Seberang Perai Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Seberang Perai Tengah
Transkripsi Lain
 • Cina威中县
 • Tamilமத்திய செபாராங் பிறை
Lokasi Daerah Seberang Perai Tengah in Pulau Pinang
Lokasi Daerah Seberang Perai Tengah in Pulau Pinang
Seberang Perai Tengah is located in Bumi
Seberang Perai Tengah
Seberang Perai Tengah (Bumi)
Koordinat: 5°21′N 100°28′E / 5.350°N 100.467°E / 5.350; 100.467Koordinat: 5°21′N 100°28′E / 5.350°N 100.467°E / 5.350; 100.467
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
PusatBukit Mertajam
Pihak Berkuasa TempatanMajlis Bandaraya Seberang Perai
Pentadbiran
 • Pegawai DaerahZulkifli Long[1]
Keluasan
 • Jumlah238 km2 (92 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah422,990
 • Kepadatan1,800/km2 (4,600/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)
Poskod
13500-14100
Kod panggilan+6-043 to +6-045
Nombor plat kenderaanP

Seberang Perai Tengah ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di tanah besar Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bukit Mertajam. Daerah ini merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Seberang Perai Tengah ditadbir Majlis Bandaraya Seberang Perai dan berpusat di Bukit Mertajam. Antara bandar dan pekan yang terletak dalam daerah ini termasuklah Juru, Alma, Permatang Pauh, Machang Bubok, Permatang Tinggi dan Bukit Minyak. Daerah ini juga dibahagikan kepada 21 buah mukim.[4]

Peta daerah Seberang Perai Tengah*(Mukim 5-18 dan Mukim 20 masuk ke dalam bandar Bukit Mertajam
  1. Mukim 1
  2. Mukim 2
  3. Mukim 3
  4. Mukim 4
  5. Mukim 5
  6. Mukim 6
  7. Mukim 7
  8. Mukim 8
  9. Mukim 9
  10. Mukim 10
  11. Mukim 11
  12. Mukim 12
  13. Mukim 13
  14. Mukim 14
  15. Mukim 15
  16. Mukim 16
  17. Mukim 17
  18. Mukim 18
  19. Mukim 19
  20. Mukim 20
  21. Mukim 21

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Seberang Perai Tengah bersempadan dengan;

Ketinggian purata daratan di daerah Seberang Perai Tengah ialah 20 meter atas aras laut manakala ketinggian tertinggi mencecah 534 meter. Titik tertinggi ini merupakan puncak Bukit To'kun di Hutan Lipur Bukit Mertajam.[5]

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991236,270—    
2000294,051+24.5%
2010362,820+23.4%
2020422,990+16.6%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Tengah ialah seramai 422,990 orang dengan kepadatan penduduk 1,779 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Tengah merupakan Bumiputera, dengan peratusan 49.5 peratus daripada jumlah penduduk.[6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 186,729
Cina 150,640
India 37,984
Lain-lain 2,241
Bukan warganegara - 45,396
Jumlah 422,990

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Seberang Perai Utara, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 49 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 34 peratus, agama Hindu sebanyak 9.2 peratus, agama Kristian sebanyak tiga peratus dan lain-lain agama sebanyak 1.7 peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.2 peratus dan hampir tiga peratus penduduk tidak diketahui agamanya.[6]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Barat Daya. Terdapat sebanyak 87 buah sekolah di daerah ini;[7]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 32
Sekolah Jenis Kebangsaan 22
Sek. Keb. Pendidikan Khas 1
Sekolah Rendah Agama 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 24
Sekolah Menengah Agama 5
Sekolah Berasrama Penuh 1
Kolej Vokasional 1

Daerah Barat Daya juga mempunyai 11 buah balai polis, empat balai bomba, dua hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Perutusan Pegawai Daerah". spt.penang.gov.my.
  2. ^ "2017 Q2 statistics" (PDF). Penang Institute (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang" (PDF). Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. 2011. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  5. ^ "Central Seberang Perai District topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
  6. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ "Sekolah di PPD Seberang Perai Tengah | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]