Scomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Scomi Group Bhd.)
Scomi Group Bhd
Jenis/bentuk sahAwam (KLSE:SCOMI)
IndustriMinyak dan Gas, Pengangkutan Awam
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingKamaluddin Abdullah (Pengarah Bukan Eksekultif)
Shah Hakim Zain (Ketua Pengarah Eksekultif (CEO))
KeluaranPembinaan, Pembuatan, Perkapalan
Hasil MYR 1 971 000 000 (2009)
Pendapatan bersih MYR 9 900 000 (2009)
Bilangan kakitangan>5000 orang di 60 lokasi di 29 buah negara
Anak syarikatScomi Engineering Bhd, Scomi Rail dan Scomi Marine Bhd yang dimana tersenarai dalam Bursa Malaysia, dan PT Rig Tenders yang dimana tersenarai dalam Bursa Saham Jakarta.
Tapak webhttp://www.scomi.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Scomi Group Bhd. (MYX: SCOMI) merupakan syarikat pemegang pelaburan yang terlibat dalam pengurusan perkhidmatan. Syarikat ini menyediakan dari segi aspek kelengkapan kawasan minyak, pembekalan dan perkhidmatan, pembuatan, pembinaan monorel, sistem rel kereta api, permotoran, menyediakan penyelenggaran serta mereka bentuk pengangkutan kapal marin dan penghasilan minyak dan gas.

Syarikat ini mengendalikan lima segmen perniagaan iaitu pemegang pelaburan, penyelenggaran kawasan minyak, tenaga dan kejuteraan logistik serta penambahbaikan.

Syarikat ini mula disenaraikan dalam Papan Kedua Bursa Malaysia pada 13 Mei 2003. Setahun kemudian, syarikat ini telah dipindahkan dalam Papan Utama Bursa Malaysia.

Anak syarikat awam[sunting | sunting sumber]

Syarikat Negara Disenaraikan dalam
Scomi Engineering Bhd. Malaysia Malaysia Bursa Malaysia (MYX)
Scomi Marine Bhd.
PT Rig Tenders Indonesia Indonesia Bursa Saham Jakarta (BEJ)

Ketua saintis Pakistan, Abdul Qadeer Khan bagi memindahkan teknologi senjata, telah menggunakan Syarikat Scomi Precision Engineering (Scope) untuk membuat komponen bagi alat emparan (centrifuge) nuklear. Scomi telah memberitahu, pihaknya percaya komponen itu adalah untuk kegunaan dalam industri minyak dan gas serta menegaskan ia tidak mengetahui bahawa Libya merupakan destinasi akhir bahagian-bahagian terbabit.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]