Samantha Potter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Samantha Potter
Nama kelahiran Samantha Potter
Tarikh lahir 20 Januari 1990 (24 tahun)
Tempat lahir Woodland Hills, California, Amerika Syarikat
Warna rambut Perang
Warna mata Hazel
Tinggi 5'11" (180 cm)
Agensi L.A. Model Management

Samantha Potter (lahir pada 20 Januari 1990) ialah seorang model yang terkenal setelah menjadi naib juara Musim 11 bagi America's Next Top Model.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Samantha menetap di Woodland Hills, California. Sewaktu berada di sekolah menengah, Samantha melibatkan diri dengan sukan bola tampar dan bola sepak.

America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Pada episod kelima, Samantha ditempatkan di kedudukan dua terbawah dan hampir disingkirkan dari pertandingan selepas menyinggung perasaan Jeremy Scott, seorang pereka fesyen, kerana mengangkat skirt yang dipakainya sewaktu cabaran di atas pentas peragaan. Minggu yang berikutnya, Samantha telah menerima panggilan pertama untuk penggambaran bencana alam semula jadi, dan juga untuk sesi penggambaran bertemakan gaya bersahaja dan dramatik pada episod yang kesebelas. Pada minggu sebelumnya, Samantha telah memenangi dua ganjaran berturut-turut dalam satu episod yang sama. Sepanjang pertandingan ini, Samantha terlibat dalam beberapa pertengkaran di dalam Top Model House, terutamanya dengan Elina Ivanova. Namun, beliau akhirnya menjadi naib juara setelah ditewaskan oleh McKey Sullivan.

Selepas America's Next Top Model[sunting | sunting sumber]

Samantha muncul di dalam rancangan The Big Bang Theory pada episod "The Panty Piñata Polarization" bersama dengan Analeigh Tipton, untuk watak yang tidak memerlukan percakapan.[1]

Beliau telah menjadi model peragaan untuk pereka fesyen Individuals oleh AMFI, EиD oleh Eva dan Delia, Ready to Fish oleh ilja dan Addy van de Krommenacker sewaktu Minggu Fesyen Antarabangsa Amsterdam 2009 sebagai ganjaran yang dimenanginya pada episod 10.[2]

Baru-baru ini, beliau telah diwakili oleh agensi L.A Model Management.

Rujukan[sunting | sunting sumber]