Sekijang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sekijang merupakan sebuah kawasan yang terletak di Segamat,Johor. Secara amnya ia merujuk kepada tanah rancangan FELCRA Sekijang, namun Sekijang turut merangkumi Felda Kemelah serta ladang RISDA di sana.

Sementara itu, Kawasan Parlimen Sekijang diwujudkan pada tahun 2004 hasil persempadanan semula kawasan Parlimen Segamat. Ia merangkumi Pekan Jabi, sebahagian bandar Segamat, Segamat Baru, Felda Kemelah dan Felcra Sekijang.

Tanjung Sekijang atau Tanjung Sikijang terletak berhampiran Pusat Pentadbiran Kota Iskandar, juga lebih kurang 5km dari Sungai Melayu dan juga dalam jarak yang dekat dengan Tanjung Perepat. Tanjung Sekijang juga berdekatan dengan Kg Tebing Runtuh ( yang telah berusia lebih 200 tahun dan di sini juga terdapat Sekolah Kebangsaan Sekijang yang mengambil nama sempena Tanjung Sekijang) yang akan dibangunkan semula (redeveloped) sebagai projek komersil bercampur dan juga projek mega.