Sayid Jamaluddin Asadabadi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sayid Jamaluddin Asadabadi, Jamaluddin Afghani atau Jamaluddin al-Afghani (1838[1]-1897) merupakan seorang aktivis politik dan nasionalis Islam di Afghanistan, Iran, Mesir dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-19. Beliau merupakan salah seorang pelopor pemodenan Islam.

Sebagai modernis Islam pertama, yang pengaruhnya dirasakan di beberapa negara, Afghani memicu kecenderungan menolak tradisionalisme murni dan westernisme murni. Meski Afghani di kemudian hari --dan sejak meninggalnya-- dikaitkan khususnya dengan pan-Islam, tulisan pan-Islamnya hanya menjadi sebahagian dari dasawarsa penting 1880-an. Dalam hidupnya dia mempromosikan berbagai sudut pandang yang sering bertentangan. Dan pikirannya juga memiliki afiniti dengan berbagai kecenderungan di dunia Muslim. Ini meliputi liberalisme Islam yang diserukan khususnya oleh Muhammad 'Abduh, orang Mesir yang menjadi muridnya.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Biodata[sunting | sunting sumber]

Nama sebenar Sayid Jamaluddin al-Afghani ialah Muhammad Jamaluddin al-Afghani al-Husaini. Namun, terdapat sesetengah sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Safdar al-Husain. Dilahirkan pada tahun 1838 Masihi bersamaan dengan 1254 Hijrah, beliau dibesarkan di tempat lahirnya, iaitu di Asadabad, salah satu kawasan di Zon Kunar di Afghanistan [2][3][4]. Datuknya, Sayid Ali pernah tinggal untuk sementara waktu di Hamedan, Iran dan beliau dikenali sebagai Hamadani. Manakala ayah Sayid Jamaluddin al-Afghani, Sayid Safdar, menetap di Kabul pada 1844 Masihi bersama keluarganya. Beberapa tahun kemudian, beliau berpindah ke Hamedan, Iran, disebabkan tekanan politik yang diletakkan ke atasnya oleh Raja Afghanistan. Walau bagaimanapun, menurut sumber dari beberapa warganegara Iran, beliau dilahirkan di As’adabad di Zon Hamedan, Iran.

Sayid Jamaluddin al-Afghani mempunyai pertalian darah dengan seorang periwayat hadis yang terkenal, Imam at-Tarmizi dan seterusnya kepada Saidina Ali bin Abi Talib.

Sayid Jamaluddin al-Afghani adalah seorang yang suka mengembara. Beliau telah mengembara ke beberapa tempat seperti Najaf, India, Makkah, Tehran dan Khurasan.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1897 Masihi bersamaan 1314 Hijrah ketika berusia 60 tahun dan beliau dikebumikan di Istanbul. Pada lewat tahun 1944, jenazah Sayid Jamaluddin al-Afghani dibawa ke Afghanistan atas permintaan kerajaan Afghanistan. Jenazahnya dikebumikan di Kabul di dalam Universiti Kabul. Sebuah mousoleum telah didirikan untuknya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat awal, Sayid Jamaluddin al-Afghani mendapat pendidikan daripada orang tuanya dalam bidang ilmu agama dan bahasa Arab. Beliau mempelajari asas-asas bahasa Arab seperti nahu dan sastera ketika itu. Selepas itu, beliau mempelajari ilmu-ilmu keagamaan seperti ilmu tauhid, fikah, usul fikah, tafsir, hadis dan lain-lain.

Sayid Jamaluddin telah menghafaz al-Quran ketika beliau berusia 12 tahun. Beliau mendalami beberapa disiplin ilmu seperti hadis, falsafah, mantik, usuluddin, perubatan, dan ilmu kalam ketika berada di Najaf. Ketika Sayid Jamaluddin al-Afghani merantau ke India, beliau telah mempelajari ilmu-ilmu moden seperti sains dan matematik.

Dalam pada itu, Sayid Jamaluddin al-Afghani juga mula berkarya. Karya Sayid Jamaluddin al-Afghani yang pertama berjudul Keterangan Lengkap tentang Sejarah Afghanistan.

Semasa menetap di Mesir, beliau telah bertemu dengan ramai penuntut Universiti al-Azhar yang datang menimba ilmu dan pengalaman daripadanya, termasuklah Syeikh Muhammad Abduh. Hasil pertemuan tersebut telah menyemarakkan gerakan pemikiran Jamaluddin di Mesir. Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah.

