Kesatria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Satria)
Seorang kesateria yang mewakili Edward, Si Putera Hitam

Kesateria (serapan Sanskrit: क्षत्रिय kshatriya[1] berakar daripada क्षत्र kśatra kewenangan - bahasa Inggeris: knight) merujuk kepada seorang "askar lelaki"[2] atau sebarang ahli di dalam kelas pahlawan semasa Zaman Pertengahan di Eropah. Kesateria adalah orang suruhan raja, yang mana akan menganugerahkan tanah sekiranya kesateria berjuang untuk mereka. Kesateria percaya kehormatan adalah sangat penting, dan memiliki satu kod kehormatan yang dikenali sebagai chivalry. Mereka selalunya memiliki kuda perang.

Pada hari ini, gelaran kesateria diberikan oleh Ratu. Bentuk gelaran sebegini dikenali sebagai Order of the British Empire (Darjah Empayar British) dan dipanggil dengan nama 'Sir' diikuti dengan nama pertama mereka. Kebanyakan bangsawan pada hari ini merupakan keturunan daripada kesateria. Sebagai contoh: Wijerd Jelckama merupakan keturunan daripada seorang kesateria yang mati semasa Pengepungan Antioch (1199).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Kshatriya - kasta dalam masyarakat Hindu yang menjadi asal perkataan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 325. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 97.
  2. ^ "Knight". American Heritage Dictionary of the English Language, 4th ed. New York:Houghton Mifflin Company. 2000.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]