Sejarah Saint Lucia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penduduk terawal Saint Lucia yang diketahui ialah orang Arawak, dipercayai datang dari kawasan di utara Amerika Selatan sekitar 200-400 M. Pulau ini dinamakan bersempena Santa Lucy dari Syracuse (283 - 304), seorang tokoh Katolik Rom.

Saint Lucia dilawat buat pertama kali oleh orang-orang Eropah pada kira-kira tahun 1500, dan dijajah buat pertama kali oleh Perancis yang memeterai perjanjian dengan orang-orang asli Carib pada tahun 1660. England kemudian mengambil alih penguasaan pulau ini dari tahun 1663 sehingga tahun 1667 sebelum berperang dengan Perancis sebanyak empat belas kali untuk penguasaan pulau ini. Pihak British akhirnya mencapai penguasaan yang penuh pada tahun 1814. Kerajaan perwakilan ditubuhkan pada tahun 1924 dan dari tahun 1958 hingga 1962, pulau ini menjadi ahli Persekutuan Hindi Barat. Akhirnya, pada 22 Februari 1979, Saint Lucia menjadi sebuah negara merdeka dalam Negara-negara Komanwel.