Sawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sawi
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Brassicales
Keluarga: Brassicaceae
Genus: Brassica
Spesies: B. juncea
Subspesies: B. juncea rugosa
Nama binomial
Brassica juncea
(L.) Czerjaew

Sawi atau kai choy merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Sawi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia banyak ditanam di kebun-kebun sayur dan di perkarangan rumah dan popular digunakan dalam masakan harian. Rasa sawi adalah lemak manis dan sedikit pahit. Ia bersifat panas dan kering serta rangup apabila dimakan.

Sawi boleh dimakan bagi merawat penyakit sembelit, buasir, pencernaan bermasalah, kegemukan, dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh dimakan bagi meningkatkan selera makan, mendapat kesan awet muda dan sebagai antioksidan.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Lukisan ciri-ciri botani sawi.

Herba sederhana besar boleh mencecah setinggi 50 cm. Batang tidak berkayu, berwarna hijau. Daun tunggal, sederhana besar, berbentuk bulat melonjong seakan sudu dengan tangkai daun berwarna hijau yang panjang. Tepi daun bergerigi halus, daun bergelombang kasar, urat daun di tengah dan urat selerat jelas kelihatan, pucuk berwarna hijau muda, warna hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, kecil, kuning terang, mempunyai kelopak, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari hujung pucuk. Buah kecil, silinder memanjang, berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi perang apabila telah tua. Mengandungi banyak biji berwarna hitam setelah tua.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa cara mudan untuk menanam sawi.[1]

Kandungan pemakanan[sunting | sunting sumber]

Mengandungi air, karbohidrat, alkaloid, kalsium, kalium, zat besi, zink, protein, lemak, vitamin dan serat.[perlu rujukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Tanam sawi cara mudah. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]