Sangkar rusuk manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sangkar rusuk manusia
Gray112.png
Sangkar rusuk manusia. (Sumber: Gray's Anatomy of the Human Body, 20th ed. 1918.)
Latin cavea thoracis
Dorlands/Elsevier sangkar rusuk

Sangkar rusuk manusia, juga dikenali sebagai sangkar torasik, adalah merupakan struktur kartilej dan tulang-belulang yang melingkar disekeliling torasik (dada) kaviti yang menyokong pektoral (bahu), bagi membentuk bahagian teras dalam sistem skeleton manusia. Biasanya sangkar rusuk manusia terbahagi kepada 24 cabang rusuk, Sternum manusia, kartilej sisi dan 12 cakera vertebra torasik. Ia terletak, sepanjang diantara kulit yang bersatu dengan fascia dan otot, yang menjadikan dinding torasik, bagi membolehkan pautan antara otot-otot leher, torak, abdomen atas dan bahagian belakang badan.

Sangkar rusuk manusia adalah komponen kepada sistem pernafasan manusia. Ia meliputi kaviti torasik dimana mengandungi paru-paru. Apabila berlakunya penarikan nafas, Diafragma torasik yang terletak dibawah kaviti torasik akan menarik dan lantai diafragma akan lebih mendatar, manakala kontraksi otot interkostal membuatkan sangkar rusuk mengembang keatas dan keluar. Aksi ini menyebabkan peningkatan kepada jumlah isi padu paru-paru, yang menyebabkan wujudnya tekanan kuat seperti vakum di rongga luar organ paru-paru, namun dalam kaviti torasik, keadaan sebaliknya berlaku dimana tiada kewujudan tekanan atau "negative pressure", akibatnya tekanan atmosfera telah menolak masuk udara kedalam paru-paru, (penyedutan udara). Manakala ketika penghembusan nafas, diafragma dan otot interkostal akan rehat, udara dari dalam paru-paru akan keluar.

Anatomi rusuk[sunting | sunting sumber]

Cabang rusuk.

Semua rusuk berpaut pada belakang vertebra torasik.

Tujuh rusuk atas rusuk benar (costae verae, rusuk vertebrosternal, I-VII) akan berpaut pada kepala sternum bermaksud kartilej sisi. Berikutan kemampuan elastiknya mereka boleh bergerak ketika menarik nafas dan menghembus nafas.

Cabang rusuk nombor 8, 9, dan 10 digelar rusuk salah (costae spuriae, rusuk vertebrokondral, VIII-X), dan berpaut pada kartilej sisi dibahagian rusuk atas.[petikan diperlukan]

Bagi cabang rusuk 11 dan 12 dikenali sebagai rusuk terapung (costae fluitantes, rusuk vertebral, XI-XII), kerana mereka tidak mempunyai hubungan anterior dengan sternum.

Ruang antara rusuk dengan rusuk dikenali sebagai ruang interckostal; ia mengandungi otot interkostal, saraf dan arteri darah.

Bahagian rusuk manusia:


Bilangan cabang rusuk[sunting | sunting sumber]

Jumlah bilangan cabang rusuk telah dicatatkan oleh ahli anatomi Flemish iaitu Vesalius dalam kerja kuncinya berkenaan dengan anatomi De humani corporis fabrica pada tahun 1543, dimana penemuannya tu telah mencetuskan gelombang kontroversi yang besar, berdasarkan catatan biblikal berkenaan kisah Adam dan Hawa, wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, sekaligus menyifatkan lelaki mempunyai satu cabang tulang rusuk yang hilang berbanding wanita, atau lebih tepat lelaki mempunyai 23 cabang rusuk, dan wanita ada 24 cabang rusuk. Namun dalam penemuan Vesalius, kedua-dua jantina biasanya mempunyai jumlah cabang rusuk yang sama iaitu 24 cabang rusuk.[1] Variasi bilangan cabang rusuk telah pernah terjadi. Namun nisbahnya 1 dalam 200-500 orang sahaja yang mempunyai tambahan rusuk servikal, dan biasanya wanita mendominasinya.[2] Intratorasik rusuk supernumerari biasanya jarang berlaku.[3]

Isu-isu perubatan[sunting | sunting sumber]

Kepatahan rusuk adalah kecederaan yang biasanya berlaku pada sangkar rusuk. Ia biasanya memberi kesan kepada rusuk tengah. Apabila terdapat sedikit rusuk yang rosak atau cedera, ini boleh menyebabkan kesakitan dada.

Keabnormalan sangkar rusuk termasuklah pectus excavatum ("sunken chest") dan pectus carinatum ("dada merbok").

Pengeluaran rusuk merupakan pembedhan yang melibatkan pengeluaran rusuk dari tempatnya untuk tujuan teraputik atau kosmetik.

Imej tambahan[sunting | sunting sumber]

Anterior surface of sternum and costal cartilages.  
 
 
 
 
 
X-ray image of human chest, with ribs labeled.  
Thoracic cage.  
Side view of human rib cage. Seen are the 5-12 ribs under lean muscle.  

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Chapter 19 On the Bones of the Thorax". http://vesalius.northwestern.edu/ixmlquery/hilight?parm1=chapters/FA.1.19&keyword=rib&scrollpoint=FA.1.19.07&. Capaian 2007-08-23. 
  2. Kurihara Y; Yakushiji YK, Matsumoto J, Ishikawa T, Hirata K (Jan-Feb 1999). "The Ribs: Anatomic and Radiologic Considerations" (PDF). RadioGraphics (Radiological Society of North America) 19 (1): 105–119. ISSN 1527-1323. PMID 9925395. http://radiographics.rsna.org/content/19/1/105.full.pdf. Capaian August 13, 2009. 
  3. Kamano H; Ishihama T, Ishihama H, Kubota Y, Tanaka T, Satoh K (June 1, 2006). "Bifid intrathoracic rib: a case report and classification of intrathoracic ribs" (PDF). Internal Medicine (The Japanese Society of Internal Medicine) 45 (9): 627–630. doi:10.2169/internalmedicine.45.1502. PMID 16755094. http://www.jstage.jst.go.jp/article/internalmedicine/45/9/627/_pdf. Capaian August 13, 2009. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Clinically Oriented Anatomy, 4th ed. Keith L. Moore and Robert F. Dalley. pp. 62–64
  • Principles of Anatomy Physiology, Tortora GJ and Derrickson B. 11th ED. John Wiley and Sons, 2006. ISBN 0-471-68934-3
  • De Humani Corporis Fabrica: online English translation of Vesalius' books on human anatomy.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Spine