Sastera liberal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sastera liberal (bahasa Inggeris: Liberal Arts) merujuk kepada satu kurikulum pendidikan yang berasaskan pendidikan klasik. "Sastera liberal" didefinisikan oleh Encyclopaedia Britannica sebagai "kurikulum kolej atau universiti yang bermatlamat memupuk pengatahuan am dan membangunakan kebolehan intelektual, berbeza daripada kurikulum bersifat profesional, vokasional atau teknikal." Dalam universiti Zaman Pertengahan, sastera liberal digolongkan kepada tujuh, iaitu:

  • Trivium
  1. Tatabahasa
  2. Retorik
  3. Logik
  • Kuadrivium
  1. Geometri
  2. Aritmetik
  3. Muzik
  4. Astronomi

Trivium ("tiga jalam" dalam bahasa Latin) merupakan bidang yang diajar dahulu, dan merupakan asas pendidikan sastera liberal. Kuadrivium (Quadrivium, "empat jalam" dalam bahasa Latin) merupakan bidang yang diajar di universiti. Siswazah sastera liberal di universiti medieval menjadi Sarjana Sastera (MA). Pada zaman itu, kajian astronomi dan astrologi dianggap sebagai satu.

Dalam institusi pengajian tinggi moden, sastera liberal yang lazim ditawarkan ialah teologi, kesusasteraan, bahasa, falsafah, sejarah, matematik dan sains.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]