Sastera Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sastera Melayu boleh dibahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

  1. Sastera Rakyat
  2. Sastera Istana
  3. Sastera Hikayat
  4. Sastera Panji
  5. Sastera Epik
  6. Sastera Sejarah
  7. Kisah Nabi-nabi dan Tokoh-tokoh Islam
  8. Sastera Kitab
  9. Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan
  10. Kepustakaan Ilmu Tradisional.

Antara sastera Melayu yang ada adalah (Menurut tahun):-

  1. Batu Bersurat Terengganu
  2. Hikayat Bayan Budiman
  3. Hikayat Raja Pasai
  4. Hikayat Muhammad Hanafiah
  5. Undang-Undang Melaka
  6. Hikayat Seri Rama
  7. Hikayat Amir Hamzah
  8. Hikayat Inderaputera
  9. Hikayat Iskandar Zulkarnain
  10. Qasidah al-Burdah
  11. `Aqâ´id al-Nasafî
  12. Syair Hamzah Fansuri
  13. Spraek en Woord-Boek
  14. Taj al-Salatin
  15. Hikayat Aceh
  16. Cerita Kutai
  17. Bustan al-Salatin
  18. Hujjat al-Siddîq
  19. Hikayat Tanah Hitu
  20. Hikayat Ibrahim ibn Adham
  21. Hikayat Pelanduk Jenaka
  22. Sejarah Melayu
  23. Hikayat Banjar dan Kota Waringin
  24. Tarjumân al-Mustafîd
  25. Bab Takzir
  26. Hikayat Ibrahim ibn Adham
  27. Asal Bangsa Jin & Dewa-Dewa
  28. Hikayat Hang Tuah
  29. Hikayat Patani
  30. Surat al-Anbiya
  31. Syair Bidasari
  32. Risalah Shihabuddin
  33. Risalah fi 'l-Tawhid
  34. Misa Melayu
  35. Hikayat Nakhoda Muda
  36. Hikayat Perintah Negeri Benggala
  37. Syair Sultan Maulana
  38. Syair Sinyor Kosta
  39. Syair Raja Tedung dengan Raja Katak
  40. Syair Siti Zubaidah Perang Cina
  41. Hikayat Merong Mahawangsa
  42. Surat Keterangan Syeikh Jalaluddin
  43. Silsilah Perak
  44. Syair Kerajaan Bima
  45. Syair Dagang Berjual-Beli
  46. Syair Potong Gaji
  47. Syair Tengku Perbu
  48. Pelayaran Abdullah ke Kelantan
  49. Hikayat Marakarma
  50. Ceretera2 karangan Abdullah
  51. Hikayat Abdullah Munsyi
  52. Syair2 karangan Abdullah
  53. Syair Engku Puteri
  54. Hikayat Maharaja Marakarma
  55. Syair Perang Johor
  56. Hikayat Iblis
  57. Syair Kunjungan Tengku Selangor
  58. Pelayaran Abdullah ke Mekah
  59. Mukhtasar Tawarikh al-Wustha
  60. Hikayat Siak
  61. Syair Kumbang Mengindera
  62. Surat kepada Von de Wall
  63. Syair Bayan Budiman
  64. Syair Kumbang dan Melati
  65. Syair Bunga Air Mawar
  66. Syair Nuri dengan Simbangan
  67. Syair Nyamuk dan Lalat
  68. Syair Saudagar Bodoh
  69. Hikayat Raja Damsyik
  70. Syair Raja Damsyik
  71. Syair Kiamat
  72. Salasilah Melayu dan Bugis
  73. Tuhfat al-Nafis
  74. Syair Awai
  75. Syair Bunga-Bungaan
  76. Syair Burung Pungguk
  77. Syair Unggas Soal Jawab
  78. Syair Sang Kupu-Kupu
  79. Kitab Suci
  80. Muhimmat al-Nafa´is
  81. Syair Perjalanan Sultan Lingga
  82. Syair Raksi

Kehilangan kesusasteraan Melayu[sunting | sunting sumber]

Banyak hasil kesusasteraan Melayu yang telah musnah ditelan zaman dan peperangan. Antara punca kemusnahan tulisan kesusasteraan Melayu adalah seperti lenyapnya Kerajaan Seri Wijaya serta kedatangan agama Islam ke alam Melayu, yang membawa kepada lenyapnya segala naskah-naskah kesusasteraan Melayu yang berasal dari zaman Hindu dahulu.

Selain itu kerana istana raja ialah menjadi tempat perhimpunan buku-buku, kebanyakannya musnah binasa di makan api seperti dalam peristiwa kebakaran istana Sultan Mansor Shah seperti tersebut kesahnya di dalam buku Sejarah Melayu yang mengatakan bahawa dalam peristiwa itulah kerajaan daripada Sang Nila Utama telah dibakar.

Selain itu dengan kejatuhan kerajaan Melaka, banyak kehilangan naskah-naskah kesusasteraan lama Melayu apabila Kerajaan Melayu Melaka alah dilanggar oleh Feringgi banyak buku dan kitab yang musnah terbakar atau tenggelam bersama Flor De La Mar (Flower of the seas). Kapal laksamana Alfonso de Albuquerque dari Portugis yang dipercayai tenggelam di perairan Aceh Tamiang dan Pasai pada Disember 1511 membawa banyak harta rampasan perang Melaka.

Selain itu berlaku juga kebakaran pada sebuah kapal yang bernama the Fame yang dalam pelayaran ke British. Dalam kebakaran itu turut musnah segala muatannya iaitu berbagai khazanah termasuklah perpustakaan lama Melayu yang telah di kumpulkan oleh tuan Raffles.

Menurut keterangan Abdullah Abdul Kadir Munshi dalam hikayatnya, nyatalah amat banyak perpustakaan lama Melayu yang telah musnah dalam kebakaran kapal the Fame itu. Ada pun perpustakaan lama melayu, iaitu kitab-kitab, hikayat-hikayat dan syair-syair yang musnah itu menurut Hikayat Abdullah penuh berisi di dalam tiga buah peti kulit panjang-panjang sedepa, diantaranya ada kira-kira tiga ratus buah buku-buku yang telah dijilid, tiada termasuk naskah-naskah yang belum berjilid, yang bercerai-berai, bergulung dan yang berhelai-helai. Selain dari itu ada lagi duah buah peti penuh berisi dengan surat-surat dan kitab-kitab Jawa, Bali dan Bugis dan tulisan-tulisan di atas daun lontar.

Sesungguhnya adalah terbukti bahawa segala khazanah yang telah musnah didalam kebakaran kapal the Fame itu amat tinggi nilainya kepada tuan Raffles, kerana ade tersebut di dalam buku yang bernama “ Raffles “ of Singapore karangan Reginald Coupland, mengatakan bahawa berbagai khazanah yang telah dikumpulkan oleh Raffles sebanyak muatan lebih sebuah kapal telah sudah pun dihantarkan ke England beberapa lama terdahulu daripada peristiwa kebakaran kapal the Fame itu, tetapi segala khazanah yang terpilih dan lebih-lebih di hargainya telah dikemudiankan oleh Raffles dengan tujuan ia sendiri hendak memerhatikan keselamatan khazanah-khazanah itu dalam pelayaran. Malangnya semuanya itu telah musnah, termasuklah segala naskah buku-buku, surat-surat, tulisan di daun-daun lontar dan sebainya yang telah di simpan kedalam peti-peti oleh munshi Abdullah di Singapura itu serta beberapa banyak lagi khazanah-khazanah yang telah terkumpul dan dibawa daripada Bencoolen.