Ketokohan dan keperibadian[sunting | sunting sumber]

Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang pelopor kebangkitan orang-orang Islam di beberapa tempat seperti di Tehran, Moscow dan lain-lain. Beliau berjaya meniupkan semangat perjuangan dan menyedarkan orang-orang Islam supaya menentang penjajah demi kemajuan diri, masyarakat, agama dan negara. Pidatonya yang bernas dan bersemangat dapat menyuntik semangat umat Islam. Beliau cuba mengembalikan keyakinan umat Islam di India terhadap kemampuan mereka menentang penjajah. Antara teks pidato beliau ialah:

Seandainya jumlah kamu yang beratus-ratus juta ini, ditakdirkan menjadi lalat dan nyamuk sekalipun, nescaya kamu akan dapat memekakkan telinga-telinga orang Inggeris dengan suara kamu. Seandainya kamu ditakdirkan menjadi labi-labi atau penyu sekalipun, lalu kamu berenang ke tanah Inggeris, bilangan kamu yang seramai ini akan dapat mengepung dan menenggelamkan tanah Inggeris. Kamu akan pulang ke India dalam keadaan selamat.

Sayid Jamaluddin al-Afghani merupakan seorang tokoh ilmuwan dan pemikir Islam yang terkenal pada kurun ke-19 Masihi. Beliau begitu kreatif dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu.

Beliau juga adalah seorang ahli politik yang aktif berjuang menentang penjajah.

Antara keperibadian-keperibadian yang beliau miliki ialah:

  • Mencintai ilmu pengetahuan;
  • Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh;
  • Memiliki semangat jihad yang tinggi;
  • Berusaha mencorakkan pemikiran masyarakat Islam kepada kemajuan dan bebas daripada penjajah;
  • Mempunyai kewibawaan dan kebolehan sebagai seorang pemimpin;
  • Petah berpidato dalam meniupkan semangat perjuangan dalam kalangan masyarakat Islam;
  • Bergiat dalam arena penulisan dengan menyalurkan idea-idea untuk menyedarkan rakyat ke arah kemajuan *dan pembangunan;
  • Tidak jemu menjelajah ke merata tempat untuk mencari ilmu pengetahuan di samping berdakwah untuk membetulkan kefahaman ajaran Islam yang sebenarnya.

Sumbangan dan kesan peninggalan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1857 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani menghabiskan masa setahun di Delhi. Setelah mengerjakan haji di Makkah, beliau kembali ke Afghanistan pada tahun 1858 Masihi. Beliau menjadi seorang kaunselor Raja Dost Mohammad Khan dan selepas itu Mohammad Azam.

Pada tahun 1962 Masihi, Sayid Jamaluddin al-Afghani telah meniupkan semangat perjuangan kepada rakyat supaya menentang penjajah Inggeris di Afghanistan. Semangat perjuangan disebarkan melalui tulisan, syarahan dan perbincangan. Segala hasil tulisannya yang bernas dan tajam telah membangkitkan semangat masyarakat Islam untuk menentang penjajah. Pada tahun 1869, takhta di Kabul diisi oleh Sher Ali Khan dan Sayid Jamaluddin al-Afghani diarah untuk meninggalkan negara tersebut.

Dia kemudian ke Istanbul. Pada 1870, Afghani diangkat menjadi menjadi Dewan Pendidikan Uthmaniyyah rasmi yang reformis. Kerana ikatannya dengan berbagai ahli pendidikan terkemuka, dia diundang untuk menyampaikan kuliah umum. Namun kuliah umum ini menimbulkan reaksi yang keras dari para ulama, karena dianggap menyimpang dari agama. Akibatnya Afghani diusir dari Istanbul.

Pada tahun 1871, Sayid Jamaluddin al-Afghani berpindah ke Mesir dan mula menyebarkan ideanya mengenai pembentukan semula bidang politik. Idea-idea beliau dikategorikan sebagai radikal, dan beliau telah dibuang negari pada tahun 1879. Semasa beliau berada di Mesir, beliau telah bekerjasama dengan Syeikh Muhammad Abduh melalui Gerakan Islah untuk mengubah pemikiran orang-orang Islam ke arah zaman kemajuan. Selepas Sayid Jamaluddin al-Afghani dibuang negari, beliau merantau ke beberapa tempat di Eropah dan di luar Eropah seperti Istanbul, London, Paris, Moscow, St. Petersburg dan Munich.

