Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri
Lokasi
Kuah,, Langkawi, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerusaha Berjaya
Nombor sekolah+6049666245
Kod sekolahKEE6016
PengetuaHajah Sa'diah Binti Abdul Samad
GPK Pentadbiran dan AkademikYusop Bin Muhamad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridDzul Bin Osman
Penolong Kanan KokurikulumHaselina Binti Ibrahim
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang PetangAnida Binti Salleh
Penolong Kanan SukanKamalawati Binti Mansor
Faks+6049660927
Laman sesawang
Map


SMK Mahsuri atau nama penuhnya Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah..

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri memiliki 951 orang pelajar lelaki dan 1096 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2047 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Mahsuri pada tahun 1960-an

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri merupakan sebuah sekolah menengah yang tertua di Langkawi. Ia ditubuhkan pada tahun 1964 dengan nama “Sekolah Lanjutan Kampong” lalu kemudian dikenali sebagai “Sekolah Menengah Kuah”. Pada tahun 1966, sekolah ini dipindahkan ke kilometer 2, Jalan Ayer Hangat dengan nama “Sekolah Menengah Mahsuri”.

Pada bulan April 1966, asrama sekolah ditubuhkan dengan menggunakan Blok B sekolah. Pada tahun 1982, 2 buah blok asrama, sebuah blok kantin dan surau telah dibina. Kini, sekolah mempunyai asrama yang terdiri daripada 4 buah blok asrama (2 buah blok lelaki dan 2 buah blok perempuan). Sekolah ini dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Mohamed Khir Johari pada 12 November 1966. Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri dipilih mengambil sempena wanita legenda tersohor di Langkawi iaitu Mahsuri binti Pandak Mayah.

Pada 1 Ogos 1997, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri. Semenjak Tahun 1986 sehingga sekarang, sekolah ini dikelaskan sebagai sekolah menengah gred A. Kini, SMK Mahsuri terdiri daripada tujuh blok bilik darjah, sebuah makmal komputer, sebuah makmal sains, sebuah dewan, sebuah blok asrama lelaki dan dua blok asrama perempuan. Setakat bulan Oktober 2018, SMK Mahsuri mempunyai bilangan guru seramai 140 orang manakala bukan guru adalah seramai 16 orang. Jumlah pelajar sehingga kini adalah seramai 1657 oranga. Pecahan menurut jantina pula adalah 737 adalah pelajar lelaki manakala 920 adalah pelajar perempuan.


Nilai statistik akan berubah dari semasa ke semasa.

Visi[sunting | sunting sumber]

″Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Misi[sunting | sunting sumber]

1. Melestariakan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
2. Menjadi Modal Insan Kelas Pertama.
3. Memastikan Prasrana Sekolah Sentiasa Selamat, Kondusif & Ceria.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pengetua Sekolah[sunting | sunting sumber]

Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan sehingga kini adalah seperti berikut:

Nama Pengetua Tempoh berkhidmat
En. Baharom bin Hashim 1969–1972
En. Shaari bin Che Mat 1973–1974
En. Ahmad bin Othman 1975–1977
En. Ahmad bin Ismail 1978–1979
En. Abd. Manaf bin Ahmad 1980–1982
En. Abdullah bin Abd.Rahman 1982–1987
En. Ahmad bin Said 1988-1988
En. Shuib bin Hussain 1988–1990
En. Mohd Razali b Mahmud 1990–1994
Pn. Che Han bt Baharim(Memangku) 1994–1995
En. Misrah bin Ibrahim 1995–1999
En. Zulkifli bin Yusof 1999-1999
Pn. Siti Rahani bte Ahmad 1999–2001
Hj. Saidin bin Bakar 2001–2004
Hj. Murad bin Ahmad 2005–2006
Hj. Madzi bin Saad 2006–2007
Hj. Sabri bin Abdol Rahim 2007- 2017
Hjh. Norini bt Wan Awang 2017- 2020
Hjh. Sa'diah bt Abdul Samad 2020-kini

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini terletak berdekatan pusat bandar Langkawi iaitu, Pekan Kuah.
Alamat penuh sekolah : Jalan Ayer Hangat, 07000 Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.












Lagu Sekolah[sunting | sunting sumber]

Lagu SMK Mahsuri dicipta oleh Mohd Fauzi Othman digubah liriknya oleh Azalan Mustafa

Megah di seluruh negeri,
Maju di segala bidang,
Namamu kami sanjungi,
Sekolah Menengah Mahsuri.

Akademik kami bina,
Akhlak mulia kami jaga,
Kami setia bersamamu,
Berusaha moga berjaya.

Maju majulah Mahsuri,
Tingkatkanlah usahamu,
Azam untuk terus maju,
Semoga kau tetap berjaya.

Melihat namamu harum,
Kami akan rasa bangga,
Dalam mencapai cita-cita,
Ke arah insan yang sempurna (2x).

Alumni[sunting | sunting sumber]

Selebriti[sunting | sunting sumber]

Senarai selebriti yang pernah menuntut di SMK Mahsuri


Rujukan[sunting | sunting sumber]