Sami Yusuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sami Yusuf
Sami Yusuf di Denmark, 2011
Latar belakang
Kelahiran Julai 1980 (umur 34)
Teheran, Iran
Genre Pop Islam, Nasyid
Pekerjaan Penyanyi-pencipta lagu, Pemuzik, Penggubah
Instrumen Suara, Piano, Biola, Genderang
Tahun aktif 2003-kini
Label Awakening Records 2002-2008, ETM International 2009-kini
Kegiatan berkait Outlandish, Mesut Kurtis
Laman web SamiYusufOfficial.com

Sami Yusuf (lahir pada bulan Julai 1980) adalah seorang penyanyi-pencipta lagu Muslim British, kebanyakan lagu yang dihasilkan Yusuf ialah lagu yang berkaitan dengan Islam dan untuk menjadi seorang Muslim di dunia pada zaman sekarang. Beliau juga memasukkan banyak isu sosial dan kemanusiaan dalam lagunya. Ketika ini, beliau menjadi sangat terkenal di dalam dunia Islam, beliau juga banyak membuat video untuk beberapa lagu-lagunya. Pada 2006, majalah Time mengelar beliau sebagai "bintang rock terbesar Islam" (Islam's biggest rock star).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sami Yusuf dilahirkan pada 1980 di Tehran, Iran dan berpindah ke Britain ketika beliau berumur tiga tahun, dan beliau dibesarkan di London Barat. Ketika muda, beliau mula bermain bebagai-bagai alatan muzik dan minat menyanyi dan mengubah lagu. Beliau diterima sebagai penggubah lagu di Akademi Kebangsaan Lagu Akademi Kebangsaan Muzik di London. Dalam pembelajaran tambahan beliau di Barat, beliau amat memahami orang-orang Iran dan orang-orang di Timur Tengah dan mengenali kedua-dua tadisi lagu Timur dan Barat.

Karya[sunting | sunting sumber]

Sami Yusuf telah ditemu ramah oleh Majalah Time dan menggelar beliau sebagai "Islam's Biggest Rock Star", gambar beliau dijadikan sebagai muka depan oleh 12 media massa yang lain di seluruh dunia. Sami merupakan seorang yang mempunyai spiritual atau batin yang kuat. Beliau sering menggunakan seninya dan muziknya sebagai suratan mesej-mesej cinta, kasih-sayang, keamanan dan toleransi, selain menggalakkan orang-orang muda untuk berbangga dengan keperibadian mereka. Lagu Sami Yusuf telah mengubah industri "nasyid" dan telah melahirkan sebuah generasi muzik Islam yang moden. Album beliau yang terkini "Wherever You Are" telah dipersetujui sebagai hit terbesar di seluruh dunia.

2003-2005: Album Pertama[sunting | sunting sumber]

Album Beliau yang pertama adalah Al-Mu'allim telah diciptakan sendiri dan dikeluarkan pada Julai 2003 dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

2005: Album Kedua[sunting | sunting sumber]

Yusuf di Scotland, 2006

Album beliau yang kedua, My Ummah telah dikeluarkan pada 2005 datang dalam dua siri, siri muzik dan siri suara. Beliau mencipta banyak lagu dalam begbagai-bagai bahasa yang mana kebanyakannya Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Parsi, Bahasa Turki, dan Bahasa Urdu. Beliau telah mengadakan konsert di seluruh dunia, dan albumnya kebanyakan dikalangan pemuda-pemuda islam dalam particularnya Turki dimana konsertnya dihadiri lebih 250,000 orang di Istanbul pada 2007.

Album Ketiga[sunting | sunting sumber]

Album beliau yang ketiga, Without You, dirancang untuk dikeluarkan pada pertengahan 2008 tetapi telah ditunda kerana perselisihan dalam kontrak. Sebuah album menggunakan nama yang sama kemudiannya dikeluarkan oleh Awakening Records pada Januari 2009. Sami Yusuf kemudiannya memulakan 'official website'nya sendiri dan mengeluarkan album tersebut tanpa pengetahuan atau keizinan beliau. Beliau telah meminta semua peminat beliau untuk memulaukan album tiruan tersebut. Walaubagaimanapun, pada bualan April 2009 Awakening Records menyambung semula pengeluaran album dengan menampilkan Sami Yusuf di sebahagian websites syarikat tersebut dengan kenyataan "sebuah album dengan kualiti yang sangat tinggi" dengan unsur utama "11 track rakaman profesional". Awakening berkata ianya sediaada dibuat bayaran yang kukuh kepada Sami Yusuf untuk album ketiganya, yang mana telah diiklankan diwebsitesnya sejak Mei 2008. Yusuf telah pun mengeluarkan dua album dengan syarikat Awakening dan didaftarkan secara keseluruhannya sebanyak lima lagu. Awakening telah membayar beliau secara keseluruhannya dalam Julai 2009, Yusuf menyatakan bahawa mereka tidak lagi membayarnya.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Al-Mu'allim

  • Dikeluarkan: Julai 2003
  • Jumlah Jualan: Lebih dari 2 juta

My Ummah

  • Dikeluarkan: September 2005
  • Jumlah Jualan: Lebih dari 3 juta
  • Single: "Hasbi Rabbi", "Mother" dan "Munajat"

Without You (dipertikai)

  • Dikeluarkan: Januari 2009
  • Jumlah Jualan: 1,750,000
  • Single: "Asma Allah", "Forever Palestine"

Wherever You Are

  • Dikeluarkan: 2010
  • Jumlah Lagu: 16