Kemudian, pada tahun 1884, Sayid Jamaluddin al-Afghani mula menerbitkan sebuah majalah Arab berjudul al-Urwah al-Wuthqa. Menerusi majalah ini, Sayid Jamaluddin al-Afghani menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran sebenar Islam, dan bersatu pad. Menurut beliau, hal ini membolehkan komuniti Islam mendapat kembali kekuatan lama mereka mengatasi kuasa Eropah.

Beberapa kesan peninggalan Sayid Jamaluddin al-Afghani terhadap masyarakat Islam ialah:

  • Menyedarkan umat Islam mengenai kewajipan mereka terhadap agama dan melaksanakan syariat Allah s.w.t.;
  • Menaikkan semangat perjuangan revolusi menentang penjajahan yang akhirnya merebak ke Sudan, Iran, Turki dan sebagainya;
  • Memperbetulkan penyelewengan terhadap al-Quran dan al-Hadis.

Beliau telah menghasilkan beberapa karya untuk bacaan generasi selepasnya, antaranya:

  • al-A'mal al-Kamilah
  • ar-Raddu 'ala ad-Dahriyyin
  • Tutimmah al-Bayaan fi Tarikh Afghan
  • al-Khatirat
  • at-Tukayyufat 'ala Syarh ad-Dawani lil-Uqatir al-'Adhuidiyah

Beliau juga mengasaskan beberapa akhbar seperti al-'Urwah al-Wuthqa, Misr, at-Tijarah dan al-Khafiqin.

Idea Islah[sunting | sunting sumber]

Bentuk Islah[sunting | sunting sumber]

Islah (Bahasa Arab: إصلاح) berasal dari kata kerja Aslaha (Bahasa Arab: أصلح) yang bermaksud pembaikan. Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

Bentuk-bentuk Islah yang dibawa oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani ialah:

  1. Idea Islah berupa usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat Islam sebagaimana zaman Khulafa al-Rasyidin
  2. Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan beliau iaitu al-Jamiah Al-Islamiah.
  3. Mengkritik taklid Al-A’ma (Bahasa Arab: تقليد الأعمى yang bermaksud mengikut sesuatu secara membabi buta) tanpa berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
  4. Menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam yang tulen serta sesuai dilaksanakan sepanjang masa dan tempat.
  5. Menyedarkan umat Islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab yang membawa kepada pepecahan umat Islam sendiri.
  6. Berpendapat agar umat Islam menumpukan perhatian kepada usaha-usaha memerdekakan tanah air dan pemikiran mereka dari penjajah.

Kesan[sunting | sunting sumber]

  1. Idea beliau disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid Redha.
  2. Gerakan Islah dari Asia Barat lebih besar dari gerakan Islah dari India yang dibawa oleh Syah Waliyyullah Al-Dahlawi
  3. Di Malaysia, gerakan islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti di Mesir dan Mekah seperti Universiti al-Azhar. Antara yang terlibat ialah Syeikh Tahir Jalaluddin, Sayyid Sheikh Al-Hadi, dan Syeikh Abu Bakar Al-Asy’ari (Lihat Gerakan Islah Mencetuskan Kesedaran Kebangsaan di Tanah Melayu di bawah)
  4. Gerakan Islah mendorong umat Islam mengkaji fahaman dan amalan masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan Sunnah.
  5. Mengembalikan keyakinan umat Islam tentang kemuliaan dan kekuatan yang ada dalam mereka untuk mengusir penjajah dari tanah air mereka.

Gerakan Islah mencetuskan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Pencetusan gerakan Islah oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti al-Azhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda.

Antara pelopor Gerakan Islah di Tanah Melayu ialah:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Britannica Encyclopædia, Online Edition 2007 - pautan
  2. From Reform to Revolution, Louay Safi, Intellectual Discourse 1995, Vol. 3, No. 1, pautan
  3. Historia, Le vent de la révolte souffle au Caire, Baudouin Eschapasse, pautan
  4. Jameel Ahmad, Studying Islam Website, pautan