Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II
Lokasi
Peti Surat 205, 89727 Membakut, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoMembina Tamadun Bangsa
Ditubuhkan2003
Nombor sekolah08-7889854
Kod sekolahXEA6100
PengetuaPn Hjh Tuan Maimun Tuan Sulaiman
Faks08-7889841
Laman sesawang

Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II atau nama ringkasnya SMK Membakut II, ialah sebuah sekolah menengah di daerah Membakut, Sabah. Sekolah ini terletak di kawasan perkampungan Saga-Saga, Kg. Pimping Membakut.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II memiliki 232 pelajar lelaki dan 232 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 464 orang. Ia mempunyai seramai 45 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini merupakan sekolah menengah yang kelima didirikan di daerah Membakut selepas SM St. Patrick, SMK Membakut, SMK Bongawan dan SMKA Limauan, Kimanis. Dalam kawasan Zon Binsulok, SMK Membakut II adalah sekolah menengah pertama yang didirikan.

Pada 5 Januari 2003, SMK Membakut II telah mendaftarkan pelajar-pelajar sulungnya dari kalangan pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi pada tanggal 6 Januari 2003 dengan bilangan guru seramai 19 orang, dan bilangan pelajar pertamanya seramai 306 orang. Pada waktu itu, SMK Membakut II hanya beroperasi dengan menumpang di dua blok bangunan SK Saga-Saga Pimping sementara menunggu bangunannya siap dibina dan diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Sabah. Sebanyak 9 buah kelas telah dibuka pada ketika itu untuk menempatkan semua pelajar berkenaan.

Pada peringkat awal operasinya, urusan pentadbiran dan perjalanan aktiviti sekolah diketuai oleh En. Nordin bin Hj. Ag. Besar selaku Pemangku Pengetua, Pn. Faridah binti Raimin selaku Pemangku Penolong Kanan 1, En. Ag. Bakar bin Ag. Putah selaku Pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan En. Azmi Abd. Ghani menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Dalam tempoh Februari hingga bulan Jun 2003, SMK Membakut II telah menerima tambahan guru seramai 5 orang menjadikan bilangpn gurunya bertambah kepada seramai 24 orang yang telah diiktiraf sebagai guru-guru perintis SMK Membakut II. Kakitangan Bukan Mengajar (KTBM) yang pertama melaporkan diri di sekolah ini ialah pada 17 Mac 2003, iaitu Pn. Fatimah Hj. Buntak. Dalam konteks yang lain, demi memastikan kelangsungan disiplin pelajar terus terkawal. En. Shahzian Mumin telah dilantik sebagai Ketua Guru Disiplin pada ketika itu. Di pihak pelajar, Jummat Jaafar telah dipilih sebagai Ketua Pelajar SMK Membakut II dengan dibantu oleh Zaiezeyana Yantie Zainal sebagai Timbalan Ketua Pengawas 1 dan Herman Duling selaku Timbalan Ketua Pengawas II. Pn. Norliza Ismail pula adalah guru yang memulakan penubuhan perpustakaan sekolah ini melalui Program Derma Buku.

Pada bulan Februari 2003, pasukan penaja PIBG SMK Membakut II telah ditubuhkan. Pertubuhan ini telah dipengerusikan oleh En. Arif bin Hj. Ghani sebagai Yang DiPertua PIBG. Badan inilah yang banyak membantu sekolah untuk menjayakan pelbagai program yang dirancangkan. Selain itu, pada bulan April 2003, lencana sekolah yang berkonsepkan falsafah ‘Maju dan Membangun’ telah diilhamkan oleh En. Nordin Hj. Ag Besar dengan diberi motto ‘Membina Tamadun Bangsa’. Lencana sekolah yang juga merupakan jata SMK Membakut II telah direka oleh En. Azmi Abd. Ghani.

Pada hari ini SMK Membakut II diterajui oleh pengetuanya Hajah Tuan Maimun Tuan Sulaiman dan dibantu oleh Pn. Dg Sitti Rahimah Hj. Ag. Damit Yahya (Penolong Kanan Pentadbiran), En. Mohamed Rashid Mohd Johar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), Cik Siti Ajar binti Ali Hassan (Penolong Kanan Ko-Kurikulum) dan En. Akhriee Sharifuddin Md. Sah (Penolong Kanan Ting. 6).

Carta organisasi[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah carta organisasi pentadbiran secara ringkas.

Pentadbiran sekolah:

  • Pengetua  : Pn. Hjh Tuan Maimun Tuan Sulaiman
  • Penolong Kanan Pentadbiran  : Pn. Dg Sitti Rahimah Hj. Ag. Damit Yahya
  • Penolong Kanan Ting. 6  : En. Akhriee Sharifuddin Md. Sah
  • Penolong Kanan HEM  : En. Mohamed Rashid Mohd Johar
  • Penolong Kanan Ko-Kurikulum  : Cik Hjh. Siti Ajar binti Ali Hassan
  • Ketua Bidang Bahasa  : Cik Saudah Payak
  • Ketua Bidang Sains & Matematik : En.Ahmad Safuan Mokhtar
  • Ketua Bidang Kemanusiaan  : En.Ali Rahman Hj. Kachi
  • Ketua Bidang Teknik & Vokasional : En.Ishak Ag. Basar

Jawatankuasa Pengurusan & Pentadbiran

  • Penolong Kanan Pentadbiran :Pn.Dg Sitti Rahimah Hj. Ag Damit Yahya
  • Setiausaha Sekolah :Pn.Noriani Adnan

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Walaupun baru berusia tidak sampat setahun jagung, namun pencapaian dan kemampuan SMK Membakut II untuk melangkah maju ke hadapan sudah mula tampak. Sekolah ini bukan sahaja mampu menjuarai beberapa siri pertandingan di peringkat daerah Membakut dan Gabungan Beaufort, tetapi berupaya sampai di pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan.Pencapaian sekolah terkini boleh diakses di laman web http://www.smkmembakut2.net

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut II
Peti Surat 205,
89728, Membakut
Sabah, Malaysia
Telefon = 087-889854
Faks = 087-889841

Pautan luar[sunting | sunting sumber]