Sammir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sammir
Maklumat peribadi
Nama penuh Jorge Sammir Cruz Campos[1]
Tarikh lahir (1987-04-23) 23 April 1987 (umur 36)[2]
Tempat lahir Itabuna, Brazil
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)[3]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Getafe
Nombor 6
Kerjaya remaja
1998–2001 Atlético Mineiro
2001–2005 Atlético Paranaense
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2006 Atlético Paranaense 0 (0)
2005Ferroviária (pinjaman)
2005–2006Paulista (pinjaman)
2006–2007 Venda Nova 0 (0)
2006São Caetano (pinjaman)
2007Dinamo Zagreb (pinjaman) 11 (1)
2007–2014 Dinamo Zagreb 173 (46)
2014– Getafe 10 (1)
Pasukan kebangsaan
2004 Brazil B17
2005 Brazil B18
2012– Croatia 7 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 29 Ogos 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Jun 2014

Jorge Sammir Cruz Campos (lahir 23 April 1987), ataupun dikenali sebagai Sammir merupakan pemain bola sepak Croatia kelahiran Brazi yang kini bermain untuk kelab Sepanyol, Getafe CF dan pasukan kebangsaan Croatia. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Brazil[sunting | sunting sumber]

Sammir sertai kelab remaja Atlético Paranaense pada 2001 ketika baru berusia 14 tahun. Beliau kemudian memasuki skuad senior pada Februari 2004[4] tetapi tidak membuat sebarang penampilan untuk kelab Brazil itu sehingga beliau dipinjam ke Ferroviária]].

Pada Disember 2005, Sammir sertai kelab Paulista. Beliau kemudian kembali ke Furacão pada April 2006.

Pada September 2006, Sammir sertai kelab Venda Nova dan kemudian dipinjam ke kelab São Caetano.

Dinamo Zagreb[sunting | sunting sumber]

Pada 6 November 2006, Sammir sertai Dinamo Zagreb secara pinjaman sehingga penghujung musim. Beliau membuat debut untuk kelab pada 17 Mac 2007 dalam perlawanan liga menentang Rijeka.

Pada penghujung musim, Sammir telah membuat sebelas penampilan liga dan menjaringkan satu gol. Beliau juga membuat empat penampilan di kejohanan Piala Croatia. Dalam musim pertamanya di kelab, Samir telah memenangi gelaran liga dan piala.

Musim 2007–08[sunting | sunting sumber]

Dalam musim 2007–08, beliau akhirnya dibeli secara rasmi oleh Dinamo Zagreb dengan bayaran 1.4 juta euro.[5] Sammir bermain untuk Dinamo Zagreb dalam semua perlawanan kelab itu dalam saingan Piala UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah. Sammir telah bermain sebanyak 38 penampilan untuk kelab dan menjaringkan lima gol pada musim keduanya di Dinamo Zagreb.

Musim 2008–09[sunting | sunting sumber]

Selepas pemindahan Luka Modrić, Sammir diberi jersi nombor 10. Beliau hanya terlepas satu perlawanan liga dan bermain sebanyak 33 perlawanan, menjaringkan lapan gol. Beliau juga membuat sebelas penampilan di kejohanan Eropah dan lima kemunculan di Piala Croatia. Jumlah keseluruhannya beliau telah membuat 44 penampilan dan menjaringkan sebelas gol.

Musim 2009–10[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Ogos, ketika permulaan musim 2009–10, Sammir melakukan hatrik pertamanya untuk Dinamo ketika membelasah NK Osijek, 5-0. Beliau menyudahkan dua sepakan penalti dan dari sepakan percuma. Dinamo Zagreb gagal mempertahankan kejuaraan piala tetapi berjaya menjuarai liga buat kali kelima berturut-turut. Sammir telah membuat 26 penampilan dan menjaringkan lima gol. Beliau juga membuat enam penampilan di Piala Croatia dan bermain semua perlawanan Eropah. Sammir telah membuat 46 penampilan liga dan menjaringkan enam gol untuk kelab dalam jumlah keseluruhan pada musim itu.

