Saraburi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saraburi
สระบุรี
frames
frames
Ibu kota Saraburi
Gabernor Thawip Thewin
(sejak 2002)
Keluasan 3,576.5 km2
Tangga ke-56
Jumlah
Penduduk
575,053 (2000)
Tangga ke-42
Kepadatan
Penduduk
161/km2
Tangga ke-17
ISO 3166-2 TH-19
Peta Amphoe
Wat Phra Buddha Baat


Saraburi (Bahasa Thai: สระบุรี: Melayu: Sarapuri) ialah salah satu daripada provinsi Thailand yang terletak di tengah negara ini. Provinsi-provinsi berjiran termasuk (dari utara ikut arah jam) Lopburi, Nakhon Ratchasima, Nakhon Nayok, Pathum Thani dan Ayutthaya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Saraburi terletak di sebelah kiri lembah Sungai Chao Phraya yang terdiri daripada dataran-dataran tinggi dan penara-penara, manakala sebahagian besar kawasan di sebelah barat lembah itu terdiri daripada dataran-dataran yang rendah.

Terdapat dua buah taman negara di provinsi ini:

Pusat provinsi: 14°32′U, 101°0′T

Pelarian Hmong[sunting | sunting sumber]

Di Amphoe Phra Phutthabat terletak kuil Wat Tham Krabok yang merupakan khemah pelarian Hmong yang terakhir. Orang-orang Hmong berpindah ke kuil ini selepas khemah yang lalu di Ban Vinai (Provinsi Loei) ditutup pada tahun 1992 disebabkan kekurangan wang.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Mohor provinsi ini menampilkan kuil Wat Phra Buddha Baat. Pada abad ke-17, seorang pemburu menemui sebuah lopak yang kelihatan seakan-akan jejak kaki yang amat besar. Lopak itu diisytiharkan sebagai jejak kaki Buddha, dan sebuah kuil dibina di tapak ini. "Phra Phutthabat" bermaksud "jejak kaki Buddha".

Pokok provinsi ialah Lagerstroemia floribunda, manakala bunga provinsi ialah Pokok Kapas Kuning (bahasa Inggeris: Yellow Cotton Tree; nama botani: Cochlospermum regium).

Bahagian pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Provinsi Sara Buri dibahagikan kepada 13 buah daerah (Amphoe). Daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 111 buah komun (tambon) dan 965 buah desa.

  1. Mueang Saraburi
  2. Kaeng Khoi
  3. Nong Khae
  4. Wihan Daeng
  5. Nong Saeng
  6. Ban Mo
  7. Don Phut
  1. Nong Don
  2. Phra Phutthabat
  3. Sao Hai
  4. Muak Lek
  5. Wang Muang
  6. Chaloem Phra Kiat

Pautan luar[sunting | sunting sumber]