Sekolah Menengah Arab Assyakirin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sekolah Menengah Arab JAIM Assyakirin
vertical
Lokasi
 Malaysia Selandar, 77500, Melaka, Melaka
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Menengah Arab
MotoBerilmu, Beramal Dan Bertaqwa
Kod sekolahMFT1002[1]
Pengerusi PIBGRasidi Bin Yusof
PengetuaHaji Johari Bin Abu Bakar
GPK Pentadbiran dan AkademikHairul Bariyah Binti Haron
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridFahrurrazi Bin Sulaiman
Penolong Kanan KokurikulumZainol Affendi Bin Aziz

Sekolah Menengah Arab JAIM Assyakirin atau nama ringkasnya SMA Assyakirin, merupakan sebuah Sekolah menengah arab yang terletak di Selandar.

Pada 2017, Sekolah Menengah Arab Assyakirin memiliki 87 orang pelajar lelaki dan 62 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 149 orang. Jumlah guru di SMA JAIM Assyakirin pula seramai 22 orang, dan dibantu oleh staf sokongan seramai 5 orang.2017

Pada 2018, SMA JAIM Assyakirin memiliki 91 pelajar lelaki dan 128 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 219 orang. Jumlah guru bagi tahun semasa adalah 30 orang dan dibantu oleh staf sokongan seramai 5 orang. Kelas Tingkatan 6 STAM juga diwujudkan mulai tahun 2018

Lagu[sunting | sunting sumber]

TAJUK : KAMI PERMATA ASSYAKIRIN


(verse 1)

SM Arab JAIM Assyakirn

Mashur indah seribu cita-cita

Tempat kami mendidik jiwa

Tempat kami menjana jaya

(verse 2)

Kami permata Assyakirin

Berjanji seia sekata

Menjunjung tinggi nilai budi

Seiring harapan ayah bonda

(chorus)

Assyakirin taman ilmu mulia

Murabbi teguh penuh mahabbah

Menanam cinta pada agama

Menuju landasan redha Allah

(verse 3)

Kami permata Assyakirin

Sedia mewarisi ibu pertiwi

Menggapai misi nusa bangsa

Harum cemerlang serata dunia

(chorus)

Assyakirin taman ilmu mulia

Murabbi teguh penuh mahabbah

Menanam cinta pada agama Menuju landasan redha Allah


Lirik : Muhammad Fakhrurazi Bin Isnin Lagu : Mohd Nurhakimi Md Yaman/Syukri Sahar

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

Bil Nama Tempoh
1 Muhammad Bin Sharif (1998-2003)
2 Abdullah Thani Bin Masbar (2003-2017)
3 Johari Bin Abu Bakar (2018-sekarang)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Arab JAIM Assyakirin dahulu dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama JAIM Bukit Senggeh pada awal penubuhannya pada tanggal 5 Januari 1998. Penubuhan institusi pendidikan menengah agama ini telah diilhamkan oleh YB Dato' Haji Mohamad Sharif B. Derus, ADUN Batang Melaka merangkap Exco Agama dan Pendidikan Melaka ketika itu. Di awal penubuhannya, sekolah ini menumpang dan menggunakan Sek. Ren. Agama Bukit Senggeh sebagai pusat pengajian.

Ketika awal penubuhan, hanya seramai 4 orang guru yang bertugas iaitu Ustaz Muhammad bin Sharif, Ustazah Rohani bt Jantan, Ustazah Hairul Bariyah bt Haron dan Uatazah Zakiah Hanum bt Md. Johar. Mereka ialah perintis dan peneroka awal yang membangunkan sekolah dengan dibantu oleh Ustaz Muin Bin Tahir (Allahyarham) yang pada ketika itu merupakan Pengetua Sekolah Menengah Agama JAIM Merlimau. Seramai 16 orang pelajar iaitu 6 pelajar perempuan dan 10 pelajar lelaki telah menjadi pelajar sulung sekolah ini semasa pembukaannya. Pada 12 Jun 1998, Ustazah Zakiah Hanum bt Md Johar telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ikhtisas iaitu Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Maktab Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan lalu tempat beliau diganti oleh Ustaz Shafiee bin Mohamad pada 1 Julai 1998. Pada 11 Januari 1999, seorang guru lulusan Syria telah dihantar untuk memantapkan lagi barisan tenaga pengajar iaitu Ustaz Adzli Khalid bin Abu Kher. Pada pertengahan tahun 1999, seorang lagi guru baru diserap masuk ke sekolah ini iaitu Ustazah Shaflina Shafie untuk mengisi kekosongan mendesak.

Seterusnya pada 14 November 2017 SMA JAIM Assyakirin telah menerima bangunan sekolah baharu. Sesi persekolahan untuk tahun 2018 beroperasi sepenuhnya menggunakan bangunan sendiri selepas 14 tahun menumpang di SRA Selandar.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

SMA JAIM Assyakirin

77500, Selandar,

Melaka.

https://www.google.com/maps/place/SMA+Jaim+As-Syakirin/@2.38832,102.3712913,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31d1e1c167b8cfed:0x45dfe1f0fac11363!8m2!3d2.38832!4d102.37348



Program Sepanjang 2017[sunting | sunting sumber]

SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN





SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



SMA JAIM ASSYAKIRIN
SMA JAIM ASSYAKIRIN



Program Sepanjang 2018[sunting | sunting sumber]

<gallery>







Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Laporan Pencapaian Sekolah 01
Laporan Pencapaian Sekolah 01
Laporan Pencapaian Sekolah 02
Laporan Pencapaian Sekolah 02
Laporan Pencapaian Sekolah 03
Laporan Pencapaian Sekolah 03
Sijil Penghargaan Lulus 100% 2015
Sijil Penghargaan Peningkatan GPS SPM 2015
Sijil Penghargaan Cemerlang SPM 2015
Sijil Penghargaan Cemerlang SPM 2015






Nombor Untuk Dihubungi[sunting | sunting sumber]

Telefon = 065252290
Faks = 065253290




Galeri[sunting | sunting sumber]

SMA JAIM ASSYAKIRIN


SMA JAIM ASSYAKIRIN


SMA JAIM ASSYAKIRIN


SMA JAIM ASSYAKIRIN






Tokoh sekolah[sunting | sunting sumber]

Muhammad Syauqi Bin Md Sham
Muhammad Syauqi Bin Md Sham
SMA JAIM ASSYAKIRIN


https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Pelajar_Cemerlang_SMA_2015_dan_SPM_2016.jpg

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]