Sayyid
Untuk kegunaan nama yang diberikan, sila lihat Syed.
Sayyid (Bahasa Arab: سيد) (jamak sādah Bahasa Arab: سادة) dalam bahasa beerti Tuan. Ialah gelaran kehormatan, merujuk kepada lelaki yang memiliki keturunan dari Rasulullah, Nabi Muhammad
melalui cucu baginda dari Hassan bin Ali dan Hussein bin Ali, melalui perkahwinan anak perempuan Nabi iaitu Fatimah az-Zahra dan menantu serta sepupu baginda Ali bin Abi Talib.[1]
Anak-anak perempuan golongan berketurunan sayyid diberi gelaran Sayyida, Alawiyah, Syarifah, atau Sharifah. Anak kepada seorang wanita Sayyida yang berkahwin dengan lelaki biasa yang tidak memiliki jurai keturunan Sayyid pula tidak layak mendapat gelaran Sayyid, walaubagaimanapun mereka berhak mendapat gelaran Mirza kerana berasal dari susur ibu berketurunan Sayyida. Sayyid secara definisinya merujuk kepada cabang suku kaum Arab Bani Hashim, klan dari kaum Arab Quraisy yang bersambung terus kepada Adnan dan kemudiannya bersambung terus kepada Nabi Ismail a.s. dan bapanya Nabi Ibrahim a.s..
Dalam Dunia Arab, Sayyid boleh disamaertikan dengan perkataan bahasa Melayu beerti Tuan atau "Kerabat Termulia, kerana golonga Sayyid ini berasal dari junjungan besar Nabi Muhammad
.[2] Ini juga berkait dengan penggunaan perkataan sidi (dari bentuk kontrak sayyidī, bermaksud 'juraiku') yang digunakan dalam Dialek Arab Maghribi.[3] Sesetangah Sayyid mengambil gelaran Sheikh sebagai ganti.
Golongan Alevi menggunakan sebutan seyyid (dari bahasa Turki) sebagai gelaran kehormat sebelum menggunakan gelaran sufi mereka. El Cid, ialah nama yang diberikan kepada pahlawan Sepanyol yang terkenal pada abad ke 11 Masihi. Dipercayai nama ini berasal dari perkataan (As-Sayyid). As-Sayyid juga digunakan sebagai gelaran bagi merujuk kepada putera atau raja dalam sistem monarki Kesultanan Oman.
Isi kandungan |
Penterjemahan[sunting]
| Bahasa | Penterjemahan | Kawasan pertuturan |
|---|---|---|
| Bahasa Arab | Sayyid, Sayyidi, Sayyed, Sayid, Saiyyid, Saiyid, Sidi | Dunia Arab |
| Bahasa Azerbaijani | Seyid, Seyyid | Azerbaijan, Iran |
| Bahasa Baluchi | Sayyid, Syed, Sayeed, Sayyed, Sayid | Pakistan, Wilayah Baluchistan |
| Bahasa Indonesia | Sayyid, Syed, Sayid | Indonesia |
| Bahasa Kurdish | Seyid, Syed, Seyyid, Seyit | Wilayah Kurdish |
| Bahasa Melayu | Syed, Sheikh | Malaysia, Brunei dan Singapura |
| Bahasa Pashto | Sayed, Syed, Said | Afghanistan dan Pakistan |
| Bahasa Parsi | Said, Sayyed, Sayed, Saeyd, Seyyed, Seyed, Saiyed, Saeid, Siyyid | Afghanistan, Iran dan Pakistan |
| Bahasa Punjabi | Sayed, Syed | Pakistan |
| Bahasa Seraiki, Bahasa Sindhi | Sayed, Syed | Pakistan |
| Bahasa Somali | Sayyid | Somalia, Djibouti |
| Bahasa Turki | Seyed, Seyit, Seyyid, Seyyed | Turki, Azerbaijan dan Asia Tengah |
| Bahasa Bosnia | Seid, Sait, Sead | Bosnia dan Herzegovina |
| Bahasa Urdu, Bahasa Marathi, Bahasa Hindi, Bahasa Assamese, Bahasa Konkani, Bahasa Kannada, Bahasa Bhojpuri, Bahasa Telugu, Bahasa Tamil, Bahasa Bengali, Bahasa Malayalam, Bahasa Gujarati | Syed, Saiyad, Saiyed, Sayyid, Saiyed, Saiyid, Sayyed, Sayid | Asia Selatan |
| Bahasa Sepanyol | Cid | Al-Andalus |
| Lain-lain | Siyyid |
Pengguna yang memakai aksara Latin dalam menerjemah perkataan "sayyid" dari bahasa Arab biasanya akan menukarnya kepada perkataan "Syed" apabila berimigrasi di wilayah Asia Selatan dan Asia Tenggara, kerana sebutan masyarakat disana lebih mudah mengadaptasi dengan bunyi "e" dalam aksara sebutannya.
