Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Agama Al Islahiyah (Rendah)
Lokasi
Bohor Mali, 02700, Simpang Empat,, Perlis Indera Kayangan
 Malaysia Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah agama bantuan kerajaan (SABK), Sekolah kerajaan
MotoBERILMU, BERTAKWA, BERAMAL
Nombor sekolah04-9806106
Kod sekolahRCT0001
Pengerusi PIBGUstaz Azhari Bin Othman
Guru besarTuan Mohd Shahrin Bin Hamat
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Rogayah Binti Che Senawi
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Sariat Bin Jonus
Penolong Kanan KokurikulumEn. A'sri Bin Abidin
Faks04-9806106
Sekolah ini mempunyai lembaga pengelola sekolah (LPS) selain KPM sebagai induk.
Map

Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah) atau nama ringkasnya SAIR, merupakan sebuah sekolah agama yang terletak di Bohor Mali, Simpang Empat, Perlis Indera Kayangan.

Pada 2022, Sekolah Agama Al-Islahiyah memiliki 212 pelajar lelaki dan 212 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 424 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru dan 4 orang anggota kumpulan pelaksana.

Guru Besar sebelum ini iaitu Hj Ramzi B. Lebai Yaakob telah bersara wajib setelah 27 tahun berkhidmat dan digantikan oleh En.Mohd Shahrin Bin Hamat sebagai Guru Besar terkini bermula 21 Oktober 2021.En. Shahrin Merupakan seorang lulusan timur tengah dan peserta terbaik NPQEL 2020. 2022

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Al Islahiyah (Rendah) atau SAIR yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Al Islahiah atau SRAI telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994 dengan mewujudkan sebuah kelas 35 orang murid Tahun 1, dan ditadbir urus oleh seorang Pemangku Guru Besar dan 2 orang guru.

Pada awal penubuhannya sekolah kelas ini menumpang sebuah bilik di SM Agama Al Islahiyah dan kemudiannya menggunakan keseluruhan bangunan sekolah tersebut apabila murid semakin bertambah pada tahun 1997. Seterusnya pada 1 Januari 2006, sekolah ini ditawarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berstatus Sekolah Agama Bantuan Modal dibawah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada 10 Mac 2008, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang dibina oleh pihak Kerajaan ditanah wakaf milik sekolah. Dengan adanya bangunan yang dilengkapi Makmal Komputer, Bilik Sains, Pusat Sumber Sekolah serta pelbagai kemudahan lain, maka sekolah ini dapat memberi keperluan kepada murid untuk belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Think Big 2022 redesign space.Setup gold setting Guru Besar : 1. Vuca redesign Organisation Mapping. 2. A.I Administration. 3. Team Building SAIR D'Hati.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah)
Bohor Mali
02700, Simpang Empat
Perlis, Malaysia
Telefon = 604-9806106
Fax = 604-9806106

Pautan luar[sunting | sunting sumber]