Scha Al-Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Scha)
Lompat ke: pandu arah, cari
Scha Al-Yahya
Fail:Gambar-scha-al-yahya.jpg
Lahir Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya
30 Mei 1983 (29 tahun)
Sungai Petani, Kedah,  Malaysia
Tinggi 170cm / 1.7m (5 ft 7 in)


Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (lahir 30 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya ialah seorang pelakon, pengacara serta peragawati di Malaysia. Scha memiliki Diploma Teknologi Maklumat dari Kolej Pusat Teknologi dan Pendidikan Lanjutan (PTPL), Shah Alam. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pramugari syarikat penerbangan komersial Airasia di sekitar tahun 2006-2007. Selepas tamat perkhidmatan selama 2 tahun, beliau melibatkan diri di dalam dunia peragaan, iklan tv dan lakonan. [1][2]

Beliau mula meraih perhatian ramai menerusi drama bersiri, Awan Dania, di mana beliau berperanan sebagai seorang gadis tomboi yang berusaha untuk mencapai impiannya bergelar seorang pramugari.

Semasa tidak berlakon, beliau sibuk menguruskan kedai milik beliau. Scha lebih selasa bersama teman lelakinya yang tidak menceburi bidang hiburan.


Pada 4 Mei 2012, Scha (29 tahun) berkahwin dengan pengacara selebriti Awal Ashaari (Awal), (30 tahun). Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya. Ijabkabul dilakukan sendiri oleh bapa Scha iaitu Syed Mahadzir Al-Yahya dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Putrajaya, Mohd Salman Idrus. Majlis resepsi perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).[3]

Siaran langsung majlis perkahwinan menerusi saluran Astro Ria terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal (hujan ?). Raqim Ahmad Ramli menjelaskan bahawa masalah itu akan diperbaiki. Sebelum ini perkahwinan Lisa dan Yusry berjalan lancar.[4]

Isi kandungan

Kerjaya [sunting]

Filem [sunting]

  • Antoo Fighter:Amukan Drakulat(Lara Lenjan@Manjalara Lenjan)
  • Histeria(Alissa)
  • Papadom(Shasha)
  • Evolusi KL Drift 2(Aleya)
  • Adik Manja Returns(unknown)
  • Aku Bukan Tomboy(unknown)
  • Awan Dania the Movie(Dania)
  • Lemas Dalam Cinta(Anis Sofea)
  • Prebet Jamilah(Jamilah)

Drama [sunting]

  • Bella(Sofea)
  • Honeyz(unknown)
  • K.I.T.A.(sebagai Kiera)
  • Luna Fantasiku(sebagai Sarah)
  • Sadiq & Co.(unknown)
  • Awan Dania 1, 2 &3 (sebagai Dania)
  • Impian Illyana 2(unknown)
  • Dunia KITA(Rania)
  • Kelassss..kau Maria sebagai maria
  • Jodoh(Olly)

Pengacaraan [sunting]

  • Sehati Sejiwa
  • Astro On Demand
  • Sehati Berdansa Musim 3
  • Kata Kau?

Iklan komersial [sunting]

  • Rexona
  • Hotlink
  • Watson
  • Oral-B
  • Olay
  • Nokia
  • Celcom
  • My EG
  • Bio Essence
  • Ikea
  • Carefree

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]