Santau (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Santau
PengarahAzhari Zain
Lakon layarAzhari Zain
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiIndera Che Muda
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 10 Disember 2009 (2009-12-10) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 3.48 juta.

Santau ialah sebuah filem seram Malaysia 2009 arahan Azhari Zain yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 10 Disember 2009. Filem yang dibintangi Esma Daniel dan Putri Mardiana ini merupakan kesinambungan filem-filem seram yang diterbitkan oleh Metrowealth Pictures selepas kejayaan filem Jangan Pandang Belakang, Congkak & Jangan Tegur.

Plot[sunting | sunting sumber]

Sepasang suami isteri, Halim (Esma Daniel) dan Nina (Putri Mardiana) bersama anak perempuannya Icah hidup dalam keadaan selesa di sebuah perkampungan Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin (Riezman Khuzaimi) dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas sepasang suami-isteri (Lisdawati) dan (Zul Handy Black) berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Icah yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya di luar sehingga lewat malam. Nina mula berubah sedikit demi sedikit daripada seorang isteri yang baik dan rajin menjadi seorang yang malas dan panas baran. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik. Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Icah mengesyaki ibunya mengalami gangguan benda halus. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Icah memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka[1]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-23 :

  • Pelakon Wanita Terbaik- Putri Mardiana (pencalonan)
  • Pelakon Lelaki Terbaik-Esma Daniel (pencalonan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]