Sari kata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sarikata)
Contoh kegunaan sari kata di TV.

Sari kata (Jawi: ساري کات) (bahasa Inggeris: Subtitle) ialah penyampaian dialog dalam bentuk teks ke dalam filem dan rancangan televisyen yang biasanya dipaparkan di bahagian bawah skrin kandungan ditonton. Sari kata boleh bertindak sebagai suatu bentuk terjemahan bertulis bagi bahan yang berdialog bahasa asing atau pemaparan dialog yang sama bahasa dengan sedikit maklumat tambahan untuk membantu penonton yang kurang upaya pendengaran mengikuti dialognya.

Adakalanya di festival filem, sari kata boleh dipaparkan di paparan berasingan di bawah layar untuk menjimatkan kos penghasilan salinan bersari kata semata-mata untuk tayangan sekali. Sari kata televisyen untuk golongan kurang upaya pendengaran dipanggil penyarikataan tertutup (closed captioning).

Jenis Sari Kata[sunting | sunting sumber]

Lekat / Kekal (Hard)[sunting | sunting sumber]

  • Juga dikenali sebagai Hardsub ataupun Terbuka (Opensub).
  • Teks sari kata ditanam terus pada bidang-bidang video asli secara kekal.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  • Tidak memerlukan perisian pemain video khas, membolehkan pelbagai peranti (TV .dll) dan perkhidmatan pengehosan fail memainkannya.
  • Kesan-kesan peralihan dan animasi rumit dapat dipaparkan dengan lancar pada sistem yang lemah, seperti lirik lagu karaoke yang mengikuti rentak seni kata dan pengaturan huruf yang beraneka warna, muka taip, saiz, animasi (bola melantun .dsb).

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

  • Tidak boleh ditutup dan akan sentiasa terbuka.
  • Tidak boleh disunting semula setelah ia ditanam.
  • Pengguna terbatas kepada satu bahasa dan gaya yang disediakan sahaja.
  • Kualiti video akan berkurang (walau tidak ketara) memandangkan proses menanam sari kata adalah dengan mengekod semula video.

Prapapar (Prerendered)[sunting | sunting sumber]

  • Bidang video berasingan yang bertindih di atas video asal ketika dimainkan.
  • Sari kata prapapar digunakan dalam DVD (terkandung dalam fail yang sama dengan strim video).
  • Penonton boleh menutup sari kata ini atau menukarkannya ke dalam bahasa lain, selagi mana pemain dapat menyokong keupayaan sedemikian untuk memaparkannya.
  • Sari kata ini juga dikodkan sebagai imej dengan kadar bit dan bilangan warna minimum; biasanya mempunyai perasteran fon berantialias yang terbatas.
  • Sari kata ini agak sukar untuk diubah, tetapi dengan adanya bantuan perisian Pengecaman Aksara Optik (OCR) seperti SubRip dan VideoSubFinder, tugasan untuk menukarkannya ke bentuk "semat" menjadi sedikit mudah.

Semat (Soft)[sunting | sunting sumber]

  • Juga dikenali sebagai Softsub ataupun Tertutup (Closed).
  • Teks sari kata lazimnya disematkan pada fail video.
  • Lebih kurang seperti sari kata tertutup.
  • Sari kata ini juga berlaku pada dua keadaan: Dalaman (Internal) iaitu fail sari kata ini dibubuh bersama dengan strim audio dan video di dalam bekas fail video dan Luaran (External) apabila ia diletakkan di dalam folder yang sama tetapi fail yang berasingan.
  • Kegiatan menyari kata oleh peminat (fansub) sering menggunakan jenis ini.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

  • Boleh ditutup.
  • Mudah dibuat dan boleh disunting semula.
  • Pengguna tidak terbatas pada satu bahasa.
  • Mutu pemaparan teks tertakluk kepada kemampuan pemain, tetapi selalunya lebih bagus berbanding sari kata prapapar.

