Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1
Lencana SMA DMW
Lencana SMA DMW
Lokasi
Kepala Batas, 13200, Pulau Pinang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah agama bantuan kerajaan
MotoBerilmu, beriman, beramal
Nombor sekolah04 - 575 4140
Kod sekolahPFT2001
PengetuaTuan Haji Norazli bin Hj salleh
GPK Pentadbiran dan AkademikTuan Haji Ashmuni bin Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstaz Abdul Ghani bin Hj Omar
Penolong Kanan KokurikulumPuan Noor Hidayah binti Hj Arshad
Faks04 - 575 3140
Laman sesawang

Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1 atau nama ringkasnya "SMA DMW", merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Jalan Perak, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sejarah sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah telah ditubuhkan pada awal 1926 M. Pada asalnya sekolah ini ialah sekolah yang menggunakan sistem pondok. Kini ia telah berubah setelah melalui arus pendidikan moden.

Dahulunya ia lebih dikenali dengan nama Madrasah Daeratul Maarifil Wataniah (DMW). Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pertama. Kurikulum yang digunakan pada masa itu terdiri daripada dua jenis iaitu ‘Nizami’ (sekolah) dan ‘Umumi’ (umum). Kitab-kitab ‘Umumi’ yang digunakan adalah seperti Tafsir Jalalain, kitab hadith al-Bukhari dan Muslim, serta kitab fiqh Minhajul Abidin.

Pada awal penubuhannya, para pelajarnya datang dari seluruh nusantara, antaranya ialah Thailand, Sumatera dan Borneo. Para pelajarnya pada ketika itu berjumlah kira-kira 1,500 orang. Sekolah ini menyeragamkan sukatan pelajaran iaitu 50% bagi pelajaran akademik dan 50% bagi sukatan agama. Pada tahun 1970-an sekolah ini telah menjadi tempat penampungan pelajar-pelajar yang gagal SRP dan SPM.

Pada tahun 1989, Sekolah Menengah Agama Daeatul Maarifil mula menggunakan kurikulum bersepadu akademik agama dan bahasa Arab. Pembahagian mata pelajarannya terdiri daripada dua bahagian iaitu 50% untuk matapelajaran akademik dan 50% untuk mata pelajaran Agama dan Bahasa Arab.

Peperiksaannya pula merangkumi dua jenis aliran iaitu peperiksaan akademik dan peperiksaan agama dan bahasa Arab. Pepriksaan akademiknya terdiri daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Peperiksaan Agama dan Bahasa Arab pula terdiri daripada (SMRA) dan Sijil Tinggi Agama / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STA / STAM). Pelajar-pelajar yang ingin memasuki sekolah ini mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Tamat sekolah rendah
  • Dapat menguasai Tulisan Jawi dan Al-Quran.[1]

Pada 2009, Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'Arifil memiliki 59 pelajar lelaki dan 476 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 535 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Agama Daeratul Ma'Arifil Wataniah Satu
Jalan Perak, 13200 Kepala Batas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 604-5754140
Faks = 604-5754140

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ SMA Daeratul Ma'arifil Wataniah 1 Sektor Pendidikan Islam JPNPP