Sejarah Greece
| Siri Sejarah Greece |
|
|---|---|
| Tamadun Aegea | Sebelum 1600 SM |
| Yunani Mycenaea | k.k. 1600–1200 SM |
| Zaman Kelam Yunani | k.k. 1200–800 SM |
| Yunani Purba | 776–323 SM |
| Keyunanian | 323–146 SM |
| Yunani Rom | 146 SM–330 |
| Empayar Byzantine | 330–1453 |
| Yunani Uthmaniyah | 1453–1832 |
| Greece moden | Selepas 1832 |
| Mengikut topik | |
| Bahasa Greek | Kesusasteraan |
| Sejarah ketenteraan | Nama-nama Yunani |
Greece memiliki kesinambungan sejarah lebih dari 5,000 tahun. Bangsanya, disebut orang Greek, telah mendiami sebagian besar dari daerah Laut Hitam (Efxinos Pontos) dan Laut Tengah menjelajah daerah sekitarnya, menyusun negara bagiannya, membuat perjanjian-perjanjian komersil, dan menjelajah dunia luar, mulai dari Caucasus sampai Atlantik dan dari Skandinavia sampai ke Habsyah. Sebuah expedisi terkenal dari gabungan daerah-daerah maritim Greece (Danaë atau penduduk laut) mengepung Troy seperti dikisahkan di dalam sebuah karya sastera Eropah besar pertama, Iliad Homer. Bermacam-macam penduduk Greek ditemukan sepanjang Laut Tengah, Asia Kecil, Laut Adriatik, Laut Hitam dan pantai Afrika Utara akibat dari penjelajahan untuk mencari tempat dan daerah komersil baru.
Selama tempoh baharian klasik (abad ke-5 SM), Greece terdiri dari daerah-daerah bahagian kecil dan besar dalam bermacam-macam bentuk luaran (sederhana, persekutuan, bersekutu, gabungan) dan bentuk-bentuk dalam (kekerajaan, tirani, oligarki, demokrasi berperlembagaan, dan lain-lain). Yang paling terkenal ialah Athens, diikuti oleh Sparta dan Thebes. Satu semangat kebebasan dan kasih yang membara membuat bangsa Greek dapat mengalahkan bangsa Parsi, adikuasa pada saat itu, di dalam peperangan yang terkenal dalam sejarah kemanusiaan- Marathon, Termopylae, Salamis dan Plataea. Pada separuh kedua abad ke-4 SM, banyak daerah-daerah bahagian di Greece membentuk sebuah perikatan (Cœnon of Corinth) yang dipimpin oleh Alexander Agung sebagai Presiden dan Panglima perikatan. Raja dari Macedonia ("Yunani takabara" dalam bahasa Parsi kuno) ini mengisytiharkan perang dengan Parsi, membebaskan saudara-saudara mereka yang terjajah, Ionia, dan menguasai daerah-daerah yang diketahui selanjutnya. Mereka menghasilkan sebuah masyarakat yang berkebudayaan Greek mulai dari India Utara sampai Laut Tengah barat dan dari Rusia Selatan sampai Sudan. Pada tahun 146 SM, perikatan ini tewas kepada bangsa Rom. Pada tahun 330, ibu negara Rom berdiri di daerah baru, Rom Baru atau Konstantinopel, sebuah bentuk popular, sebuah nama untuk memperingati Empayar Rom, pada saat itu, Constantinus Augustus (Constantine I). Para ahli sejarah sejak abad ke-19 lebih memilih, untuk alasan rujukan, menamakan zaman terakhir ini sebagai Byzantium dengan tujuan untuk membezakan 2203 tahun wilayah Rom menjadi dua tempoh. Selama zaman kedua dunia budaya Greek klasik dari Greek Kuno berubah menjadi dunia moden masyarakat barat dan Kristian. Kata Byzantium diambil dari wilayah yang sudah ada sebelumnya (Byzantium, dengan Megara sebagai Metropolis) di mana ibu negara baru berada, Konstantinopel.
Setelah ibu negara dan wilayah jatuh ke tangan Turki pada tahun 1453, bangsa Greek berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah hampir selama 400 tahun. Selama masa ini bahasa mereka, agama mereka dan rasa identiti diri tetap kuat, yang menghasilkan banyak revolusi untuk kemerdekaan meskipun gagal.
Pada tanggal 25 Mac 1821, bangsa Greek memberontak kembali, kali ini berhasil, dan pada tahun 1828, mereka mendapatkan kemerdekaannya. Sebagai sebuah negara baru yang hanya terdiri dari sebagian kecil dari negara moden mereka, perjuangan untuk membebaskan seluruh daerah yang dihuni oleh bangsa Greek berlanjutan. Pada tahun 1864, kepulauan Ionia disatukan dengan Greece; tahun 1881 sebahagian dari Epirus dan Thessaly. Crete, Kepulauan Aegea Timur dan Macedonia ditambahkan pada tahun 1913 dan Thrace Barat tahun 1919. Setelah Perang Dunia II kepulauan Dodecanese juga dikembalikan ke Greece. Saat ini, Greece merupakan negara anggota Kesatuan Eropah (1981) dan sistem kewangan-ekonomi Euro (2001).
|
||||||||