Sastera Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Halaman Al-Quran abad ke-18. Al-Quran menjadi pengaruh terbesar kesusasteraan Arab

Kesusasteraan Arab (Bahasa Arab: الأدب العربي‎, ALA-LC: al-Adab al-‘Arabī) ialah penulisan, dalam bentuk prosa atau puisi, yang dihasilkan dalam bahasa Arab. Perkataan Arab yang digunakan untuk kesusasteraan ialah "adab", yang menggambarkan kesopanan, kebudayaan dan kekayaan budi bahasa.

Kesusasteraan Arab muncul dalam abad ke-5 M dan hanya cebisan-cebisan tertulis yang terdapat sebelum waktu itu. Kitab al-Quran, yang dianggap luas sebagai karya sastera terunggul dalam bahasa Arab,[1] meninggalkan kesan terkuat terhadap kebudayaan Arab dan sasteranya. Kebudayaan Arab berkembang dalam Zaman Keemasan Islam dan masih subur sehinggalah ke hari ini, dengan pemuis dan penulis bahasa Arab mengecap kejayaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jones, Alan (2003). "Foreword". In Rodwell, J. M. The Koran. Phoenix. ISBN 978-1842126097.