Schlumberger Business Consulting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Schlumberger Business Consulting
Jenis/bentuk sahAnak syarikat Schlumberger
IndustriPerundingan pengurusan
Ditubuhkan2004
Ibu pejabat Paris, Perancis
15 pejabat di seluruh dunia
Tokoh pentingAntoine Rostand, Pengasas & Pengarah Urusan Sejagat
Eric Janvier, Pengasas-Bersama dan Pengarah Sejagat
Christiaan Peeters, Pengarah Eropah, Timur Tengah, Afrika dan CIS
Panos Cavoulacos, Pengarah Asia
Al Escher, Pengarah Amerika
KeluaranPerkhidmatan perundingan pengurusan
Bilangan kakitangan200 pekerja sejagat
Tapak webhttp://www.sbc.slb.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Schlumberger Business Consulting (SBC) ialah komponen jururunding pengurusan global bagi Schlumberger, dengan pengkhususan dalam industri eksplorasi dan produksi minyak dan gas. Dilengkapi dengan 200 perunding dari 15 pejabat global, kebolehan SBC meliputi pelbagai bidang dari strategi dan organisasi kepada kecekapan operasi. Ibu pejabat SBC terletak di Paris, Perancis.

Pandangan Am[sunting | sunting sumber]

Secare relatif, SBC masih baru dalam industri jururunding pengurusan sejak ia ditubuhkan pada tahun 2004. Idea utama di sebalik penubuhannya ialah untuk menggabungkan kepakaran teknikal dan pengetahuan industri minyak dan gas Schlumberger dengan skil jururunding pengurusan yang sebenar. Sasaran sebenar adalah untuk menghasilkan jururunding pengurusan dengan fokus yang mendalam pada bidang Eksplorasi dan Produksi, untuk bersaing dengan jururunding pengurusan tradisional yang kebiasaannya bersifat terbuka tanpa sebarang pengkhususan. Sepanjang 9 tahun SBC telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat and ia sekarang antara salah satu jururunding pengurusan terbesar dalam sektor tenaga global.[1] Ia diuruskan sebagai entiti berasingan dari Schlumberger dan bertanggungjawab di atas rekod perakaunannya sendiri.

Pesaing[sunting | sunting sumber]

Pesaing terdekat SBC dalam pasaran jururunding pengurusan Eksplorasi dan Produksi adalah McKinsey & Company, The Boston Consulting Group, Booz & Company dan Bain & Company.

Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Pelanggan SBC terdiri daripada syarikat minyak antarabangsa, syarikat minyak kebangsaan dan syarikat-syarikat persendirian.[2].

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Organisasi SBC tertumpu pada 5 kepakaran utama: strategi, organisasi dan pengurusan bakat, pemulihan operasi, pengurusan teknologi dan pengurusan penggabungan dan pembelian, berserta integrasi selepas pembelian. Pengstrukturan geografi adalah berdasarkan kawasan (Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Afrika, dan Asia), yang mana setiap satunya diuruskan oleh seorang pengarah. Kumpulan kerja tidak distrukturkan mengikut negara, sebaliknya perunding dikehendaki berkhidmat untuk pelanggan atas permintaan global, memenuhi keperluan di kawasan sendiri di samping turut membantu kumpulan kerja di kawasan lain.

Pejabat[sunting | sunting sumber]

Eropah, Timur-Tengah, Afrika & CIS
  • Emiriah Arab Bersatu Abu Dhabi[3]
  • London
  • Paris
  • Moscow
  • The Hague
Amerika
  • Houston
  • Mexico
  • Rio de Janeiro
Asia
  • Perth
  • Bangkok
  • Beijing
  • Jakarta
  • Kuala Lumpur
  • New Delhi
  • Singapore

Publikasi[sunting | sunting sumber]

Setiap tahun, SBC menerbitkan tanda aras sumber manusia untuk mengumpul maklumat pengambilan pekerja dalam industri minyak dan gas, ini membolehkannya mengkaji secara terperinci mengenai permintaan dan bekalan graduan dalam kejuruteraan tenaga[4].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Schlumberger's SBC Unit Expands Global Senior Leardership". Rigzone. 3 December, 2009. Dicapai pada 22 July 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ "SBC opens 4 new offices Schlumberger Business Consulting (SBC), the management consultancy arm of French services giant Schlumberger is opening four new offices in New Delhi, Rio de Janeiro, Beijing and Abu Dhabi, respectively". Upstream. 3 December, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-31. Dicapai pada 18 January 2010. Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Helman, Christopher (December 8, 2009). "Big Oil Worries About The Next Boom". Forbes. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2012. Dicapai pada 18 January 2010.
  4. ^ "NOCs maintain recuitment tempo while others cut back". Oil Online. 22 December 2009. Dicapai pada 21 July 2010.[pautan mati kekal]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]