Sekolah Kebangsaan Sena
Sekolah Kebangsaan Sena | |
---|---|
Lokasi | |
Kangar, Perlis Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah, Sekolah Kluster Kecemerlangan , Sekolah Berprestasi Tinggi . |
Moto | Ilmu Amal |
Ditubuhkan | 1 Disember 1992 |
Nombor sekolah | +6049772204 |
Kod sekolah | RBA0084 |
Pengerusi PIBG | En. Ahmad Shukri bin Ali |
Guru besar | En. Azrin bin Jaya |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Ida @ Jannyah Binti Jaafar |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Ani bin Abdullah |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Cempawan binti Yaakob |
Faks | +6049772203 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Sena |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google | |
Sekolah Kebangsaan Sena atau nama ringkasnya SK Sena, merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Kangar, Perlis, Malaysia . Sekolah Kebangsaan Sena ( SK Sen a ) telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecermelangan (SKK) dan kemudiannya diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada awal tahun 2000
Lokasi[sunting | sunting sumber]
SK Sena terletak berhampiran dengan beberapa taman perumahan seperti Taman Merpati, Taman Ira dan Taman Firdaus. Beberapa ratus meter dari sekolah ini juga terdapat Institut Perguruan Perlis, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan sebuah Institut Latihan Perindustrian. Sekolah Kebangsaan Sena mempunyai keluasan 37,480 meter persegi. Koordinat GPS bagi lokasi SK Sena ialah Lat: 6.43802 dan Long: 100.20710.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Sena telah ditubuhkan pada 1 Disember 1992. Pada peringkat permulaan, sekolah ini menumpang buat sementara di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera pada waktu petang selama 4 tahun. Semasa ditubuhkan, bilangan murid cuma 130 orang yang terdiri daripada Tahun 1 dan 2 sahaja. Hanya terdapat 7 buah kelas yang terlibat iaitu 5 buah kelas untuk Tahun 1 dan 2 buah kelas bagi Tahun 2.
Pada sesi persekolahan 1992/93, terdapat seorang Guru Besar bersama 9 orang guru. Ketika itu, pihak sekolah tidak mempunyai pembantu tadbir yang tetap, sebaliknya mendapat khidmat kerani beredar. Pada 18 September 1995, warga SK Sena mula menduduki bangunan baru dengan bilangan murid meningkat kepada 275 orang iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Ketika itu, Sekolah Kebangsaan Sena mula membangun dengan terdirinya 4 blok bangunan.
Setelah 7 tahun berpindah ke lokasi baru, SK Sena maju setapak lagi dengan adanya blok baru 2 tingkat pada tahun 2002. Di samping itu, terdapat pelbagai kemudahan [2] seperti Makmal Komputer yang lengkap, Bilik Guru yang dilengkapi penyaman udara serta komputer untuk melayari Internet, serta bilik-bilik khas yang lain seperti Bilik Pemulihan Darul Falah, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Tayangan, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bahan Bantu Mengajar, OSSLab (Makmal Penyelidikan dan Latihan Sumber Terbuka), Pusat Akses Matematik dan Studio Penerbitan Audiovisual CyKidzCRAZE.
Pada tahun 2007, SK Sena telah dianugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Perlis. Bermula daripada itu, warga sekolah terus berusaha ke arah kecemerlangan, dan akhirnya, pada April 2008, SK Sena telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan merupakan satu-satunya sekolah rendah di Negeri Perlis yang berjaya mencapai status tersebut. Kini, Sekolah Kebangsaan Sena maju seiring dengan usianya yang semakin matang. Bilangan murid juga turut bertambah kepada 700 – 800 orang setiap tahun melibatkan 24 buah kelas dan 3 buah kelas Prasekolah.
Identiti[sunting | sunting sumber]
Visi[sunting | sunting sumber]
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi[sunting | sunting sumber]
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara
Lencana[sunting | sunting sumber]
Lencana sekolah ini memiliki lima warna. Berikut ialah makna setiap warna pada lencana sekolah ini.
