Wilayah Satun
| Satun สตูล |
|||
|---|---|---|---|
| — Wilayah — | |||
|
|||
| Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Satun | |||
| Negara | |||
| Ibu kota | Satun | ||
| Kerajaan | |||
| • Gabenor | Sumet Chailoetwanitchakun (sejak Mac 2009) | ||
| Kawasan | |||
| • Jumlah | 2,479.0 km2 (957.1 sq mi) | ||
| Kedudukan kawasan | Ke-63 | ||
| Populasi (2011) | |||
| • Jumlah | 301,467 | ||
| • Kedudukan | Ke-69 | ||
| • Kepadatan | 120/km2 (310/sq mi) | ||
| • Kedudukan kepadatan | Ke-45 | ||
| Zon waktu | Waktu di Thailand (UTC+7) | ||
| Kod ISO 3166 | TH-91 | ||
Satun (Bahasa Thai: สตูล) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala utara ikut jam) adalah Trang, Phattalung dan Songkhla. Di bahagian selatan, Satun bersempadan dengan Malaysia.
Isi kandungan |
Geografi [sunting]
Satun terletak di Semenanjung Malaysia dan berpantai dengan Laut Andaman.
Taman marin Ko Tarutao dan Phetra terdapat di wilayah ini. Berdekatan dengan sempadan Malaysia adalah Thale Ban, sebuah taman yang memiliki sebuah rawa air tawar yang besar.
Sejarah [sunting]
Sehingga 1813, Satun merupakan sebuah mukim negeri Kedah Darul Aman di Malaya, dikenali sebagai Mukim Setul. Akibat perjanjian British dengan Siam pada 1909, British menyerahkan Setul kepada Siam kerana majoriti penduduknya adalah bangsa Thai. Satun pada mulanya ditadbirkan bersama Phuket dan pada 1925 disertakan dalam wilayah Nakhon Si Thammarat. Satun mula ditadbirkan secara sendirian pada 1933.
Demografi [sunting]
Satun merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 67.8% adalah Muslim dan 31.9% adalah penganut Buddha. 9.9% rakyat Satun adalah orang Melayu.
Simbol [sunting]
| Lambang wilayah Satun | Lambang wilayah Satun memaparkan dewa Pra Samut Thewaa yang sedang duduk di atas batu dan berlatarkan laut dan matahari yang sedang membenam. Dewa Pra Samut Thewaa adalah penjaga laut dan matahari melambangkan Laut Andaman, yang terletak di sebelah barat wilayah tersebut.
Simbol-simbol yang lain termasuk pokok Thai Rosewood (Dalbergia bariensis), dan bunga Snowy Orchid Tree (Bauhinia acuminata). Slogan wilayah adalah, "Aman, Bersih dan Alam Semulajadi". |
Kawasan pentadbiran [sunting]
Satun terbahagi kepada 6 kawasan pentadbiran (Amphoe), dibahagikan lagi kepada 36 daerah swapraja (tambon) dan 257 buah kampung (mubaan).
| Amphoe | King Amphoe | |
|---|---|---|
|
|
|
Pautan luar [sunting]
|
||||||||||||||||||||||||||