Musim 2010–11[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2010–11, Sammir memenangi Piala Super Croatia buat pertama kali ketika bersama Dinamo Zagreb selepas menumpaskan Hajduk Split, 1–0 hasil jaringan kapten pasukan, [[Igor Bišćan]. Sammir telah menjaringkan 17 gol daripada 28 penampilan liga. Di pentas Eropah, beliau telah menjaringkan tujuh gol daripada 12 perlawanan Eropah.

Musim 2011–12[sunting | sunting sumber]

Pada musim 2011–2012, beliau menjaringkan dua gol ketika pasukannya menang 4–1 ke atas Malmö FF dalam perlawanan pertama play-off Liga Juara-Juara.[6] Beliau telah menjaringkan lapan gol daripada 32 penampilan dalam semua kejohanan.

Musim 2012–13[sunting | sunting sumber]

Dalam musim 2012–2013, beliau bermain dalam setiap perlawanna kelayakan Liga Juara-Juara kecuali perlawanan pelawat menentang NK Maribor. Pada Mei 2011, beliau telah berparti beberapa hari sebelum perlawanan, kemudian beliau dan Jerko Leko telah digantung oleh jurulatih Ante Čačić. Beliau kemudian meminta maaf akibat kesalahannya itu dan beliau sertai semula kelab. Beliau kemudian bermain kesemua perlawanan Dinamo Zagreb di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2012-13.

Getafe[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2014, Sammir telah menandatangani kontrak tiga tahun setengah bersama kelab La Liga, Getafe CF. Beliau membuat debut La Liga pada 1 Mac ketika seri 0-0 menentang Espanyol. Pada 24 Ogos 2014, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan Azulones tetapi pasukannya tewas 3-1 kepada Celta de Vigo.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Selepas bermain untuk pasukan bawah-17 dan bawah-18 Brazil, Sammir tekad untuk bermain bersama pasukan kebangsaan Croatia selepas memiliki pasport Croatia.

Pada 27 September 2012, Sammir telah dipanggil untuk sertai pasukan Croatia menentang Wales dan Macedonia. Beliau membuat debut untuk Croatia pada 12 Oktober 2012 ketika menggantikan Nikica Jelavić pada minit ke-65 menentang Macedonia, Croatia menang 2-1.

Beliau telah dimasukkan dalam skuad Croatia yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2014 yang dianjurkan oleh negara tanah airnya, Brazil. Beliau memasuki pasukan Croatia bersama satu lagi pemain kelahiran Brazil, Eduardo da Silva. Sammir membuat debut Piala Dunia ketika pasukannya menang selesa 4–0 ke atas Cameroon. Beliau hanya bermain selama 72 minit sebelum digantikan oleh Mateo Kovačić.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 29 Ogos 2014
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Croatia Dinamo Zagreb 2006–07 11 1 4 0 0 0 0 0 15 1
2007–08 24 4 4 0 10 1 38 5
2008–09 32 8 5 3 11 1 48 12
2009–10 26 5 6 1 12 1 44 7
2010–11 22 10 5 2 12 7 1 0 40 19
2011–12 21 5 5 0 12 3 38 8
2012–13 28 13 1 0 11 0 40 13
2013–14 7 0 0 0 6 0 0 0 13 0
Jumlah 171 46 30 6 74 13 1 0 279 65
Sepanyol Getafe 2013–14 8 0 0 0 8 0
2014–15 2 1 0 0 2 1
Jumlah 10 1 0 0 10 1
Jumlah kerjaya 181 47 30 6 74 13 1 0 286 66

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA.com. 11 June 2014. m/s. 12. Dicapai pada 8 July 2014.
  2. ^ name=nkdz
  3. ^ name=nkdz
  4. ^ "Meia de 16 anos é promovido ao profissional". Furacão.com. 18 February 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-24. Dicapai pada 29 August 2014. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  5. ^ "Odštete Dinama". Dicapai pada 4 February 2013.
  6. ^ http://sportske.jutarnji.hr/sammir--bila-je-ovo-moja-najbolja-utakmica-u-karijeri--jeli-ovo-bio-oprostaj-od-dinama--ne--mislim-da-ne-/966754/

Templat:Skuad Getafe CF