Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
Lokasi
Inanam, Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) berasrama harian
MotoBerilmu, Beramal, Bertaqwa
Ditubuhkan1 Januari 1988
Nombor sekolah088-429050
Kod sekolahXRA4002
Pengerusi PIBGTn. Hj. Mazlan bin Daiman
PengetuaUtzh. Rosnani binti Sidin
GPK Pentadbiran dan AkademikUs. Shariful Bahri bin Rahmat
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Hj. Ismail bin Hassan
Penolong Kanan KokurikulumPn. Masni binti Hj. Atu
Faks088-432346

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah ialah sebuah sekolah menengah agama di Kota Kinabalu, Sabah. Nama sekolah ini sebelum 9 September 2009 ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam. Nama sekolah ini pernah menjadi satu isu kontroversi dalam kalangan warga pendidikan negeri Sabah suatu masa dahulu. Namun, pemakaian nama sekolah yang baharu tetap diteruskan setelah Tun Ahmadshah Abdullah turun takhta Kerajaan Negeri Sabah pada 31 Disember 2010 dan setelah Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan nama baharu sekolah ini pada 9 September 2009.

Logo SMK Agama Inanam
Logo SMK Agama Inanam
Bendera SMK Agama Inanam
Bendera SMK Agama Inanam

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam pada awalnya merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan biasa yang dibuka pada 1 Januari 1988, dengan bilangan guru seramai 14 orang pada semester pertama dan bertambah sehingga 24 orang pada semester kedua. Bilangan pelajar pula ialah seramai 455 orang pelajar dan seramai 184 daripadanya tinggal di asrama. Pengetua pada masa itu ialah Encik Matshah Abdul Hamid. Pada peringkat awal, sebanyak 4 buah kelas tingkatan 1 aliran agama ditumpangkan buat sementara waktu dan kemudiannya sebanyak 10 buah kelas aliran akademik dibuka di sekolah ini pada tahun tersebut.

Pada penghujung tahun 1988, terdapat cadangan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sekolah menengah agama memandangkan sekolah asal yang dicadangkan sebagai sekolah menengah agama yang terletak di daerah Ranau masih di dalam proses pembinaan. Pihak jabatan telah bersetuju memandangkan sekolah ini sangat strategik untuk dijadikan sekolah menengah agama disebabkan sekolah ini berhampiran dengan pusat pentadbiran.

Cadangan tersebut menjadi kenyataan apabila pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 atas bersama 20 orang tenaga pengajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan dipindahkan ke sekolah ini pada 3 Januari 1989. Pada masa itu juga berlaku perubahan dalam pentadbiran dengan pertukaran pengetua dan 2 orang penolong kanan. Maka, rasmilah sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah menengah agama di negeri Sabah. Nama sekolah ini juga turut diubah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam. Bilangan guru dan pelajar sekolah ini meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah pada tahun 2000, bilangan guru telah mencecah sebanyak 53 orang, manakala bilangan pelajar pula seramai 479 orang pelajar.

Setakat bulan Mei 2010, sekolah ini berkapasiti 440 orang pelajar dengan sesi persekolahannya dikendalikan oleh 42 orang tenaga pengajar termasuk dua orang guru kanan gred DG48 dan 11 orang guru kanan gred DG44, manakala pentadbirannya dikendalikan oleh 14 orang kakitangan bukan mengajar (KTBM) yang terdiri daripada seorang Pembantu Tadbir, tiga orang Penyelia Asrama, dua orang Pembantu Sains (Makmal), seorang Juruteknik Komputer dan selebihnya berperanan sebagai Pembantu Am dan Pemandu.

Senarai pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama pengetua Tempoh perkhidmatan
Us. Salehuddin bin Hj. Mansur 1989-1992
Us. Mohd. Isa bin Hj. Shaari 1992-1994
Utzh. Hjh. Arpah binti Mohammad 1994-2004
Us. Idrus bin Abdul Rahman 2004-2008
Utzh. Affida binti Helmi 2009-2011
Dr. Hj. Mohd. Kassim bin Tusin 2011-2016
Datin Hasnah binti Mohd Yakob 2016-2017
Us. Zulkifli bin Mohamad 2017-2022
Utzh. Rosnani binti Sidin 2022-kini

Pernyataan arah[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi[sunting | sunting sumber]

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Etos[sunting | sunting sumber]

Permuafakatan pintar menjana modal insan cemerlang.

Prinsip[sunting | sunting sumber]

سمعنا واطعنا ولد صالح صاحب الامتياز الآمرون بالمعروف
"Kami dengar dan kami taat. Kamilah anak-anak soleh yang menerajui kecemerlangan dan menyeru ke arah kebaikan."

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah
Peti Surat A-235
88856, Inanam
Sabah, Malaysia
Telefon: 088-429050
Faks: 088-432346