Santau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.[1], [2]

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain.[3] Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.[4]

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.[5] Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka[perlu rujukan].

Santau juga pernah disebut dalam Hikayat Abdullah.[6]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Santau secara umumnya digunakan bagi meracun dan membunuh atau melumpuhkan musuh.[7]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  • Santau sukar dikesan siapa yang melakukannya kerana ia tidak dilakukan secara berhadapan, tetapi melalui bersembunyi. [8]
  • Penggunaan bahan-bahan organik dan kaca dalam penyedian santau juga menyukarkan ia dikesan secara perubatan kerana buluh dan serbuk kaca sukar dikesan samaada melalui X-ray maupun ultrasound. Ini juga punca mengapa pada persidangan Antarabangsa di The Hague di Netherland pada 1899 dan 1907 mengumumkan prinsip St. Petersburg yang melarang penggunaan bahan yang menyebabkan “unnecessary suffering” atau “superfluous injury.” Antara lain ia melarang penggunaan bahan letupan dengan kaca jernih kerana kesukaran pakar bedah mengesannya.[9]

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

  • Santau angin biasanya dihembus agar dibawa angin kearah mangsa dan dihidu masuk kedalam paru-paru mangsa. Oleh itu, sesiapa yang berada berhampiran dengan mangsa boleh turut terhidu habuk berbisa itu.[10]
  • Oleh kerana santau disediakan dalam bentuk serbuk, kemungkinan besar pengamal santau akan terdedah secara jangka panjang dan akan turut diracuni oleh santau yang disediakan oleh mereka, atau orang-orang yang rapat dengan mereka. [11]
  • Santau biasanya mengambil masa yang agak lama untuk bertindak, antara beberapa hari sehingga beberapa tahun.[12]

Penelitian secara ilmiah[sunting | sunting sumber]

  • Santau secara umumnya hanyalah satu bentuk racun yang digunakan bagi membunuh musuh. Racun moden adalah lebih berkesan dan mampu membunuh dengan lebih pantas.[13]
  • Santau angin secara umumnya merupakan serbuk santau (yang mengandungi bahan tajam dan halus) yang dihembuskan kepada mangsa agar memasuki paru-paru mangsa tanpa disedari dan mengakibatkan kerosakan paru-paru. Secara saintifiknya kematian berlaku kerana mangsa menghidu dan menyedut bahan santau ke dalam paru-paru yang lembab dan dengan itu mampu mengakibatkan kerosakan paru-paru disebabkan bahan tajam bercampur racun yang digunakan. Ini mengakibatkan keadaan seperti Mesothelioma atau Penyakit Asbestosis.[14], [15]
  • Kemungkinan jampi yang digunakan merupakan satu cara menjelaskan bagaimana santau bertindak. Ini disebabkan pengamal santau silam tidak dapat menjelaskan bagaimana bahan santau mampu membunuh mangsa, dengan itu menggunakan jampi dan mentera sebagai cara penjelasan bagaimana santau mampu membunuh[perlu rujukan].

Di antara dua ikon dalam ilmu santau di Malaysia ialah, Dr Harun Din[16] dan Dr Amran Kasimin[perlu rujukan].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dewan budaya, Volume 25 By Dewan Bahasa dan Pustaka - Google books.
  2. Enigma By Nasron Sira Rahim
  3. Enigma By Nasron Sira Rahim. - Google book extraction.
  4. The South East Asian review, Volume 1, Issue 1 By Institute of South East Asian Studies (Gaya, India) - Google books extraction.
  5. Masyarakat, perubahan dan pembangunan - Google book extract.
  6. Hikayat Abdullah By Abdullah (Munshi) - Google book extraction.
  7. Mantera Melayu: analisis pemikiran By Haron Daud - Google book extraction.
  8. Gejala sosial dalam masyarakat Islam: punca dan penyelesaian By Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus
  9. [http://www.crimesofwar.org/thebook/weapons.html Weapons By Burrus M. Carnahan.]
  10. [http://www.google.com.my/search?q=wind+santau+Encyclopedia+of+medical+anthropology&btnG=Search&hl=en&um=1&tbo=u&tbs=bks%3A1&tab=wp&spell=1&sa=X&aq=f&aqi=&aql=&oq= Encyclopedia of medical anthropology By Carol R. Ember, Melvin Ember
    "..but if they cause serious illness or death, it is a case of “poisoning” (racun), or “slow poisoning” (santau). ... In Malay language, angin has many meanings ( wind, air, intestinal gas, rumor, attitude, desire, or temperament), ..." ]
  11. Modern dreams: an inquiry into power, cultural production, and the cityscape ... By Beng-Lan Goh
  12. [http://books.google.com.my/books?id=MKQ1AAAAIAAJ&q=santau+take+years+to+take+effect&dq=santau+take+years+to+take+effect&hl=en Journal of cross-cultural psychology, Volumes 1-2
    ..."Santau is a slow and sure poison that can cause symptoms one to three years later, appearing gradually and insidiously "as do the effect of termites. " Santau, like kenan, can be used to explain delayed reactions or illness arising long ..."]
  13. The way that lives in the heart: Chinese popular religion and spirit mediums ... By Jean Elizabeth DeBernardi - Google books extraction.
  14. Asbestosis: A Medical Dictionary, Bibliography, And Annotated Research Guide To Internet References. San Diego, Calif: Icon Health Publications. 2004. ISBN 0-597-84339-2. 
  15. Use of metal cyanides - Cyanide poisoning.
  16. : Perihal santau di kalangan orang Melayu.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]