Sawahlunto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sawahlunto (kotamadya)
imej:Lambang_Sawahlunto.jpg
Lambang Sawahlunto
Moto: "..."
(Bahasa ...): "..."
Fail:Lokasi Sawahlunto.jpg
Penubuhan: -
Keluasan
 - Total:

5.86 km²
Penduduk
 - Jumlah:
 - Kepadatan:

+/- 15,279
…/km²
Provinsi: Sumatera Barat.
Agama: Islam, Kristian, Animisme
Bahasa: Bahasa Indonesia, dll.
Zon Waktu: (WIB)

Sawahlunto terletak di Sumatera Barat, Indonesia.

Lombong arang batu[sunting | sunting sumber]

Antara ekonomi utama di sini ialah lombong arang batu yang ditinggalkan oleh penjajah Belanda tahun 1888. Lombong ini masih menggunakan kaedah tradisional sehingga sekarang.Pengeluaran arang batu tidak begitu ekonomikal dan kurang menguntungkan. Penjajah Belanda menggunakan buruh paksa untuk mengeluarkan arang batu dari lombong ini. Mereka dibayar dengar kadar upah yang amat rendah. Ketika kemuncak perlombongan 1930, penduduknya seramai 43576 orang dengan 564 pegawai Belanda. Arang batu digunakan untuk memanaskan rumah di kawasan peranginan dan menggerakan kereta api.

Sebatang landasan kereta api telah dibina antara Sawahlunto ke Kota Padang dan lain-lain bagi mengangkut arang batu untuk dieksport melalui Pelabuhan Padang. Landasan kereta api juga tidak digunakan lagi. Landasan ini melalui kawasan air terjun Lembah Anai.

Kebanyakan jalan raya dua lorong di Sumatera Barat masih lagi hasil tinggalan penjajah Belanda. Jalan raya ini belum diperbesarkan sehingga sekarang dan dikekalkan begitu. Jalan raya ini dibina mengunakan sistem buruh paksa iaitu dibayar dengan sedikit bayaran sahaja.

Lombong runtuh[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Jun 2009, lombong arang batu lama ini telah runtuh. 32 orang telah ditemui mati tertimbus. Ketua Pusat Penanganan Krisis di Kementerian Kesihatan Indonesia Dr Rustam S.Pakaya dalam SMS menyatakan sehingga pukul 6 petang ini mayat 32 mangsa telah ditemui. Mereka yang cedera dirawat di Hospital Jamil, Padang.

Lombbong Bukit Bual itu dipercayai meletup akibat litar pintas peralatan elektrik yang dibawa masuk pelombong tradisional ke dalam lubang lombong yang padat dengan gas metana (methane).Pengurus Paukan Penanganan Bencana Sumatera Barat, Ade Edward menyatakan gas metana mudah meledak apabila ada sedikit percikan api. Sepatutnya gas metana dikeluarkan dahulu menggunakan 'blower' dari lubang lombong itu .[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]