Sebastian Prödl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebastian Prödl
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1987-06-21) 21 Jun 1987 (umur 36)
Tempat lahir Graz, Austria
Ketinggian 1.94 m (6 ka 4 in)
Posisi permainan Pertahanan/Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Udinese
Nombor 4
Kerjaya remaja
1993–1997 SV Kirchberg
1997–2002 SV Feldbach
2002–2006 Sturm Graz
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2008 Sturm Graz 43 (4)
2008–2015 Werder Bremen 149 (10)
2010 Werder Bremen II 1 (0)
2015–2020 Watford 78 (3)
2020– Udinese 0 (0)
Pasukan kebangsaan
Austria B19 5 (0)
Austria B20 8 (1)
2007– Austria 73 (4)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:52, 31 Januari 2020 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 16 Oktober 2018

Sebastian Prödl (lahir 21 Jun 1987) merupakan pemain bola sepak Austria yang bermain untuk Udinese dan pasukan kebangsaan Austria.[1] Bermain di peringkat antarabangsa sejak tahun 2007, dia mewakili negaranya ketika Euro 2008.

Karier kelab[sunting | sunting sumber]

Ketika berumur 19 tahun, dia memulakan karier profesionalnya dengan bermain untuk Sturm Graz dalam Austrian Bundesliga pada tahun 2006. Pada bulan Julai 2008, dia berpindah ke Jerman untuk bermain bersama Werder Bremen.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, dia dipanggil bermain untuk Austria. Dia merupakan kapten pasukan bawah-20 Austria ketika Piala Dunia B-20 2007[2] di Kanada dimana pasukannya mengakhiri pertandingan di tempat keempat. Selepas pertandingan itu, dia merupakan satu-satunya pemain Austria diundi ke dalam pasukan Piala Dunia B-20 oleh majalah Itali, Gazzetta dello Sport.

Dia membuat penampilan senior pertama untuk Austria pada 30 Mei 2007 ketika menentang Scotland. Pada 26 Mac 2008, Prödl menjaringkan dua gol ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Belanda. Pada 12 Jun 2008 ketika Euro 2008 perlawanan Austria lwn. Poland, dia dikasari dalam kotak penalti pada minit ke 92 dan pengadil, Howard Webb, memberi Austria sepakan penalti, memberikan mereka satu-satunya gol dalam pertandingan.[3]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 26 Mac 2008 Ernst-Happel-Stadion, Vienna, Austria  Belanda 2–0 3–4 Persahabatan
2. 26 Mac 2008 Ernst-Happel-Stadion, Vienna, Austria  Belanda 3–0 3–4 Persahabatan
3. 8 Oktober 2010 Ernst-Happel-Stadion, Vienna, Austria  Azerbaijan 1–0 3–0 Kelayakan UEFA Euro 2012
4. 15 Oktober 2013 Tórsvøllur, Tórshavn, Kepulauan Faroe  Kepulauan Faroe 2–0 3–0 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
Sehingga 15 Oktober 2013

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Sepupu Prödl, Viktoria Schnaderbeck juga merupakan seorang pemain bola sepak yang bermain untuk Bayern Munich.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Prödl, Sebastian" (dalam bahasa German). kicker.de. Dicapai pada 12 September 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Sebastian Prödl – Rekod persaingan FIFA
  3. ^ Aikman, Richard (13 June 2008). "Vastic rides to Austria's rescue against Poland". UEFA. Dicapai pada 31 March 2014.
  4. ^ "Bayern-Legionärin Schnaderbeck erlitt Meniskusriss" (dalam bahasa German). kleinezeitung.at. 24 March 2011. Dicapai pada 2 January 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Werder Bremen[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]