Sayang (lagu Dayang Nurfaizah & Marcell)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Sayang"
Single oleh Dayang Nurfaizah & Marcell Siahaan
daripada album Sayang & Cahaya
Dilancarkan pada10 Mac 2010
FormatCD, Airplay
GenreR&B, Jazz
Panjang-
SyarikatAlibi Music, Reply Music & DNAD
PenulisOmar K & Nuur Iman
PenerbitSyed Zain Almohdzar, Omar K, TC Meng, Amri Mohammad
Kronologi single Dayang Nurfaizah & Marcell Siahaan
"Dayang Nurfaizah
"Pulang"

Marcell Siahaan
"Takkan Terganti"

2009"
"Sayang" "Dayang Nurfaizah
"Lil' Secret"

Marcell Siahaan
"Peri Cintaku"

2010"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sayang merupakan sebuah lagu berentak R&B dengan sentuhan jazz nyanyian dua penyanyi R&B tersohor Nusantara iaitu Marcell Siahaan (Indonesia) dan Dayang Nurfaizah (Malaysia). Ia dicipta oleh Omar K dan lirik tulisan Nuur Iman dan diterbitkan oleh Replay Music (Syed Zain Almohdzar). Lagu ini merupakan single khas yang diterbitkan usahasama di antara Dayang dan Alibi Music di mana ia kemudian dimuatkan dalam album solo ketujuh Dayang berjudul Sayang & Cahaya.

Ini merupakan kerjasama pertama Dayang dan Marcell dalam rakaman lagu biarpun sudah kerapkali bergandingan dalam banyak persembahan sebelum ini. Marcell dan Dayang sudah lama saling mengagumi sejak mula berkenalan pada tahun 2003. Hasilnya, lagu ini popular di corong-corong radio dan dicalonkan di Anugerah Planet Muzik 2011 untuk kategori Kolaborasi Terbaik.