Segalanya (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Segalanya"
Single oleh Misha Omar, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Siti Sarah & Ning Baizura
FormatCD
GenrePop
Panjang-
SyarikatBMG Music Malaysia, Suria Records, Warner Music & NAR Records
PenulisMariah Carey & Walter Afanasieff translated by Loloq
PenerbitRamli MS
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Segalanya adalah lagu saduran kepada lagu Inggeris nyanyian penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Mariah Carey yang berjudul My All. Lagu ciptaan asal Mariah Carey & Walter Afanasieff yang kemudiannya diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Loloq ini dinyanyikan secara langsung oleh 4 orang finalis kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik di dalam Album di Anugerah Industri Muzik ke-11 pada April 2004. 4 finalis tersebut ialah penyanyi wanita tersohor Malaysia iaitu Dato' Sri Siti Nurhaliza, Siti Sarah, Liza Hanim dan Ning Baizura. Seorang lagi finalis kategori tersebut iaitu Ziana Zain pada mulanya menarik diri daripada membuat persembahan dan digantikan oleh seorang lagi penyanyi terkenal, Misha Omar.