Sejarah Bugis di Tanah Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sejarah Bugis Di Tanah Melayu)
Muzium Bugis di Pontian, Johor, Malaysia.

Bantuan Bugis Kepada Kesultanan Melayu Melaka (1511)[sunting | sunting sumber]

Pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipanggil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas pintu kota Melaka dibuka, Sultan Melaka lari berundur ke Muar. Pahlawan-pahlawan Bugis berundur ke sekitar Merlimau (Merlimau Pasir, Merlimau Pantai, Sempang, Tedong, Pangkalan Samak).

Bangsa Bugis ini bukanlah To Ugi yang berasal daripada keturunan La Sattumpugi Sulawesi. Bangsa Bugis yang sering berumah di atas kapal atau jong kerana melakukan perdagangan jauh (orang tengah) sehingga mereka jarang di darat bagi dagangan besi, rempah dan lain-lain sehingga ke pelabuhan Sana'a Yaman.

Kononnya amalan berdagang berkapal diamalkan secara turun-temurun sebelum bah besar empangan Ma'arib, Kerajaan Saba di Yaman. Mereka juga berkahwin campur dengan anak-anak perempuan raja tempatan seperti Sittik Melangkae daripada keturunan diraja orang Ugi (To Ugi). Keturunan diraja Aceh, anak perempuan keturunan diraja Perak dan lain-lain sepanjang mereka berdagang atau membantu dalam peperangan.

Selepas kejatuhan Melaka, kebanyakan mereka telah lari ke Makassar menjadi Syahbandar dan membantu dari segi kemahiran mentadbir pelabuhan, perkapalan dan perdagangan kepada orang tempatan sehingga tertubuhnya kerajaan Gowa di Wajo yang terkenal.

Selepas kejatuhan Gowa, ramai keturunan Bugis mula mengubah tanah persinggahan mereka ke Semenanjung Tanah Melayu kembali. Malahan ada juga di Samarinda, Kalimantan. Perlakuan mereka ini kerana mereka merajuk akan pengkhianatan bangsa Ugi yang dikenali sebagai Bone dan Makkassar[[:]]. Pengkhianatan ini kerana mereka telah berkerjasama dengan Belanda bagi menjatuhkan Sultan Hassanuddin

Campur tangan orang Bugis di Johor-Riau-Lingga-Pahang[sunting | sunting sumber]

Raja Kecil yang telah menawan dan memerintah Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Ke-12, mendirikan pusat pemerintahan di Siak, Sumatera pada tahun 1718. Maka, Raja Sulaiman, putera Sultan Johor-Riau-Lingga ke-11, Bendahara Paduka Tun Abdul Jalil iaitu sultan berketurunan Wangsa Bendahara yang pertama, menggunakan orang-orang Bugis dari Luwok, Makassar kecil, yang berkampung di Kelang untuk mendapat balik kerajaan Johor-Riau-Lingga daripada Raja Kecil.

Sebaik sahaja orang Bugis menerima persetujuan daripada Raja Sulaiman, angkatan Bugis Luwok terus datang dengan tujuh buah kapal menuju ke pusat kerajaan Johor-Riau di Riau untuk menyerang. Kerajaan Johor-Riau kalah dalam peperangan ini dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai upahan, Raja Sulaiman bersetuju untuk melantik seorang Bugis Luwok menjadi Yang Dipertuan Muda di Riau bagi mempertahankan agama dan kerajaan Johor, Riau dan Lingga diserang dari luar dan dalam.

Setelah Riau berjaya ditawan, orang-orang Bugis Luwok balik ke Kelang untuk mengumpulkan orang Bugis untuk menyerang kerajaan Johor-Riau yang telah dapat menawan Riau kembali daripada Raja Sulaiman; raja bendahara-bendahara. Sebaik sahaja mereka mendapat tahu penawanan Riau oleh Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga, Bugis Luwok, dengan 30 buah kapal, menuju ke Riau untuk berperang sekali lagi. Dalam perjalanan, mereka menawan Linggi, sebuah daerah di Negeri Sembilan yang ketika itu di bawah kuasa kerajaan Johor-Riau-Lingga. Setelah mendapat tahu tentang penaklukan itu, pasukan raja kerajaan Johor-Riau-Lingga segera ke Linggi untuk menyerang balas.

Pihak Bugis Luwok telah berpecah yang mana 20 buah kapal meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh tiga orang daripada mereka. Sultan Sulaiman I telah datang dari Terengganu dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini, mereka telah berjaya merampas kembali tapak kerajaan Johor-Riau di Riau di mana kemudiannya Sultan Sulaiman I mendirikan kerajaan baharu Johor-Riau.

Setelah mengetahui penawanan tapak kerajaan Johor-Riau di Riau, Raja Kecil, raja kerajaan Johor-Riau-Lingga, kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi daripada tangan Raja Sulaiman. Pada tahun 1729, Bugis Luwok sekali lagi menyerang raja kerajaan Johor-Riau-Lingga di Siak ketika Raja Kecil ingin memindahkan alat kebesaran Diraja Johor-Riau-Lingga (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran Diraja tersebut, Sultan Sulaiman I kemudiannya naik takhta Johor-Riau-Lingga sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran "Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah" yang memerintah Johor, Riau, dan Lingga.

Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau pertama dari Sapuloh. Kemudian, adik perempuannya, Tengku Tengah, pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana suaminya telah mangkat di Kedah semasa menyerang raja kerajaan Johor-Riau Sultan A. Jalil Rahmat Raja Kecil Shah di sana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak (1722-1760).

Dalam tahun 1730-an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan raja kerajaan Siak mengacau ketenteraman Kelang; negeri Melayu yang diserahkan kapada orang Bugis Luwok sabagai upah membantu Sultan Sulaiman I mendapat kembali kerajaan Johor-Riau-Lingga. Perbuatannya ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan dan kemudiannya beliau lari ke Siak. Semenjak itu, Daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor, penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimanapun, Daeng Chelak telah menamakan salah seorang puteranya, iaitu Raja Lumu, datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

Raja Lumu (1742-1778)[sunting | sunting sumber]

Tuhfat al-Nafis

Daeng Lumu ialah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang pertama, dan Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Sultan Iskander Zulkernain (1752-1765), Raja Kerajaan Perak ke-15 pun menyambut utusan dari Daeng Lumu di Kuala Bernam sebagai pertemuan dengan baginda. Ketibaan Daeng Lumu disambut dengan penuh istiadat raja. Setelah semua ujian itu tidak mendatangkan apa-apa bencana terhadap Daeng Lumu, baginda Sultan Iskander Zulkernain pun mengesahkan pelantikan tersebut setelah Sultan Sulaiman I, Raja Kerajaan Johor-Riau-Lingga menolak permohonan Bugis Luwok Diraja sabagai Raja Kelang. Pertabalan penuh bersejarah itu dilakukan di Pulau Pangkor dalam tahun 1756. Selesai sahaja pertabalan, Raja Lumu pulang ke Kuala Selangor.

Itulah Raja Selangor yang pertama bersemayam di atas Bukit Selangor yang dikenali dengan nama "Bukit Malawati". Menurut Tuffatul al Nafis karangan Almarhum Raja Ali Al Haji, Riau, di situ ketika Tengku Raja Selangor (Raja Lumu) pergi bermain ke Pulau Pangkor, Raja Lumu dijemput oleh Yang DiPertuan Perak untuk mengadap. Kemudian Raja Lumu pun berangkat pulang ke Kuala Selangor.

Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar Datuk Maharaja Lela Husain. Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor Kedua.

Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda yang memerintah kerajaan Daeng Lumu ialah punca kerajaan awal di Kuala Selangor. Daeng Lumu dilantik menjadi Yang DiPertuan Kelang Pertama, Daeng Loklok dilantik menjadi Datuk Maharaja Lela.

Kemangkatan Raja Lumu meninggalkan empat orang anak, iaitu Raja Ibrahim, Raja Nala, Raja Punuh dan Raja Sharifah. Baginda juga telah melantik seorang Bugis bernama Daeng Loklok bergelar "Datuk Maharaja Lela Husain". Seorang daripada anak perempuannya bernama Cik Long Halijah berkahwin dengan Raja Ibrahim, putera Raja Lumu dan juga Raja Selangor kedua. Raja Lumu mangkat dan dikebumikan di atas Bukit Selangor dan dinamakan "Marhum Salleh". Baginda memerintah dari tahun 1743 (1756) sehingga 1778.

Sultan Ibrahim (1778-1826)[sunting | sunting sumber]

Raja Ibrahim, putera sulung Sultan Salehuddin, dilantik menjadi Sultan Selangor kedua, adiknya Raja Nala dilantik menjadi Raja Muda dan dua orang yang lain menjadi Orang Besar bergelar di Selangor. Sultan Ibrahim dianggap seorang sultan yang berani berhati waja di samping mempunyai pengalaman yang melalui percampurannya semasa dari kanak-kanak lagi.

Bunga peperangan dan perang kecil sentiasa berlaku antara orang Bugis dengan orang Belanda sejak tahun 1740-an lagi. Api ini terus menyala selepas 14 Januari 1784. Peperangan inilah yang mengakibatkan mangkatnya Raja Haji oleh Belanda yang kemudiannya dimakamkan di Teluk Ketapang digelar "Marhum Ketapang".

Kemangkatan Raja Haji menimbulkan kemarahan Sultan Ibrahim menyebabkan Selangor terlibat secara langsung persengketaan antara Belanda dengan Johor itu. Sebagai persiapan berjaga-jaga daripada serangan Belanda terhadap Selangor, Sultan Ibrahim telah membina dua buah kota. Kota batu atas Bukit Selangor dan kota tanah di atas Bukit Tanjung.

Sangkaan ini tepat, pada 2 Ogos 1784, Belanda meyerang dan menakluki kedua-dua kota tadi. Sultan Ibrahim dengan orang-orangnya lari ke Ulu Selangor, lalu ke Pahang menemui Bendahara Ab. Majid meminta bantuan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]