Sarimah Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sarimah Ibrahim
ساريمه إبراهيم
Sarimah pada 2008
Kelahiran (1978-02-19) 19 Februari 1978 (umur 46)
Pekerjaan
  • Penyampai radio
  • pengacara
  • penyanyi
  • pelakon
Tahun aktif1996–kini
Ketinggian1.70 m (5 ka 7 in)
PasanganAmir Andrew Abdullah (k. 2006; c. 2009)
YM Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar (k. 2015)
Anak-anakYM Tunku Sofia Najihah
IbuElizabeth Hanlon
BapaIbrahim Ahmad

Che Puan Sarimah binti Ibrahim (lahir 19 Februari 1978)[1] merupakan seorang pengacara, penyampai radio, penyanyi serta pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Che Puan Sarimah Ibrahim telah dilahirkan di Dublin, Ireland. Beliau pernah mendapat pendidikan awal di Emirates International School, Dubai dan juga Wesley College, Dublin dimana beliau menerima kelayakan O-Levels.[3] Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah memperoleh Advanced Diploma in Psychology dari College of Applied Arts di Singapura dan Bachelor's Degree of Psychology dari HELP University di Malaysia.[4]

Beliau fasih bertutur dalam tiga bahasa termasuk Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga Perancis. Beliau merupakan anak sulung dari empat adik beradik.[5]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau bermula sebagai Model Iklan- Sprite, Hexos, Telekom, Clairol Herbal Essences, Ribena dan Dynamo.

Antara lakonan beliau dalam filem Puteri Impian 2, Janji Diana, Gerak Khas 3 dan MX3.

Beliau telah mengendalikan lebih dari 400 show corporate antara clientele: Maybank, HSBC, Chanel, Sime Darby, Panasonic, Petronas dll.

Bermula sebagai Pengacara The Disney Channel Pada 1997 dan sebagai bintang NTV7 pada tahun yang sama. Beliau pernah menjadi Pengacara AIM, AJL dan Memenangi Anugerah Pengacara Terbaik Anugerah Seri Angkasa, AIM Artis Baru Terbaik 2002.

Pada tahun 2009, beliau telah dipilih untuk menjadi pengacara bagi program Fail Sulit AF, Konsert Akademi Fantasia, The Biggest Loser Asia Musim 1 di Hallmark Channel, juga Program Realiti IKON Malaysia dan IKON ASEAN yang telah disiarkan di Astro Hallmark Channel Asia.[6] Beliau juga merupakan juruhebah radio bagi stesen radio Era FM, Red FM, dan juga Mix FM.[7]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Che Puan Sarimah Ibrahim pernah berkahwin dengan jejaka Australia, Amir Andrew Abdullah (nama asal Andrew John Browning) pada 13 Mei 2006. Namun, perkahwinan mereka hanya berkekalan selama tiga tahun apabila mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Mei 2009.[8][9]

Pada 2 April 2015, beliau telah berkahwin dengan Yang Mulia Tunku Nadzimuddin bin Tunku Mudzaffar yang juga merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah. Ayahanda mentuanya ialah Yang Mulia Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Mudzaffar ibni Almarhum Tunku Mustapha manakala bonda mentuanya ialah Yang Amat Mulia Tunku Dara Negeri Sembilan Tunku Naquiah binti Almarhum Tuanku Ja'afar.

Pasangan ini sebelumnya telah bertunang pada 27 September 2014. Mereka kemudiannya telah mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup yang telah diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat sahaja.[10]

Setelah perkahwinannya bersama Tunku Nadzimuddin atau lebih dikenali sebagai Tunku Jamie, beliau telah dikurniakan gelaran Che Puan iaitu gelaran yang dikurniakan kepada isteri kerabat diraja yang berasal daripada golongan orang kebanyakan (rakyat biasa) dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.[11][12]

