itu sehingga ke Singapura dan United Kingdom. Tetapi tiada sebarang bukti bagi akuan berkanun itu. Artikel itu ditulis semasa Anwar berada di Penjara Sungai Buloh. [14]

Pada 25 November 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diwakili oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Harmindar Singh Dhaliwal mengarahkan New Straits Times Press (M) membayar gantirugi RM100,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyiaran satu artikel berunsur fitnah pada 2002. Mahkamah juga memerintahkan supaya syarikat media itu membayar kos RM20,000 kepada ketua umum PKR itu.[15]

Saman terhadap Anifah Aman[sunting | sunting sumber]

Anifah Aman akan ditawarkan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai habuan jika beliau melompat ke parti pembangkang. Menteri Luar , Anifah Aman mendedahkan perkara itu sewaktu berada di Washington menjelang Pilihan raya kecil Penanti 2009.[16]

Pada 16 Mei 2009, peguam S. N. Nair mewakili Anwar Ibrahim menafikan tawaran tersebut. Beliau dituntut menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam. [17] Pada 27 Mei 2009, writ saman difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah.Anggota Parlimen Kimanis itu sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.[18]


Pada 6 Januari 2011, beliau berjaya membatalkan saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O'hara memutuskan demikian di kamar beliau di sini selepas membenarkan dengan kos permohonan Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis untuk mengetepikan saman tersebut.Hakim tersebut turut memerintahkan kos ditaksirkan kemudian dan dibayar oleh Anwar selaku plaintif.[19]

Musa Hassan saman Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2008, Anwar telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh Rahim pada 1998. Ketika itu (1998), Abdul Gani merupakan timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa Hassan merupakan ketua pegawai penyiasat kes membabitkan Anwar. [20] Pada 13 Julai 2008, Tan Sri Musa Hassan akan menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar gagal menarik balik tuduhan bahawa beliau memalsukan keterangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998. Firma guaman Tetuan Kamarul Hisham & Hasnol Rezua bagi pihak Musa Hassan menuntut ganti rugi RM5 juta daripada Anwar. Tuduhan Anwar itu mencemarkan namanya sebagai Ketua Polis Negara.


Saman Anwar terhadap Wee Ka Siong[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman fitnah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berikutan pada 11 April 2007 di dalam ceramahnya semasa pilihan raya kecil Machap Wee telah memfitnah Anwar Ibrahim dan mendakwa perkataan fitnah oleh Wee itu adalah disengajakan dan dilakukan dengan niat jahat. Berhubung dengan ceramah tersebut, muncul artikel dalam Malaysiakini.com bertajuk "Parties at their last leg of campaigning", Anwar telah menuntut saman malu RM10 juta terhadap Datuk Dr. Wee.[21]

Pada 29 Mac 2012, Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 10 hingga 12 September 2012 untuk mendengar perbicaraan kes saman tersebut.[22]

Tarik balik saman[sunting | sunting sumber]

Akan tetapi pada 14 Mei 2012, kedua-dua pihak dalam saman fitnah RM10 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong telah mencapai persetujuan supaya kes itu diselesaikan di luar mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Rosilah Yop merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar dengan kehadiran peguam yang mewakili Anwar, J.Leela, dan Datuk Ben Chan yang mewakili Wee.

Mengulas perkara itu, Leela berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan saman itu di luar mahkamah, dan dengan itu Anwar telah menarik balik saman itu.[23]

Saman Anwar terhadap Hamzah Zainuddin[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Ogos 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnam RM10 juta terhadap Datuk Hamzah Zainuddin , Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.[24]Peguam S N Nair dan Wan Anuar Shadat mewakili Anwar. Peguam S Murali mewakili Hamzah.

Hamzah didakwa mengeluarkan kata-kata dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh pada 19 Ogos 2008.Artikel fitnah itu bertajuk “Anwar Harrassed My Wife”. Tafsirannya Anwar terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, lelaki tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Kes lanjutan akan dirujuk dan dibicarakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham pada 26 April 2010.

Pada 26 April 2010, Hakim Prasad memerintahkan Hamzah Zainuddin, yang diwakili peguam S. Murali membayar RM2,500 kepada Anwar kerana pernyataan pembelaan lewat. Pembelaan penuh akan diadakan nanti. Tidak wajar pembelaan peringkat interlokutori dibatalkan.[25] Pada 2 April 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 dan 28 September 2012 untuk perbicaraan kes saman fitnah ini.[26]

Saman Anwar terhadap Utusan[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Januari 2012, Anwar memfailkan saman tersebut terhadap Utusan dan Abdul Aziz Ishak kerana mendakwa kedua-dua defendan telah mencetak dan menerbitkan berita berhubung komen beliau bersama BBC mengenai undang-undang berkaitan homoseksual.

Plaintif menuntut ganti rugi RM50 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif-relif lain yang disifatkan sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah.

Beliau juga memohon satu injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada terus menyatakan ataupun menerbitkan mana-mana perkataan yang memfitnah plaintif.


