Seefood

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seefood
PenulisJeffrey Chiang
Dihasilkan olehSilver Ant
Al Jaheera Children's Channel
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
8 Mac 2012
Masa tayangan
90 minit
Negara Malaysia
 Qatar
BahasaBahasa Inggeris
BajetRM 12 juta
Pecah panggungRM 2.36 juta

Seefood (Juga dikenali sebagai Sea Level di Amerika Syarikat[1]) merupakan sebuah filem animasi yang ditayangkan pada 8 Mac 2012 di Malaysia. Filem ini dihasilkan oleh Silver Ant.

Plot[sunting | sunting sumber]

Julius seekor jerung ganas tetapi sebenarnya sangat ceria bersama Pup seekor Yu Buluh bermain di terumbu karang. Tiba-tiba mereka terserempak dengan dua penyelam yang mengambil telur-telur ikan. Pup gagal untuk menyekat mereka. Pup yang kesedihan cuba dipujuk oleh Julius dengan kelakuan yang melucukan tetapi gagal lalu Julius membawa Pup pulang ke kediamannya, sebuah kapal karam yang penuh dengan wang emas.

Sementara itu sebuah kilang yang berhampiran persisiran pantai telah membuang sisa-sisa bahan industri ke dalam laut berhampiran tempat tinggal mereka lantas mengakibatkan pencemaran terhadap terumbu karang, air laut dan kehidupan lain. Julius ditugaskan untuk menyelamatkan Pup. Octo memperkenalkan ciptaan baharunya yang mampu membuatkan Julius naik ke darat. Julius yang naik ke darat kini menjadi buruan penyelam-penyelam tersebut yang juga ingin menjadikannya salah satu hidangan istimewa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Release Dates". IMDb.com. Dicapai pada 29 May 2012.