Sekolah Kebangsaan Seri Nilam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
Lokasi
Taman Koperasi Polis Fasa 2 ,, Sentul, Kuala Lumpur,
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha, Berilmu, Berbakti
Nombor sekolah03-61854178
Kod sekolahWBA0077
Guru besarTn. Hj Mohd. Sukardi bin Abd Ghafar
GPK Pentadbiran dan AkademikEn Saiful Adli bin Abdul Razak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Raziman bin Ramlee
Penolong Kanan KokurikulumPn. Adzhrani binti Daud
Faks03-61854179
Laman sesawang
Setakat Julai 2013

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam (SKSN) ditubuhkan pada 1 Januari 2001. Sekolah ini terletak di Taman Bullion Mewah yang pada masa tersebut masih dalam pembinaan. Oleh itu, sekolah ini dialamatkan kepada Taman Koperasi Polis Fasa 2, 68100 Kuala Lumpur. Pada peringkat awal, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Taman Bullion Mewah. Tetapi akhirnya ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Seri Nilam. Untuk makluman, Pihak pentadbir telah mempunyai pentadbiran yang lebih kukuh iaitu Guru besar Tn Hj Mohd Sukardi, GPK Tadbiran & Kurikulum; En Saiful Adli, GPK Hal Ehwal Murid; En Raziman, GPK Kokurikulum; Pn Noriah, GPK PPKI; Cik Haszanarita. Mereka semua amat komited dengan tanggungjawab mereka sebagai pentadbir sekolah.

     Sekolah ini bermula dengan 232 orang murid dengan 22 orang guru dan 3 orang staff sokongan. Sekolah ini menampung majoriti murid-murid daripada kawasan sekitar, antaranya Taman Koperasi Polis Fasa 1 dan 2, Taman Batu Muda, Kampung Batu Muda, Kampung Batu Muda Tambahan, Kampung Padang Balang dan Taman Melewar. Pada tahun 2017, SK Seri Nilam mempunyai 700 orang murid.

     Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan. Fasiliti lain antaranya kantin, surau dan padang. Sekolah ini mempunyai 37 buah bilik yang boleh dijadikan kelas. Bilangan kelas yang digunakan bergantung kepada bilangan murid sekolah pada sesuatu masa. Sekolah ini pernah mempunyai 5 kelas untuk sesuatu tahun iaitu Arif, Bestari, Cerdas, Dinamik dan Elit.

        Pada tahun 2015 nama kelas diubah untuk Tahap 1, Emerald, Sapphire, Ruby manakala Tahap 2 Amethyst, Pearl dan Turquoise. Pada perubahan pentadbiran sekali lagi kelas telah diubah nama kepada nama-nama tokoh ilmuwan Islam seperti Al-Farabi, Al-Ghazali, Ibnu Sina, Al-Razzi. Sekali lagi perubahan iaitu mulai tahun 2017 nama kelas telah ditukar kepada yang lebih mudah iaitu seperti Delima, Berlian, Mutiara, Zamrud, Intan.

     Selain kelas normal, sekolah ini juga mempunyai murid-murid khas dipanggil Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Pada tahun 2017, PPKI ini mempunyai 5 kelas seramai 33 orang.

Sekolah ini juga mempunyai bilik-bilik khas seperti Makmal Sains 1 & 2, Bengkel Reka Bentuk & Tekonologi (Kemahiran Hidup), Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Pusat Sumber, Bilik Bimbingan & Kaunseling, Kelas Prasekolah, Makmal Komputer, Bilik j-QAF, Bilik Guru, Bilik SPBT dan yang terkini Frog Classroom yang dihadiahkan oleh pihak YTL kepada sekolah, ianya kini telah berubah kepada Bilik Google.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Kebangsaan Seri Nilam
Taman Koperasi Polis Fasa 2 , 68100 Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon = 0361854178
Fax = 0361854179

Pautan luar[sunting | sunting sumber]