Gelaran-gelaran lain[sunting]
| Bahasa | Gelaran | Kawasan pertuturan |
|---|---|---|
| Bahasa Arab | Sharif, Habib, Sheikh | Dunia Arab |
| Bahasa Urdu, Saraiki, Punjabi, Hindko | Shah, Saab, Badshah | Pakistan |
| Bahasa Sindhi | Shah, Sain, Saab, Makhdoom, Mir | Sindh, Pakistan. |
| Bahasa Indonesia | Habib, Sayid | Indonesia |
| Bahasa Minangkabau | Sidi | Sumatera Barat, Indonesia |
| Bahasa Palembang | Ayib | Sumatera Selatan, Indonesia |
| Bahasa Melayu | Sharifah, Syarifah | Malaysia, Singapura, Brunei |
| Bahasa Malayalam | Thangal [petikan diperlukan] | Kerala, India |
| Bahasa Gujarati | Sayedna, Syedna, Sayednah | Barat Laut India |
| Bahasa Urdu, Punjabi, | Shah, Shah Ji, Pir, Pir Sahib | Pakistan, India |
| Bahasa Parsi | Shah, Mir, Mirza | Iran dan Afghanistan |
| Bahasa Bengali, bahasa Melayu | Shah, Agha, Saab, Mir | Asia Selatan dan Asia Tenggara |
Jurai keturunan Sayyid Hassani yang memerintah Makkah, Madinah, Iraq dan kini memerintah di Jordan, dari kalangan kerabat Wangsa Hasyimiah, mewujudkan gelaran 'Sharif' (jamak; Ashraf). 'Sharif' dikhususkan bagi keturunan Hassan bin Ali, manakala Sayyid pula dikhususkan bagi keturunan Hussein bin Ali. Walaubagaimanapun, sejak pasca era-Wangsa Hasyimiah bermula, terma Sayyid telah menjadi penanda kepada kedua-dua belah pihak keturunan Hassan dan Hussein. Arab Syiah pula menggunakan terma Sayyid dan Habib bagi merujuk kepada keturunan Hassan dan Hussein.
Lihat juga[sunting]
- Azmatkhan
- Abbasi
- Sadaat-e-Bilgram
- Sayyid of Gujarat
- Hallaur
- Gardēzī Sadaat
- Sadaat Amroha
- Saadat-e-Bara
- Ba'Alawi
- Bawazir
- Sayyid Qutb
- Kohein (bersamaan dengan gelaran Yahudi)
- Mashwanis
Rujukan[sunting]
Pautan luar[sunting]
- Ba'Alawi Sadah of Hadhramaut
- GILANI Sayyads of Masanian Sharif
- Ba`alawi.com Ba'alawi.com | The definitive resource for Islam and the Alawi Ancestry
- Sayyid Trust
- Jamaiat Hanfia Qadria Mahmoodia
- The BaAlawi Genealogy
"Sayad". Encyclopædia Britannica (11th ed.). 1911.