Science (jurnal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Science  
Tajuk singkatan (ISO 4) Science
Disiplin Pelbagai disiplin
Bahasa Inggeris
Disunting oleh Bruce Alberts
Maklumat penerbitan
Penerbit AAAS (A.S.)
Sejarah penerbitan 1880–kini (3 siri jilid)
Frekuensi Mingguan
Faktor impak
(2013)
31.477
Pengindeksan
ISSN 0036-8075 (cetak)
1095-9203 (web)
LCCN 17024346
CODEN SCIEAS
No. OCLC 1644869
Pautan

Science ialah jurnal akademik keluaran American Association for the Advancement of Science (AAAS)[1][2] dan merupakan salah satu jurnal saintifik terkemuka dunia.[3]

Jurnal dinilai sebaya ini, mula diterbitkan pada 1880, diedarkan setiap minggu dan memiliki pangkalan pelanggan bercetak sekitar 130,000. Dengan mengambil kira langganan institusi dan capaian dalam talian dapat melayani khalayak lebih ramai, dianggarkan jumlah pembacanya seramai satu juta orang.[4]

Fokus utama jurnal ini ialah menerbitkan penyelidikan saintifik asli penting dan penilaian penyelidikan, namun Science juga menerbitkan berita berkaitan sains, pandangan terhadap dasar sains dan perkara lain yang menarik minat ahli sains dan mereka yang memberi perhatian kepada kesan meluas sains dan teknologi. Berbeza dengan kebanyakan jurnal saintifik, yang menumpukan pada bidang tertentu, Science dan pesaingnya Nature meliputi semua disiplin sains. Faktor kesan Science pada 2013 ialah 31.477 (seperti diukur Institute for Scientific Information).

Walaupun ia merupakan jurnal American Association for the Advancement of Science, keanggotaan AAAS tidak diperlukan untuk menerbit dalam Science. Kertas kerja diterima daripada penulis di seluruh dunia. Persaingan untuk menerbit dalam Science sangat hebat, kerana rencana yang diterbitkan dalam jurnal yang sebutannya tinggi ini boleh membawa kepada perhatian umum dan kemajuan kerjaya para penulis. Kurang daripada 10% rencana yang dihantar kepada penyumting diterima untuk penerbitan dan semua rencana penyelidikan akan dinilai sebaya sebelum muncul dalam jurnal.

Science berpangkalan di Washington, D.C., Amerika Syarikat, dengan pejabat kedua di Cambridge, England.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "AAAS – AAAS News Release". Aaas.org. Diperoleh pada 2010-05-15. 
  2. "AAAS Annual Report-Science". Aaas.org. Diperoleh pada 2010-05-15. 
  3. Michael D. Lemonick (7 Mac 2011). "Alien Life Discovered in a Meteorite! Or Maybe No" (laman web). Time magazine online. Diperoleh pada 2011-10-03. "The paper, meanwhile, had been published in Science, one of the world's top scientific journals, which gave it even more apparent gravitas." 
  4. AAAS, "What is AAAS?"

Pautan luar[sunting | sunting sumber]