Samsung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Samsung Group
삼성그룹
三星商會
Jenis Chaebol
Industri Conglomerate
Ditubuhkan 1938
Pengasas Lee Byung-chull
Ibu pejabat Samsung Town, Seoul, South Korea
Tempat dibekalkan Worldwide
Perancang utama Lee Kun-hee (Chairman and CEO)
Lee Soo-bin (President, CEO of Samsung Life Insurance)[1]
Produk Apparel, chemicals, consumer electronics, electronic components, medical equipment, precision instruments, semiconductors, ships, telecommunications equipment
Servis Advertising, construction, entertainment, financial services, hospitality, information and communications technology services, medical services, retail
Hasil US$ 247.5 billion (2011)[2]
Pendapatan bersih US$ 18.3 billion (2011)[2]
Jumlah aset US$ 384.3 billion (2011)[2]
Jumlah ekuiti US$ 224.7 billion (2011)[2]
Pekerja 369,000 (2011)[2]
Anak syarikat Samsung Electronics
Samsung Life Insurance
Samsung Heavy Industries
Samsung C&T
Samsung SDS etc.
Laman web Samsung.com

Samsung diasaskan pada 1969, dan salah satu daripada subsidiarinya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.

Buat masa sekarang, Samsung Electronics beroperasi dalam lima bidang perniagaan, iaitu Telekomunikasi (Telefon bimbit dan Rangkaian), Teknologi Digital dan peralatan rumah (termasuk televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk, pemain VHS and DVD, dan lain-lain lagi), Media Digital, LCD, dan Semikonduktor.

Samsung (bermaksud "tiga bintang" dalam Bahasa Korea) ditubuhkan oleh Lee Byungchul. Samsung Electronics ialah salah satu anak syarkat Samsung Group.

Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1950an - 1980an[sunting | sunting sumber]

  • 1953: Samsung memulakan pengeluaran gula yang kemudiannya berakhir.
  • 1958: Samsung mula menawarkan insurans.
  • 1965: Sebuah pasar raya dibuka di Kwanjou.
  • 1967: Samsung memulakan pengeluaran surat khabar harian, Joong-Ang Ilbo. Pada hari ini, akhbar ini bukanlah anak syarikat Samsung lagi.
  • 1969: Samsung Electronics diasaskan.
  • 1974: Samsung Petrochemical and Heavy Industries diasaskan.
  • 1976: Samsung dianugerahkan hadiah eksport oleh kerajaan sebagai salah satu daripada program pembangunan negara.
  • 1977: Hasil daripada kemenangannya itu, Samsung Construction ditubuhkan. Tambahan lagi, Samsung Shipbuilding dibangunkan.
  • 1982: Samsung menubuhkan sebuah pasukan bola lisut professional.
  • 1983: Samsung menghasilkan cip komputer pertamanya: 64k DRAM.
  • Pada penghujung tahun 1980an, Samsung meneruskan usaha dalam bidang petrokimia dan elektronik.

1990an hingga sekarang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990an menyaksikan Samsung berkembang sebagai sebuah syarikat bertaraf antarabangsa. Bukan sahaja ia mendapat beberapa peluang perniagaan di luar Korea Selatan, malah ia juga sedang mendahalui pesaingnya dalam penghasilan komponen eltronik. Syarikat pembinaan Samsung juga dianugerahkan kontrak pembinaan salah satu daripada dua buah Menara Petronas di Malaysia pada bulan September 1993.

Samsung berjaya mengatasi krisis kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998 malah ia juga semakin berkembang.

Rekod Samsung Electronics menunjukkan keuntungan pada tahun 2004 dan 2005, dan sekarang berada pada "ranking" #20 di dunia.

Subsidiari Samsung Group[sunting | sunting sumber]

Samsung YP-S3 media player

Industri elektronik[sunting | sunting sumber]

Industri berat[sunting | sunting sumber]

Industri kimia[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan kewangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Kelly Olsen (2008-04-22). "Samsung chairman resigns over scandal". Associated Press via Google News. Diarkibkan daripada asal pada 2008-04-29. Diperoleh pada 2008-04-22. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 "Samsung Profile 2011". Samsung.com. 2010-12-31. Diperoleh pada 2012-06-10. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]