Samsudin Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri

Samsudin Osman

PMN, PSM; SUMW (WP); SPDK (Sabah); DPPN (PP); SJMK (Kelantan); SPMS (Selangor); PNBS (Sarawak); DGSM (Melaka); SPMP (Perak); DPMJ (Johor); DHMS (Kedah)
Presiden
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Memegang jawatan
1 Julai 2022
CanselorTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Didahului olehMohd Daud Bakar
Pengerusi
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Dalam jawatan
1 Februari 2008 – 30 April 2020
TimbalanSiti Zauyah Md Desa
Ketua Pegawai EksekutifTunku Alizakri Raja Muhammad Alias
Didahului olehAbdul Halim Ali
Digantikan olehAhmad Badri Mohd Zahir
Ketua Setiausaha Negara
Dalam jawatan
1 Februari 2001 – 3 September 2006
RajaSultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Didahului olehAbdul Halim Ali
Digantikan olehMohd Sidek Hassan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Dalam jawatan
15 Disember 1998 – 31 Januari 2001
Didahului olehTan Sri Dr. Mazlan Ahmad
Digantikan olehTan Sri Ahmad Jamaluddin Damanhuri
Butiran peribadi
LahirSamsudin bin Osman
(1946-03-03) 3 Mac 1946 (umur 78)
Johor Bahru, Johor, Malayan Union (kini Malaysia)
Alma materUniversiti Malaya BA (Hons)
Pennsylvania State University Master of Public Administration

Tan Sri Samsudin bin Osman (lahir 3 Mac 1946 di Johor Bahru, Johor) merupakan bekas Ketua Setiausaha Negara Malaysia dari 2001 hingga 2006.

Samsudin juga memegang jawatan pengerusi Kwasa Land Sdn. Bhd., syarikat yang menjadi tulang belakang kepada projek hartanah Kwasa Damansara.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti Malaya dan juga Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

Pada 15 Mei 1971, beliau mengikuti Kursus DPA di Universiti Malaya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya beliau bermula pada 15 Oktober 1969 sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Perkhidmatan Dalam Dan Luar sebagai Penolong Setiausaha Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Kemudian Pegawai Tadbir PDL, Tetap (28 Apr 1969); PTD Sementara Di JPA Malaysia (28 Apr 1969); PTD,PSU,JPA (15 Okt 1969); Setiausaha Sulit Khas Kepada KSN JPM (KUP) (3 Ogos 1977); PP (Perjawatan) JPA (29 Feb 1972); Penolong Pengarah Perjawatan Anggaran 9 PTD (9 Okt 1972).

Mulai 2 April 1973, beliau dilantik sebagai KPP (Perjawatan) JPA (Mg.Kanan) (KUP); pindah ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Setiausaha kepada KSN,Ptd Tkt.Tertinggi G (3 Ogos 1977); PTD Dan Diplomatik Tingkatan Tertinggi G (15 Okt 1976); KPP (Perjawatan), JPA (Mg.G) (1 Jun 1975) dan pada 1 Disember 1979 sebagai Setiausaha Sulit Kpd KSN, JPM (Mg.F).