Sarjan Hassan
| Sarjan Hassan | |
|---|---|
| Pengarah | Lamberto Avellana P. Ramlee |
| Penerbit | Malay Film Productions Ltd |
| Pengarang | Ralph Modder (cerita) P. Ramlee (lakon layar) |
| Lakonan | P. Ramlee Saadiah Salleh Kamil |
| Pengedar | Shaw Brothers Ltd |
| Mula tayangan | 28 Ogos 1958 |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Sarjan Hassan (Sergeant Hassan) ialah salah satu filem yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Pada awalnya filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya. Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee.
Isi kandungan |
[sunting] Sinopsis
Hassan (P. Ramlee) berumur 10 tahun ketika ayahnya meninggal dunia. Ibunya pula meninggal dunia sewaktu dia masih kecil. Majikan arwah ayahnya yang kasihan akan nasib Hassan telah menjadikan Hassan sebagai anak angkatnya. Bagaimanapun, anak kepada ayah angkat Hassan, Aziz (Jins Shamsudin) berasa cemburu akan Hassan dan membencinya. Apabila mereka sudah dewasa, Aziz dan Buang (Salleh Kamil) senantiasa membuli dan mengganggu Hassan. Salmah (Saadiah) jatuh cinta dengan Hassan. Tindakan Salmah ini mendatangkan kemarahan kepada Aziz. Apabila Perang Dunia II semakin dekat, Rejimen Askar Melayu mula mengambil rekrut.
Aziz menyertainya tetapi Hassan yang juga ingin menyertainya dihalang berbuat demikian oleh ayah angkatnya yang menyuruhnya supaya menjaga kebun. Orang-orang kampung mula memanggil Hassan sebagai pengecut dan ini menyebabkan Hassan membuat keputusan untuk lari daripada rumah supaya dia dapat menyertai Askar Melayu. Hassan membuktikan dia mampu menjadi seorang askar yang bagus dan tidak lama kemudian dinaikkan pangkat menjadi Sarjan.
Apabila Jepun menyerang Malaya, Sarjan Hassan bersama-sama dengan rakan seperjuangannya menentang mereka dengan gagah dan berani sekali. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz apabila dia menjadi tawanan perang. Dalam masa yang sama, Buang mengkhianati bangsanya sendiri dengan menjadi polis rahsia Jepun atau Kampeitai. Buang menggunakan kedudukannya untuk menggangu penduduk kampung dan memaksa Salmah mengahwininya.
[sunting] Pelakon
- P. Ramlee (Sarjan Hassan)
- Saadiah (Salmah)
- Jins Shamsuddin (Aziz)
- Salleh Kamil (Buang)
- Daeng Idris (Pak Lebai)
- Aini Jasmin (Minah)
- Kapten John Gray RMR
- Kapten David Downe RM
- Sarjan Pon
- Koperal Rashid
- Nyong Kamil
- Leng Hussein
- Omar Rojik
- S. Shamsuddin
- M. Rafee
- Adik Jaafar
- Kemat Hassan
- Habibah
- Omar Suwita
- Zainol Bakar
- Ali Fiji
[sunting] Pengarah
- Lamberto Avellana
- P. Ramlee
[sunting] Sarjan Hassan agen penjajah ?
Pada 10 September 2011, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mempersoal penayangan filem Sarjan Hassan.Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P. Ramlee merupakan seorang yang baik dan setia, namun dia berkhidmat untuk ketuanya iaitu orang Inggeris dan melawan Buang yang menjadi ejen Jepun.Kedua-duanya wakili penjajah.Sebelum ini beliau mendakwa komunis Mat Indera yang menyerang Ray Dancey / Sarjan Jamil Mohd Shah di Rumah Pasung Bukit Kepong sebagai hero dan menuduh filem Bukit Kepong sebagai satu pembohongan sejarah.[1]