Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan
Lokasi
Jln Kilang Gula, 02450, Bukit Keteri, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBersama Membina Budaya Ilmu
Nombor sekolah+604-9382744
Kod sekolahREA0077[1]
Pengerusi PIBGROSLI BIN YOB
PengetuaEN. WAN ZAINI BIN WAN SAAD
GPK Pentadbiran dan AkademikTN. HJ MOHSHIN BIN IBRAHIM
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. SITI RUKIAH BT HJ IKHSAN
Penolong Kanan KokurikulumEN. AZZUADI BIN JUSOH
Faks+604-9383144
Laman sesawang
Map

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan atau nama ringkasnya SMK Tok Paq, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jln. Kilang Gula, Bukit Keteri, Ia dinamakan sempena Dato' Jaafar Hassan bin Hassan yang merupakan Menteri Besar Perlis yang ke-2 dari 1 Januari 1972 hingga 31 Oktober 1981.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan memiliki 693 orang pelajar lelaki dan 640 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1333 orang. Ia mempunyai seramai 95 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1989. Nama sekolah ini diberi sempena nama bekas Menteri Besar Perlis yang kedua iaitu Allahyarham Dato’ Jaafar Bin Hassan. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan terletak berhampiran dengan kawasan Perindustrian Chuping. Ia terseragam indah dengan panorama Bukit Chuping, Bukit Keteri, Bukit Jerneh dan Bukit Kecil.

Pada peringkat awal, pelajar sekolah ini cuma menumpang di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup dan menjalani sesi persekolahan pada sesi petang. Pelajar sulung sekolah ini berjumlah 113 orang dan berada di bawah pengawasan 11 orang guru. Encik Othman Yahya telah dipertanggungjawabkan sebagai pemangku pengetua.

Seterusnya pada 25 Ogos 1991, pelajar-pelajar sekolah ini berpindah ke tapak bangunan baru yang ada sekarang. Pada 16 Mac 1991, Cik Fatimah bt Hussin telah diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah ini.

Pada Disember 2000, 3 Blok bangunan baru dan 4 unit rumah guru telah siap dibina. Bangunan ini mengandungi 6 buah makmal, bengkel kemahiran hidup dan bilik-bilik khas serta 4 bilik darjah. En. Hassan Mat telah diamanahkan untuk menjalankan tugas pengetua mengantikan Tuan Haji Omar Yaakob mulai 1 September 1998.

Pada sesi 2001, sekolah telah menawarkan aliran sains kepada pelajar. Februari 2001, bilangan pelajar sekolah ini telah mencapai 1,312 orang yang ditempatkan dalam 38 buah bilik darjah. Kelas tingkatan 6 juga turut dibuka bagi sesi 2002. Mulai Julai 2002, sekolah ini beroperasi dalam satu sesi setelah 2 blok bilik darjah, makmal komputer dan sebuah dewan serba guna siap dibina. Dua blok asrama lelaki dan perempuan yang menempatkan 104 orang pelajar melengkapkan lagi kemudahan di sekolah ini. Keluasan Tapak sekolah termasuk Asrama dan Quarters ialah 18.21 Ekar.

Pada tahun 2003, terdapat seramai 83 orang guru yang terdiri daripada 35 orang lelaki dan 47 orang perempuan, pentadbiran sekolah turut dibantu oleh staf sokongan seramai 18 orang.

Kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak peneroka, pekerja kilang dan petani yang berbilang kaum merangkumi kaum Melayu, Thai, Cina dan India. Sekolah ini telah menyediakan pelbagai mata pelajaran untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar sejajar dengan aspirasi dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Lencana sekolah[sunting | sunting sumber]

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan menggambarkan perpaduan, kerjasama dan keharmonian berlandaskan ilmu untuk mencapai kemajuan dalam bidang pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Tokoh sejarah[sunting | sunting sumber]

Dato' Jaafar Hassan, yang namanya diabadikan pada sekolah ini, merupakan salah seorang tokoh masyarakat dan pemimpin yang terkenal di Perlis.

Beliau dilahirkan di Kampung Jarak, Bintong, Perlis pada 16 Mei 1925. Jawatan tertinggi yang dipegangnya ialah sebagai Menteri Besar Perlis, hampir-hampir hingga ke akhir hayatnya, iaitu dari 1972 hingga 1981.

Sebelumnya, beliau biasa menjadi wakil rakyat (Dewan Undangan Negeri) bagi kawasan Sanglang dan kemudiannya Bintong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (exco), Majistret, Peguam, Pendidik dan Penghulu.

Semasa memegang jawatan Menteri Besar Perlis, beliau dapat melaksanakan beberapa projek utama seperti mendirikan:

  1. Institut Teknologi Mara (ITM) Cawangan Perlis di Arau. (sekarang sebagai UiTM).
  2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Beseri.
  3. Persiapan tapak awal bagi Institut Kemahiran Mara (IKM), Beseri.
  4. Penambahan kilang-kilang baru di kawasan Chuping dan Jejawi.
  5. Penambahan Projek-projek perumahan awam di Kangar, Arau, Santan, Mata Ayer dan lain-lain.
  6. Pusat Rekreasi Tasik Melati, Padang Lati.

Dato' Jaafar meninggal dunia pada 25 september 1987.

Nama beliau diabadikan di beberapa tempat dan bangunan seperti:

  1. Nama sekolah, Sekolah Menengah Dato' Jaafar Hassan, Chuping.
  2. Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan di iTM, Arau.
  3. Dewan Dato' Jaafar di Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar.
  4. Rancangan Perumahan Awam Dato' Jaafar di Jalan Abi, Kangar.
  5. Kampung Dato' Jaafar, Beseri.

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)[sunting | sunting sumber]

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran di SMK Dato' Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Perlis mula dibuka pada 15 Disember 2015 dengan kakitangan seramai 4 orang iaitu 3 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Semasa di awal penubuhan, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMKDJH menerima 2 orang pelajar dari SK Bukit Keteri pada 2 Januari 2016. Pada 11 Januari 2016, 14 orang pelajar istimewa dari Sekolah Menengah kebangsaan Tengku Suleiman telah berpindah ke PPKI SMKDJH menjadikan jumlah pelajar seramai 16 orang. Pelajar-pelajar ini dalam lingkungan umur 13 hingga 19 tahun.

Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada 2 kelas iaitu Pendidikan Khas 1 terdiri daripada pelajar yang Low Function dan Pendidikan Khas 2 adalah bagi pelajar yang High Function. Pelajar-pelajar PPKI SMKDJH ini terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar istimewa di program ini menghadapi pelbagai masalah dalam pembelajaran seperti:

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan
Jalan Kilang Gula,
02450, Bukit Keteri,
Perlis,  Malaysia
Telefon = 604-9382744
Faks = 604-9383144
E-Mail = REA0077@moe.edu.my

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]