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

  • Memerlukan sokongan pemain video.
  • Pelbagai format sari kata yang tidak serasi satu sama lain.
Jadual perbandingan
Ciri-ciri Keras Prapapar Lunak
Boleh dihidup dan dimatikan Tidak Ya Ya
Pelbagai sari kata (cthnya. bahasa) Ya
(Tetapi semuanya dipaparkan serentak)
Ya Ya
Boleh disunting Tidak Boleh
(Tetapi sukar)
Ya
Keperluan pemain Tiada Kebanyakan pemain pada masa kini menyokong sari kata DVD Biasanya memerlukan perisian khas, melainkan undang-undang tempatan mewajibkan pengedarannya
Tampakan visual, warna, mutu fon Rendah ke Tinggi
(Bergantung kepada peleraian/mampatan video)
Rendah Rendah ke Tinggi
(Bergantung kepada pemain dan format fail sari kata)
Peralihan, karaoke dan kesan-kesan khas lain Tertinggi Rendah Bergantung pada pemain dan format fail sari kata, selalunya rendah
Pengedaran

Di dalam video asal

Strim video berkadar bit rendah berasingan, biasanya dimultiplekskan

Fail sari kata atau strim arahan yang agak kecil, dimultiplekskan atau diasingkan

Overhead tambahan Tiada
(Cuma sari kata yang dibubuh dengan mengekodkan semula video asal boleh menjejaskan mutu imej keseluruhan, apalagi teks bersisi jelas boleh menimbulkan artifak di sekelilingnya)
Tinggi Rendah

Format sari kata[sunting | sunting sumber]

Untuk perisian pemain video[sunting | sunting sumber]

Jadual perbandingan
Nama Sambungan Jenis Gaya teks Metadata Pemasaan Ketepatan pemasaan
AQTitle .aqt Teks Ya Ya Bidang Mengikut bidang
EBU-TT-D XML Ya Ya Masa Berlalu Tidak terkira
Gloss Subtitle .gsub HTML/XML Ya Ya Masa berlalu 10 milisaat
JACOSub .jss Teks Ya Tidak Masa Berlalu 10 milisaat
MicroDVD .sub Teks Tidak Tidak Bidang Mengikut bidang
MPEG-4 Timed Text .ttxt
(atau diadun dengan strim A/V)
XML Ya Tidak Masa berlalu 1 milisaat
MPSub .sub Teks Tidak Ya Masa berjujukan 10 milisaat
Ogg Writ
(dibenamkan dalam penyimpan Ogg)
Teks Ya Ya Butir-butir berjujukan Mengikut strim bit
Phoenix Subtitle .pjs Teks Tidak Tidak Bidang Mengikut bidang
PowerDivX .psb Teks Tidak Tidak Masa berlalu 1 saat
RealText .rt HTML Ya Tidak Masa berlalu 10 Millisaat
SAMI .smi HTML Ya Ya Bidang Mengikut bidang
Spruce subtitle format .stl Teks Ya Ya Masa berjujukan+bidang Masa berjujukan+bidang
Structured Subtitle Format .ssf XML Ya Ya Masa berlalu 1 milisaat
SubRip .srt Teks Ya Tidak Masa berlalu 1 milisaat
(Advanced) SubStation Alpha .ssa atau .ass (advanced) Teks Ya Ya Masa berlalu 10 milisaat
SubViewer .sub atau .sbv Teks Tidak Ya Masa berlalu 10 milisaat
Universal Subtitle Format .usf XML Ya Ya Masa berlalu 1 milisaat
VobSub .sub + .idx Imej Masa berlalu 1 milisaat
WebVTT .vtt HTML Ya Ya Masa berlalu 1 milisaat
XSUB
(dibenamkan dalam penyimpan .divx)
Imej Masa berlalu 1 milisaat

Masih ada banyak lagi format yang jarang digunakan, kebanyakannya berasaskan teks dan berformat .txt.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]