Sejarah perkakasan komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkakasan komputer merupakan komponen penting dalam proses pengiraan dan storan data komputer kerana ia digunakan untuk menyimpan dan menyebarkan nilai berangka.

Generasi pertama[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan penggunaan teknologi tiub hampagas untuk mewakili data. Setiap nilai bit 1 atau 0 akan diwakili oleh satu tiub hampagas (terdapat juga komponen awal yang bekerja berasaskan perwakilan perpuluhan - dengan 10 simbol). Tiub hampagas amat perlahan dibandingkan dengan pemprosesan hari ini.

Masalah teknologi ini:

  • Menghasilkan komputer yang bersaiz amat besar dengan kemampuan pemprosesan yang tidak seberapa
  • Tiub hampagas mengeluarkan haba yang amat banyak menyebabkan pemproses akan cepat panas dan mungkin rosak jika sistem penyejuk yang sesuai tidak dipakai.

Contoh ciptaan generasi pertama ialah ENIAC yang siap pada 1945 dan UNIVAC I pada tahun 1951.

Generasi kedua[sunting | sunting sumber]

Memperkenalkan penggunaan transistor yang dibuat daripada bahan silikon. Transistor adalah sejenis alat yang bertindak sebagai suis elektronik yang boleh digunakan untuk menghasilkan 2 nilai, 1 atau 0. Bahan silikon pula ialah sejenis semikonduktor separa mengalir yang boleh mengalirkan arus elektrik pada suhu tertentu.

Kelebihan teknologi ini ialah membolehkan pemproses yang jauh lebih kecil dihasilkan bagi mengelakkan daripada berlakunya masalah kepanasan pemproses.

Generasi ketiga[sunting | sunting sumber]

Dalam generasi ini transistor silikon digabungkan dalam bidang yang besar di atas satu litar yang sama dipanggil litar bersepadu (IC). pada tahun 1970-an, mikropemproses telah diperkenalkan iaitu kalkulator transistor yang menggunakan IC.

Generasi keempat[sunting | sunting sumber]

Penggunaan mikrokomputer dengan meluas yang dilengkapi dengan mikropemproses yang amat pantas dan canggih yang mampu melaksanakan jutaan pemprosesan dalam satu saat. Pemproses mikronya didapatkan dengan jutaan transistor silikon yang bertindak sebagai suis-suis halus yang mewakili data-data komputer. Mikropemproses yang pertama dibina ialah Intel 4004 pada tahun 1971.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]