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Selasa menetapkan 18 Julai 2012 dan 12 Ogos 2012 untuk perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh beliau.[27]


Pada 21 Januari 2013, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu. Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari 2013.[28]

Saman Anwar terhadap UM berhubung pencerobohan Lahad Datu[sunting | sunting sumber]

Kes saman fitnah Anwar RM100 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd melalui (UMMB) dan TV3 berhubung isu pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah Firma guaman Tetuan Daim & Gamany menamakan Utusan Melayu dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak defendan pertama dan kedua. Beliau turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio, Media Prima Bhd., Datuk Shaharudin Abd Latif; dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng, sebagai defendan ketiga hingga kelima .Pada 22 Ogos 2014, Hakim Rosilah Yop dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan kes itu didengar di hadapan hakim lain kerana bimbang timbul unsur berat sebelah. [29]

Pada 12 Februari 2013, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu menerima laporan pada pukul 8 pagi mengenai pencerobohan 32 lelaki berpakaian celoreng di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Agensi berita antarabangsa The Reuters memetik sumber tentera Filipina mendedahkan kumpulan bersenjata tersebut menceroboh Sabah selepas diundang parti pembangkang Malaysia.[30]

Pada 7 April 2014, Anwar digesa menyaman akhbar Inquirer News, The Manila Times, Al Jacinto, agensi berita Reuters dan Badan Risikan Tentera Filipina sebab mereka membuat laporan menyatakan Anwar antara tiga dalang / konspirator di belakang pencerobohan Lahad Datu. Presiden Filipina Beningno Aquino mengesahkan pihak dari Malaysia menjadi tali barut dalam peristiwa itu.[31]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Singapura didesak henti guna saman fitnah ", Utusan Online, 19 Oktober 2008.
  2. ^ "Anwar saman Chandra tuntut RM10 juta", Utusan Online, 7 Mac 2008
  3. ^ "Kes Anwar saman Dr Chandra diurus 16 Mac", Malaysiakini.com. 7 Ogos 2009.
  4. ^ "Permohonan ketepikan pembelaan Chandra, - 9 April", Malaysiakini.com. 16 Mac 2010.
  5. ^ "Anwar saman Chandra: Pengurusan kes 23 Feb", Malaysiakini.com 29 Disember 2010.
  6. ^ "Anwar saman Khairy RM100 juta", Utusan Online. 8 Mac 2008
  7. ^ "Nallakarupan Diperintah Beri Butiran Lanjut Kepada Anwar", Bernama.com. 16 November, 2009
  8. ^ "Pengurusan kes saman Anwar terhadap Mohd. Saiful 28 Januari", Utusan Online, 30 Jun 2009.
  9. ^ "Saman Anwar hanya untuk tutup mulut pengkritiknya", Utusan Online. 5 Ogos 2009.
  10. ^ "Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara lancar kempen kutip tandatangan", 7 Ogos 2009.
  11. ^ "Tengoklah berapa ratus juta pula Anwar mahu saman", Utusan Online. 9 Ogos 2009
  12. ^ "Perwakilan UMNO JB serentak laung “Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa", Utusan Online. 9 Ogos 2009.
  13. ^ "Saman: Gimik politik Anwar", Utusan Online. 9 Ogos 2009
  14. ^ "Anwar sifatkan akhbar berniat jahat", Utusan Malaysia, 12 November 2009.
  15. ^ "NSTP diarah bayar RM100,000 pada Anwar", Malaysiakini.com, 25 November 2009.
  16. ^ "Anwar, Anifah dan Penanti", Utusan Malaysia, 18 Mei 2009.
  17. ^ ""Anwar nafi dakwaan Anifah", Utusan Online. 16 Mei 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-18. Dicapai pada 2012-04-10.
  18. ^ "Anwar Fail Saman Fitnah RM100 Juta Terhadap Anifah", Bernama.com. 27 Mei 2009.
  19. ^ "Anifah, kerajaan berjaya batalkan saman Anwar", Utusan Online. 6 Januari 2011.
  20. ^ "Musa tetap saman Anwar", Utusan Online, 14 Julai 2008
  21. ^ "Kes Anwar saman Ka Siong 3 Mac", 4 November 2011.
  22. ^ "Saman Anwar terhadap Wee didengar 10 Sept", Malaysiakini.com, 29 Mac 2012.
  23. ^ " Anwar, Wee selesai di luar mahkamah kes saman 10j", Malaysiakini.com, 14 Mei 2012.
  24. ^ Cubaan Anwar batal pembelaan ditetapkan 26 April
  25. ^ "Anwar Gagal Batal Pembelaan Hamzah Dalam Saman Fitnah RM10 Juta", Bernama.com, 26 April 2010
  26. ^ "Saman fitnah Anwar terhadap tim menteri 27 Sept", Malaysiakini.com. 2 April 2012.
  27. ^ " Bicara saman Anwar pada Utusan 18 Julai", Malaysiakini.com. 10 April 2012.
  28. ^ "Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar", Malaysiakini.com, 21 Januari 2013.
  29. ^ Kes Anwar saman UMMB didengar di hadapan hakim lain
  30. ^ Anwar saman Utusan, TV3 RM100 juta
  31. ^ Anwar dicabar saman Aquino yang menuduhnya konspirator isu Lahad Datu