Sejarah Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sejarah Thailand bermula dengan penghijrahan orang Ai Lao dari rumah turun temurun mereka di selatan China ke tanah besar Asia Tenggara sekitar abad ke-10 M.

Sejarah moden[sunting | sunting sumber]

Semenjak pembaharuan politik dari negara raja mutlak pada tahun 1932, Thailand telah mengalami 17 perlembagaan dan piagam.[1][2] Selama ini, bentuk kerajaan sering berubah-ubah dari diktator tentera ke demokrasi berpilihan raya, namun semua kerajaan ini mengiktiraf raja turun-temurun sebagai ketua negara.[3][4]

1997 hingga 2006[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan 1997 adalah perlembagaan pertama yang digubal oleh Perhimpunan Mendraf Perlembagaan yang dipilih orang ramai, maka itu digelarnya "Perlembagaan Rakyat".[5]

Perlembagaan 1997 mewujudkan satu perundangan dwidewan yang terdiri daripada Dewan Rakyat (สภาผู้แทนราษฎร, Sapha Phutan Ratsadon) 500 kerusi dan Senat (วุฒิสภา, Wuthisapha) 200 kerusi. Buat julung kalinya dalam sejarah Thai, kedua-dua dewan ini dipilih melalui undian orang ramai. Banyak hak asasi manusia yang diakui dengan jelas sekali, dan langkah-langkah diambil untuk meningkatkan kestabilan kerajaan terpilih. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui sistem first-past-the-post, iaitu hanya seorang calon dengan majoriti mudah boleh dipilih dalam satu kawasan undian. Ahli-ahlu Senat pula dipilih berdeasarkan sistem wilayah, iaitu satu wilayah boleh memberikan lebih daripada seorang Senator bergantung kepada bilangan penduduknya. Ahil-ahli Dewan Rakyat berkhidmat dalam penggal empat tahun, smeentara ahli Senat pula penggal enam tahun.

Sistem mahkamah (ศาล, saan) mernagkumi sebuah mahkamah perlembagaan yang bidang kuasanya meliputi keperlembagaan akta-akta parlimen, titah diraja, dan hal-hal politik.

Pilihan raya umum Januari 2001, iaitu pilihan raya pertama di bawah Perlembagaan 1997, disifatkan sebagai pilihan raya yang paling terbuka dan paling bebas rasuah dalam sejarah Thai.[6] Kerajaan yang terpilih pula ialah kerajaaan pertama dalam sejarah Thai yang melengkapkan penggal empat tahun. Pilihan raya 2005 menyaksikan kehadiran pengundi tertinggi dalam sejarah Thai dan diingati kerana pengurangan pembelian undi yang nyata berbanding pilihan raya sebelumnya.[7][8][9]

Pada tahun 2006, tekanan besar yang timbul daripada tuduhan-tuduhan rasuah menyebabkan Thaksin Shinawatra mengadakan pilihan raya kilat. Pihak pembangkang memulaukan pilihan raya ini maka Thaksin dipilih semula. Tekanan masih semakin banyak, hingga menyebabkan rampasan kuasa oleh tentera pada 19 September 2006.

Selepas rampasan kuasa 2006[sunting | sunting sumber]

Dengan sokongan padu rakyat, sebuah junta tentera menggulingkan kerajaan Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006. Junta ini memansuhkan perlembagaan, membubarkan Parlimen dan Mahkamah Perlembagaan, menahan dan kemudian memecat beberapa ahli kerajaan, mengisytiharkan pemerintahan tentera, dan melantik seorang ahli Majlis Rahsia Raja, Jeneral Surayud Chulanont, sebagai Perdana Menteri. Junta ini kemudian menulis satu perlembagaan sementara yang amat singkat dan melantik sebarisan panel untuk menggubal satu perlembagaan yang kekal. Junta juga melantik sebuah perundangan 250 ahli, yang dikritik sebagai "bilik jeneral-jeneral" dan ketiadaan wakil-wakil daripada majoriti yang miskin.[10][11] Dalam rang perlembagaan sementara ini, ketua junta dibenarkan melucut jawatan Perdana Menteri bila-bila masa. Perundangan tidak dibenarkan mengadakan undian percaya menentang Kabinet dan orang awam dilarang memfailkan koman pada rang undang-undang.[12] Perlembagaan sementara ini kemudian disusuli perlembagaan tetap pada 24 Ogos 2007.

Pemerintahan tentera ditarik barik separa pada Januari 2007. Junta masih menapis media dan dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Larangan kegiatan politik ditarik balik pada Julai 2007,[13] berikutan pembubaran parti Thai Rak Thai pada 30 Mei. Perlembagaan baru telah diluluskan melalui pungutan suara pada 19 Ogos, yang bakal memulihkan pilihan raya demokratik pada 23 Disember 2007.

Thailand masih kekal sebagai ahli aktif ASEAN.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Council of State, Constitutions of Thailand. Senarai ini ada 2 kesilapan: perlembagaan ke-6 diisytiharkan pada tahun 1912 (sebetulnya 1952); perlembagaan ke-11 diisytiharkan pada tahun 1976 (sebetulnya 1974).
  2. Thanet Aphornsuvan, The Search for Order: Constitutions and Human Rights in Thai Political HistoryPDF (152 KiB), 2001 Symposium: Constitutions and Human Rights in a Global Age: An Asia Pacific perspective
  3. A list of previous coups in Thailand
  4. A list of recent coups in Thailand's history
  5. Kittipong Kittayarak, The Thai Constitution of 1997 and its Implication on Criminal Justice ReformPDF (221 KiB)
  6. Robert B. Albritton and Thawilwadee Bureekul, Developing Democracy under a New Constitution in ThailandPDF (319 KiB), National Taiwan University and Academia Sinica Asian Barometer Project Office Working Paper Series No. 28, 2004
  7. Pongsudhirak Thitinan, "Victory places Thaksin at crossroads", Bangkok Post, 9 Februari 2005
  8. "Unprecedented 72% turnout for latest poll", The Nation, 10 Februari 2005. 
  9. Aurel Croissant and Daniel J. Pojar, Jr., Quo Vadis Thailand? Thai Politics after the 2005 Parliamentary Election, Strategic Insights, Volume IV, Issue 6 (Jun 2005)
  10. The Nation, NLA 'doesn't represent' all of the people, 14 Oktober 2006
  11. The Nation, Assembly will not play a major role, 14 Oktober 2006
  12. The Nation, Interim charter draft, 27 September 2006
  13. "Ban on political activities lifted", The Nation, 18 July 2007.