Samut Sakhon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Samut Sakhon
สมุทรสาคร
frames
Ibu kota Samut Sakhon
Gabernor Thirabun Dopbukdi
(sejak 2005)
Keluasan 872.3 km2
Tangga ke-72
Jumlah
Penduduk
466,281 (2000)
Tangga ke-53
Kepadatan
Penduduk
535/km2
Tangga ke-4
ISO 3166-2 TH-74


Samut Sakhon (Bahasa Thai: สมุทรสาคร) ialah salah satu daripada wilayah (changwat) Thailand yang terletak di tengah negara. Wilayah-wilayah berjiran termasuk (dari barat daya ikut arah jam) Samut Songkhram, Ratchaburi, Nakhon Pathom dan Bangkok.


Geografi[sunting | sunting sumber]

Samut Sakhon terletak di muara Sungai Tha Chin Klong, satu cabang Sungai Chao Phraya yang masuk ke Teluk Thailand. Di pantai, terdapat banyak ladang yang digunakan untuk menghasilkan garam laut.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama tertua kawasan ini ialah "Tha Chin". Perkataan ini mungkin membayangkan bahawa kawasan ini merupakan sebuah pelabuhan perdagangan di mana terdapat banyak jong yang singgah.

Kota Sakhon Buri diasaskan pada tahun 1548, dan kemudian dinamakan semula pada tahun 1704 sebagai "Mahachai" sempena khlong Mahachai yang digali dan disambungkan dengan Sungai Thai Chin dekat kota itu. Kota ini kemudian dinamakan semula oleh Raja Mongkut menjadi nama sekarang, tetapi nama Mahachai masih kekadang digunakan oleh orang-orang tempatan.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor wilayah ini menampilkan sebuah jong di hadapan pantai, dengan cerobong yang berasap di latar belakang. Kedua-dua ini merujuk kepada tradisi perdagangan lama, serta industri-industri tempatan.

Pokok wilayah ialah Alstonia scholaris (bahasa Inggeris: Devil Tree).

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Amphoe

Wilayah Samut Sakhon dibahagikan kepada 3 buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 40 buah komun (tambon) dan 288 buah desa.

  1. Mueang Samut Sakhon
  2. Krathum Baen
  3. Ban Phaeo

Pautan luar[sunting | sunting sumber]