Samsuri Roslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Samsuri Roslan merupakan penulis dan wartawan dan kolumnis beberapa akhbar termasuk akhbar politik Siasah dan lidah rasmi PAS Harakah dan pengarang berita Watan.Dia adalah pemilik majalah Detik yang kini telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri, Malaysia. Oleh itu versi internet telah dilancarkan oleh Ahmad Lutfi Othman dengan nama Detikdaily.[1]

Samsuri pernah bekerja dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sekarang, semasa beliau memimpin konglomerat Guthrie.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isterinya Puan Faizah dan mempunyai 4 anak perempuan.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Oktober 2010, beliau meninggal dunia dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Ipoh, Perak. Beliau diserang angin ahmar pada 13 September 2010 ketika pulang beraya bersama keluarganya di Grik, Perak. Beliau dikejarkan ke Hospital Ipoh dalam keadaan koma dan dimasukkan ke wad ICU lebih seminggu. Kemudian dipindahkan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur.


[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]