Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar (English Secondary School) atau nama ringkasnya SDJ, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Yahya Aldatar. Ia dinamakan sempena Dato' Jaafar yang merupakan Menteri Besar Johor yang pertama.SMK Dato’ Jaafar merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi(Sekolah Kluster Kecemerlangan).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Jaafar (SMKDJ) pada awal penubuhannya, iaitu 2 Januari 1961 bermula sebagai sebuah Sekolah Menengah Inggeris. Bangunan asal sekolah yang digunakan ketika itu ialah bangunan Istana Bukit Senyum yang pernah didiami oleh Allahyarham Dato’ Jaafar Mohamad, Menteri Besar Johor yang pertama dan juga sebuah bangunan yang terletak berhampiran dengannya. Pada 2 Januari 1964, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah Dato’ Jaafar.

Pada mulanya, sekolah ini hanya mempunyai 12 buah bilik darjah, sebuah bengkel kerja kayu, sebuah bengkel kerja logam dan kantin. Ketika itu, sekolah ini dapat menampung seramai 625 orang pelajar dan 26 orang guru, termasuk pengetuanya, En J.G. Putucheary. Bilangan pelajar dan guru sekolah ini telah bertambah dari tahun ke tahun. 

Sejak ditubuhkan, SMK Dato Jaafar sehingga kini telah ditadbir oleh sepuluh orang pengetua. Pengetua yang pertama, Encik J.G. Putucheary kemudian digantikan dengan pengetua seterusnya Encik Austin Hooi Peng Chien pada bulan April 1970 sebagai pengetua kedua. Pada awal tahun 1973, Encik Harbahjan Singh telah menggantikan tempat beliau dan berkhidmat sebagai pengetua SMKDJ sehingga bulan Febuari 1991. Setelah Encik Harbahjan Singh bersara, Encik Ahmad Atil telah memangku jawatan pengetua sehingga Tuan Haji Abdullah Idrus mengambil alih pada 16 April 1992 hingga 1995. Pada 2 Disember 1995, jawatan ini telah diambil alih oleh Tuan Haji A. Hamid Abu Hassan yang menjadi pengetua hingga 15 Mac 1999. Setelah itu, jawatan pengetua telah disandang oleh Encik Mohd. Sharipudin bin Mahmud hingga 30 Jun 2004, sebagai Pengetua SMKDJ yang ketujuh. Mulai 1 Julai 2004, Encik Siow Yee Woo menyandang jawatan Pengetua SMKDJ kelapan hingga 11 Jun 2006. Dari 1 Ogos 2006 hingga 16 Oktober 2011, SMKDJ berada di bawah pimpinan Encik Goh Chee Kiat selaku Pengetua kesembilan. Encik Jaheni bin Sidek pula mulai bertugas di SMK DJ mulai 1 Disember 2012 selaku Pengetua yang kesepuluh dan seterusnya En Juhair bin Jumaat bertugas di SMKDJ sebagai Pengetua yang kesebelas mulai 15 Jun 2014. Pengetua keduabelas adalah Encik Hanafi Bin Samad yang mula berkhidmat pada tahun 2016 sehingga kini. Kemudahan infrastruktur di SMKDJ semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2001, dua buah blok tambahan telah dibina untuk menampung pertambahan bilangan pelajar dan guru yang dijangkakan akan terus meningkat.

Pada tahun 2005, SMKDJ telah melangkah setapak lagi apabila diberikan taraf sebagai sekolah kawalan/premier. Dengan perkembangan ini, dijangkakan SMKDJ akan terus maraih kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Hal ini ditambah apabila SMKDJ menjadi sekolah satu sesi mulai Jun 2009.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Organisasi pelajar[sunting | sunting sumber]

Pelajar[sunting | sunting sumber]

Komposisi para pelajarnya adalah senantiasa pelbagai bangsa dan agama, dan bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan biasa yang digunakan di sepanjang penubuhan sekolah.

SMKDJ ialah sekolah untuk lelaki, dengan pengecualian kepada pelajar tingkatan enam yang mana ia ialah pendidikan bercampur. Pelajar perempuan hanya diterima masuk dalam tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas sebagai tambahan kepada pelajar lelaki. Perkara ini ialah kebiasaan bagi sekolah-sekolah menengah lelaki di Malaysia.[perlu rujukan]

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Semoga diberkati Tuhan,
Aman bahagia, sepanjang usia,
Jauhkan segala rintangan,
Dato’ Jaafar sekolah putera,
Memimpin anak bangsa,
Jadi manusia berjasa,
Jayakan lambang kita,
Berilmu dan bersasa,
Memimpin anak bangsa,
Jadi manusia berjasa,
Jayakan lambang kita,
Berilmu dan bersasa.

Slogan Sekolah[sunting | sunting sumber]

KAMI INI ANAK DATO ANAK DATO DATO JAAFAR ANAK SULTAN ANAK RAJA ITU SEMUA TAK MAIN PUNYA ANAK DATO MESTI BERKUASA INI SEMUA KITA PUNYA KAMI INI ANAK DATO ANAK DATO DATO JAAFAR

Pautan luar[sunting | sunting sumber]