Che Puan Sarimah Ibrahim dan Tunku Jamie telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Yang Mulia Tunku Sofia Najihah. Cahaya mata pertama mereka telah dilahirkan pada 19 Julai 2019.[13]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Puteri Impian 2 Lisa Filem pertama
2000 Mimpi Moon Lin
2003 Janji Diana Sabrina
MX3 Marisa Pelakon undangan
2005 GK3 The Movie Inspektor Farah
2014 Apokalips X Zara Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2023 Jack Yusof Dirinya sendiri Astro Ria
Riot!: Rebel With A Cause Lydia Astro Premier
2024 Lelaki Itu Syarifah Qaidah TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1996 The Attic Show Pengacara TV2
1998 ”Disney Buzz” Penyampai The Disney Channel
1999 The RIM Chart Show Pengacara NTV7
1999–2001 KIDS@NTV7
2000 The Oreo Zone TV3
2001 Malaysia 2020 TV2
2003 Anugerah Juara Lagu ke-18 TV3
2004 Anugerah Juara Lagu ke-19
2006 Galaksi TV9
2007 IKON
2008 Diari Akademi Fantasia Astro Ria
Radar AF7
2009 Diari Akademi Fantasia
Tirai Akademi Fantasia 7
Tangkap Muat
The Biggest Loser Asia Hallmark Channel Asia
2010 Akademi Fantasia 8 Astro Ria
2012 Tourism Malaysia Video
CNN Go on Air: Kuala Lumpur Penyampai CNN
2014 Football Focus with MYEG Pengacara Astro Supersport
2015 Bella NTV7
Sarimah’s 2 Sen Webshow Feefo.tv
2017 The Sarimah Show TV3
2018 “Awak Ok?” Mental Health Awareness Show Online Selangor Government
2022 Vazz Vaganza Astro Ria
Festival Filem Malaysia ke-32 TV2
2023 Anugerah Ikon Sukan Harian Metro TV9

Panggilan dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Che Puan Sarimah Ibrahim
Gaya panggilan Yang Berbahagia
Gaya pertuturan Yang Berbahagia
Gaya pilihan Che Puan
  • 19 Februari 1978 - 13 Mei 2006 : Cik Sarimah binti Ibrahim
  • 13 Mei 2006 - 15 Mei 2009 : Puan Sarimah binti Ibrahim
  • 15 Mei 2009 - 2 April 2015 : Cik Sarimah binti Ibrahim
  • 2 April 2015 - kini : Yang Berbahagia Che Puan Sarimah binti Ibrahim

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rafiqhi, Nazar (2022-01-28). ""Kematangan Datang Dengan Pengalaman, - Syukur Bakal Meniti Usia 50 Tahun, CP Sarimah Ibrahim Akui Hidup Kini Lebih Bahagia". Media Hiburan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
  2. ^ Suzi (2022-02-21). "Cantik Usia 44 Tahun, CHE PUAN SARIMAH Kongsi 'Birthday' Dengan Suami & Tampil Mempesona!". Nona (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
  3. ^ Hasan Zainuddin (28 October 2014). "Keturunan Banjar Di Malaysia Jadi Melayu Baru". ANTARA News Kalimantan Selatan (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 9 October 2015.
  4. ^ [http://ciksitionline.blogspot.com/2014/02/senarai-artis-malaysia-yang.html "Senarai Artis Malaysia Yang Berpendidikan Tinggi". CikSiti Online (dalam bahasa malaysia). 2017-11-21. Dicapai pada 2022-06-16.CS1 maint: unrecognized language (link)]
  5. ^ New Straits Times (10 July 2011). "Waiting for Mr Perfect". AsiaOne.
  6. ^ Mina, Rosanna (8 March 2010). "Filipino makes it to 'Biggest Loser Asia' finale". ABS-CBN News.
  7. ^ Freeman, Bradley C.; Ramakrishnan, Yokanathan (2016). Singapore Radio: Then and Now (dalam bahasa Inggeris). Cambridge Scholars Publishing. m/s. 76. ISBN 978-1-4438-9295-7.
  8. ^ "Sarimah Ibrahim, Tunku Jamie Selamat Bergelar Suami Isteri". ROTIKAYA (dalam bahasa Inggeris). 2015-04-02. Dicapai pada 2022-06-12.
  9. ^ "Jodoh Tak Panjang, 5 Selebriti Ini Pernah Berkahwin Dengan 'Mat Salleh'". Murai MY (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-21. Dicapai pada 2022-06-12.
  10. ^ AbangNara (2015-04-02). "(7 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Sarimah Ibrahim & Tunku Jamie". Beautifulnara -Terkini dan Sensasi | Beautifulnara -Terkini dan Sensasi, Gosip, Berita, Informasi & Video Viral Selebriti Malaysia Tempatan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.
  11. ^ "Sarimah Ibrahim sah milik Tunku Jamie" (dalam bahasa Bahasa Malaysia). Berita Harian. April 2, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Che Puan Sarimah Ibrahim Kongsi Kisah Cintanya Bersama Orang Istana". glam.my. Dicapai pada 2022-06-12.
  13. ^ Mohamed, Hamizatul Maizan Binti (2020-01-03). "YM Tunku Sofia Najihah Permata Hati CP Sarimah Ibrahim & YM Tunku Jamie". Nona (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]