- Kuning
- Menjunjung kedaulatan diraja
- Biru
- Lambang perpaduan sesama warga SK Sena dan hubungan yang erat dengan masyarakat setempat
- Merah
- Berani menghadapi cabaran dan persaingan dalam setiap bidang kurikulum dan kokurikulum
- Putih
- Warga SK Sena mementingkan kebersihan dan ketelusan
- Hitam (mata pena)
- Menuntut ilmu satu kewajipan
Piagam pelanggan[sunting | sunting sumber]
Kami, staf Sekolah Kebangsaan Sena berjanji akan:
- Menghayati budaya kerja berkualiti untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam setiap bidang
- Berusaha bersungguh-sungguh mewujudkan suasana iklim sekolah yang harmoni, kondusif dan selamat
- Berusaha mendidik murid menjalani kehidupan yang sihat, bersemangat juang, jatidiri dan sanggup menghadapi cabaran
- Memberi layanan mesra dan memuaskan hati serta bersedia membantu untuk memenuhi kehendak pelanggan
Hala tuju[sunting | sunting sumber]
Matlamat sekolah[sunting | sunting sumber]
Berusaha dengan secara optimum dan penuh daya kreatif dan inovatif bagi menjayakan matlamat mencapai tahap sekolah harapan negara
Matlamat pendidikan[sunting | sunting sumber]
Matlamat pendidikan Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia
Objektif[sunting | sunting sumber]
Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di sekolah ini bertujuan untuk membolehkan murid:
- Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara
- Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah
- Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian
- Menguasai kemahiran belajar
- Menguasai kemahiran berfikir
- Bertutur, membaca, menulis dan memahami Bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
- Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahkannya
- Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri
- Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar
- Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal
- Memahami, meminati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
- Menjaga kesihatan dan kecerdasan diri
- Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti
- Menguasai kemahiran membaca, menghafal dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid-murid beragama Islam
- Meyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia
- Membina semangat patriotisme
- Mengembangkan bakat dan kreativiti
- Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni dan menjadikannya asas amalan hidup
Program kecemerlangan[sunting | sunting sumber]
Pencapaian[sunting | sunting sumber]
Sehingga kini, SK Sena telah mencatatkan jumlah kejayaan yang besar di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.[3]
Kerjasama strategik[sunting | sunting sumber]
SK Sena mempunyai hubungan kerjasama rasmi melalui jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan - Institut Pengajian Tinggi Awam dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Selain itu, pihak sekolah turut menjalinkan hubungan strategik dengan beberapa institusi dan organisasi di seluruh negara untuk meningkatkan kecemerlangan organisasi dan warga sekolah, antaranya:
- Kerajaan Negeri Perlis
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengantarabangsaan[sunting | sunting sumber]
Sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia, Sekolah Kebangsaan Sena memiliki autonomi terpimpin untuk melaksanakan pelbagai program di peringkat antarabangsa sebagai salah satu langkah meningkatkan kemenjadian murid dan kecemerlangan sistem pendidikan Malaysia. Sehingga kini, SK Sena mempunyai hubungan kerjasama dengan 2 buah sekolah di Thailand:
- Anuban Satun, Satun - International Integration Through ICT
- Anuban Nakhorn Patom, Bangkok - Jaringan rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia
Pada masa yang sama, Kelab Jurutera Tunas Muda SK Sena di bawah naungan EYReC - MINDS Young Researchers Club SK Sena telah meraih pelbagai pencapaian dalam program-program reka cipta dan inovasi antarabangsa:
- International Engineering Invention & Exhibition Exhibition (i-ENVEX) - UniMAP: Pingat Emas & EYReC Young Scientist Award, Pingat Perak, Pingat Gangsa
- International Exhibition for Young Inventors (IEYI) - Malaysian Invention & Design Society (MINDS): Pingat Emas, Asia Invention Association (AIA, Korea) Special Award
- Macau International Innovation & Invention Expo - World Invention Intellectual Property Associations (WIIPA): Pingat Emas, WIIPA Special Award, Korea University Invention Association (KUIA) Special Award Students Green Growth Invention Contest - Korea Selatan: Pingat Emas
- Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institut Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) - Kementerian Pendidikan Malaysia: Pingat Perak, Association of Young Innovator and Scientist (AYISI, Indonesia) Special Award
- Cyber International Genius Inventor Fair - Korea Invention News: Pingat Emas
- World Inventor Award Festival - Korea Invention News: Order of Merit
- Asian Young Inventors Exhibition (AYIE) - Malaysian Invention & Design Society (MINDS): Pingat Emas, Association of Young Innovator and Scientist (AYISI, Indonesia) Special Award, Pingat Perak
- International Youth Invention Contest (IYIC), Seoul - Korea University Invention Association (KUIA): Pingat Emas, WIIPA Special Award, Pingat Perak
SK Sena juga telah menyertai beberapa program pentauliahan antarabangsa dalam bidang akademik dan teknikal:
- Code Club World - Rangkaian pengaturcaraan komputer untuk kanak-kanak sedunia
- INGOTs (International Grades, Open Technologies) - Pensijilan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS)
- MASMO (Malaysia ASEAN Schools Math Olympiad)
- ICAS (International Competitions and Assessments for Schools)
Kebitaraan[sunting | sunting sumber]
- ICT - S.E.N.A CyQUEST
- Matematik - GENIUSMATHS
- Lompat Tali - Sena Jumpers
Alamat[sunting | sunting sumber]
- Sekolah Kebangsaan Sena,
- (SK Sena),
- 01000 Kangar, Perlis,
- Malaysia.