Sarapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bijiran sarapan
Nasi lemak

Sarapan atau makan pagi adalah makanan pertama setiap hari, yang diambil pada waktu pagi.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.

Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.

Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.

Faedah[sunting | sunting sumber]

Tabiat pemakanan yang baik ini perlu disemai sejak anak kecil. Kajian mendapati nutrisi baik bukan saja mampu membantu perkembangan fkikal (menjadikan anak le-bih tinggi dan kuat), tetapi juga merangsang keupayaan minda yang dikaitkan dengan kebolehan memperoleh pendapatan lebih lumayan.

Manfaat[sunting | sunting sumber]

Orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik. Pemilihan sarapan, terutama kaya karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, peka dan fokus.

Contoh makanan[sunting | sunting sumber]

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberi kesan positif kepada fungsi otak. Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.

Sarapan juga secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja.

Sedihnya, masih ramai masyarakat kita belum mampu menjadikan sarapan sebagai satu kemestian di dalam hidup mereka atau jika diambil pun pada waktu berbeza-beza.

Kajian[sunting | sunting sumber]

Kajian membabitkan 1,500 responden daripada empat perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga 1997 mendapati, lelaki yang diberi bu-bur nasi kaya khasiat sebelum umur tiga tahun mempunyai pendapatan 46 peratus lebih tinggi bagi setiap jam berbanding kumpulan kawalan yang menerima kurang khasiat.

Bagaimanapun, didapati tiada perbezaan ekonomi bagi responden yang diberi makanan berkhasiat selepas berumur tiga tahun, baik lelaki mahupun wanita. Dalam kajian itu, aspek persekitaran dan kualiti sekolah turut diberi perhatian supaya tidak menjejaskan keputusan. Pakar pemakanan mengenal pasti umur sehari ke dua tahun atau sehari ke tiga tahun sebagai jendela emas (tempoh paling berharga).

Kekurangan zat boleh memberi kesan yang sangat merugikan kerana ia memperlahankan pertumbuhan fizikal(menyebabkan anak rendah) dan perkembangan minda. Mempunyai saiz badan tinggi dan kuat boleh membantu meningkatkan pendapatan daripada segi kemampuan tenaga, tetapi paling penting ialah keupayaan minda.

Walaupun kajian ini mensasarkan kesan jangka panjang makanan berkhasiat kepada kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia bukan bermakna keperluan anak yang lebih tua boleh diabaikan. Banyak kajian menunjukkan anak yang bersarapan menunjukkan prestasi dan daya tumpuan lebih baik di bilik darjah. Jadi tidak kira berapa umur anak anda, mereka masih boleh mendapat manfaat daripada sarapan berkhasiat.

Kajian UKM[sunting | sunting sumber]

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad pada tahun 2001 ke atas 12,000 murid sekolah rendah (berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara) mendapati, lebih 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak bersarapan.

Antara alasan paling kerap diberi ialah tidak cukup masa (48 peratus) dan tidak berselera (30 peratus). Manakala pilihan makanan sarapan paling lazim ialah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.

Didapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar kudapan seperti ais krim, buah, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan. Sebaliknya, kekerapan makan bersama keluarga menurun. Berdasarkan kajian, hanya 68 peratus kanak-kanak sekolah rendah makan malam bersama keluarga.

Sebenarnya, kanak-kanak tahu mengenai nilai pemakanan, tetapi pengetahuan ini tidak mencerminkan tabiat makan mereka. Hampir 77 peratus kanak-kanak sekolah rendah tahu mereka perlu bersarapan. Golongan yang tidak bersarapan akan makan mi atau mihun goreng, nasi lemak atau nasi goreng pada waktu rehat di sekolah. Malah, murid yang bawa bekal juga makan mi, mihun atau nasi goreng, atau nasi lemak di kantin menggunakan duit belanja yang diberi ibu bapa.

Kanak-kanak kini tidak lagi aktif sebagaimana sepatutnya. Dalam kajian itu penyelidik mendapati:

  • 25 peratus kanak-kanak mengalami masalah berat badan
  • 13.2 peratus kurang berat badan (10 peratus bagi kumpulan tujuh hingga sem-bilan tahun dan 17 peratus bagi kumpulan 10 hingga 12 tahun)
  • 11.7 peratus berlebihan berat badan (lima peratus dari kumpulan tujuh hingga sembilan tahun dan 21 peratus untuk kumpulan 10 hingga 12 tahun)

Ditanya bagaimana mereka menghabiskan masa lapang, kira-kira 76 peratus menjawab di depan televisyen. Hanya 24 peratus terbabit dalam aktiviti cergas. Aktiviti paling biasa ialah berbasikal, bermain badminton atau berlari.

Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul FaKamarul Zaman, ber-kata kegagalan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik antara faktor yang menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Berdasarkan Kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, sebanyak 10.5 peratus murid sekolah di negara ini mengalami masalah berlebihan berat badan dan enam peratus lagi termasuk dalam kategori sangat gemuk atau obes.